in , ,

Fizo Omar Tegur Netizen Jaga Adab Bila Bergambar Dengan Selebriti

Pelakon dan pengacara Fizo Omar telah memuat naik satu perkongsian di Instagram pada 9 November 2020, yang memaparkan screenshot dari tweet miliknya.

Melalui perkongsian tersebut, Fizo menegur segelintir netizen yang ingin bergambar dengan selebriti pada waktu yang kurang sesuai.

Dia memberi situasi ketika seseorang itu sedang makan dan dipanggil untuk bergambar.

Fizo-Omar-3

Melalui captionnya:-

“Dah jadi public figure, thats the price we have to pay la kan. Syukur alhamdulillah masih ade peminat dan orang support kita.

Tapi common sense la, kalau tgh makan or tgh in the middle of something yg serious, ade yg siap bg insruction lagi, “awk pg ke meja sane jap, kitaorang nak bergambar” , kau bru nak suap makan ni (lagi2 tgh lapar xsempat nak makan)… hmmmm… mcm mne kau nak react ni???

Sya sebenarnya xkisah pun, malah happy jer bila kua in public dan orang nak bergambar, as a celebrity kita rasa mcm dihargai bila ade peminat nak bergambar ataupun autograph, tapi kene tgk la keadaan dan situasi.

Kalau bukan selebriti pun akan spoil juga kan bila dia tgh makan n disuruh kesana sini utk nak bergambar.

Cuma sya faham di tempat peminat, bukan lah dia kurang beradab ke ape, kadang tu terlebih excited bila jmpe some one yg dia minat or admire.“

Namun menurut Fizo, dia bukanlah berniat untuk marah kepada peminat tetapi hanya mengingatkan.

Katanya lagi, biarlah adab menggambarkan nilai bangsa.

Jadi lepas ni korang kalau nak bergambar dengan selebriti atau sesiapa pun, tengok dulu keadan mengizinkan atau tidak, okay?

What do you think?

74 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Siti Elizad Sempat Merasa Hamil Seminggu Sebelum Alami Keguguran

Bunga Duet dengan Penyanyi Antarabangsa Ali Gatie Dalam Lagu WELCOME BACK