in

Siri Jelajah The Secret Life Of Pets Anjuran HBO

Peminat akan diberi peluang untuk meneroka dunia THE SECRET LIFE OF PETS di siri jelajah ini. Beberapa bakat suara selebriti Bahasa Malaysia akan membuat penampilan khas pada hujung minggu di siri jelajah ini.

Pelbagai aktiviti menyeronokkan telah disediakan bagi pelawat untuk menyertai dan memenangi hadiah, serta juga peluang bergambar dengan ‘Max’, ‘Chloe’, dan watak-watak yang lain. Semua digalakkan untuk mempamerkan pengalaman siri jelajah mereka dengan menggunakan #HBOxTSLOP.

· Tarikh: Jumaat 2 Jun – Ahad 4 Jun, 2017
· Masa: 10 pagi – 10 malam
· Tempat: IOI City Mall, Aras Bawah, Centre Court

THE SECRET LIFE OF PETS

HBO melawat Rumah Kebajikan Kanak-Kanak

Sempena Ramadhan, para selebriti dan kakitangan HBO dan Astro akan melawat Rumah Anak-Anak Ku Sayang Ar Rayyan, dan, Rumah Anak-Anak Yatim dan Miskin Murad, di Seremban. Pada hari Sabtu, 10 Jun, HBO akan membantu untuk merapikan rumah sebagai persediaan untuk Hari Raya. Penduduk rumah-rumah ini juga akan diberi bekalan runcit, sebelum hari ini berakhir dengan majlis berbuka puasa.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Al-Manna Lancar Single Terbaru SYAM’UN AL GHAZI Bergenre Etnik Kreatif

Selebriti Popular Meriahkan Filem Komedi Alih Bahasa THE SECRET LIFE OF PETS