in

Selebriti Popular Meriahkan Filem Komedi Alih Bahasa THE SECRET LIFE OF PETS

Pernahkah anda tertanya-tanya apa haiwan kesayangan anda lakukan apabila anda meninggalkan rumah untuk kerja atau ke sekolah? Ketahui jawapan dalam filem komedi animasi THE SECRET LIFE OF PETS (#HBOxTSLOP) yang akan debut dengan pilihan audio dwibahasa, Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, disuarakan oleh barisan selebriti dari Malaysia, Brunei dan Singapura, sempena Hari Raya Aidil Fitri pada Ahad 25 Jun, jam 8 malam, eksklusif di (Astro saluran 411 / 431).

THE SECRET LIFE OF PETS

HBO ASIA Mempersembahkan Filem Komedi Animasi THE SECRET LIFE OF PETS Dalam Bahasa Malaysia Sempena Hari Raya Disuarakan Oleh Selebriti Dari Malaysia, Singapura Dan Brunei

Disampaikan oleh HBO Asia, watak-watak comel dalam filem yang telah berjaya meraih kutipan keempat tertinggi dalam carta A.S. tahun lepas, akan dihidupkan dalam Bahasa Malaysia oleh personaliti terkemuka dalam bidang hiburan tempatan serta dari Singapura dan Brunei – Nora Danish sebagai Gidget; Hisyam Hamid sebagai Max; Fahrin Ahmad sebagai Duke; Wafiy sebagai Ozone; Sherry Alhadad sebagai Chloe; Che Puan Juliana Evans sebagai Katie; Nabil Ahmad sebagai Snowball; Jamal Jamaluddin sebagai Pops; Syazwan Zakariah sebagai Derick; Syakirin Husnal sebagai Maria; Nadzri Harif sebagai Fernando; Akhmal Nazri sebagai Mel; Awang Hamyzan sebagai Norman; Shahrol Shiro sebagai Buddy, Zarul Husin sebagai Tiberius dan Mark Adam sebagai Reginald.

[pullquote align=”right”]HBO Asia telah menganjurkan majlis Berbuka Puasa dan tayangan filem dengan kehadiran bakat suara selebriti termasuk Che Puan Juliana Evans, Nora Danish, Fahrin Ahmad, Akhmal Nazri, Mark Adam, Nabil Ahmad, Hisyam Hamid, Nadzri Harif, dan lebih ramai lagi.[/pullquote]

[dropcap]D[/dropcap]ihoskan oleh HBO Asia, barisan selebriti berbakat ini telah diperkenalkan kepada media pada majlis Berbuka Puasa di St. Regis Kuala Lumpur di mana mereka berkongsi pengalaman mereka melakukan alih suara untuk filem ini. Para tetamu yang hadir terdiri daripada pihak media dan juga rakan perniagaan, dan mereka adalah antara yang pertama untuk berpeluang menonton tayangan eksklusif keseluruhan filem THE SECRET LIFE OF PETS dalam Bahasa Malaysia sebelum tayangan perdana di televisyen.

“HBO Asia terus membawa kandungan yang telah disetempatkan dan eksklusif untuk para penonton di Malaysia dan kami bangga bekerjasama dengan selebriti-selebriti berbakat ini untuk memberi suara kepada beberapa watak utama THE SECRET LIFE OF PETS dalam Bahasa Malaysia di HBO,” kata Yasmin Zahid, Ketua Jualan dan Pemasaran Affiliate di HBO Asia. “Hari Raya Aidil Fitri membawa bersama keluarga dan sahabat, dan kami berharap filem blokbuster ini yang mesra dan sesuai untuk seluruh keluarga dalam semua peringkat umur, akan menambahkan kepada suasana ceria Syawal.”

“Astro komited untuk melakukan penyetempatan dan kerjasama kami dengan HBO Asia dalam THE SECRET LIFE OF PETS mengukuhkan usaha berterusan kami dalam penyetempatan kandungan antarabangsa untuk warga Malaysia. Ini adalah selaras dengan matlamat Astro untuk mendekati semua warga Malaysia dengan mencipta, mengagregat dan mengedarkan kandungan terbaik tempatan, serantau dan antarabangsa, untuk dinikmati oleh pelanggan-pelanggan kami,” ujar Junaidah Said Khan, Penolong Naib Presiden Kanan, Bahagian Perniagaan Bahasa Inggeris, Astro.

HBO Mempersembahkan Siri Jelajah The Secret Life Of Pets

Peminat akan diberi peluang untuk meneroka dunia THE SECRET LIFE OF PETS di siri jelajah ini. Beberapa bakat suara selebriti Bahasa Malaysia akan membuat penampilan khas pada hujung minggu di siri jelajah ini. Pelbagai aktiviti menyeronokkan telah disediakan bagi pelawat untuk menyertai dan memenangi hadiah, serta juga peluang bergambar dengan ‘Max’, ‘Chloe’, dan watak-watak yang lain. Semua digalakkan untuk mempamerkan pengalaman siri jelajah mereka dengan menggunakan #HBOxTSLOP.

· Tarikh: Jumaat 2 Jun – Ahad 4 Jun, 2017
· Masa: 10 pagi – 10 malam
· Tempat: IOI City Mall, Aras Bawah, Centre Court

HBO melawat Rumah Kebajikan Kanak-Kanak
Sempena Ramadhan, para selebriti dan kakitangan HBO dan Astro akan melawat Rumah Anak-Anak Ku Sayang Ar Rayyan, dan, Rumah Anak-Anak Yatim dan Miskin Murad, di Seremban. Pada hari Sabtu, 10 Jun, HBO akan membantu untuk merapikan rumah sebagai persediaan untuk Hari Raya. Penduduk rumah-rumah ini juga akan diberi bekalan runcit, sebelum hari ini berakhir dengan majlis berbuka puasa.

THE SECRET LIFE OF PETS

Tentang THE SECRET LIFE OF PETS
THE SECRET LIFE OF PETS adalah filem komedi tentang kehidupan haiwan peliharaan selepas pemilik mereka meninggalkan rumah untuk kerja atau sekolah setiap hari, khususnya di satu bangunan pangsapuri Manhattan yang sibuk. Inilah waktu apabila haiwan peliharaan yang berbagai jenis, memulakan rutin harian dari pukul 9 hingga pukul 5 – iaitu, melepak dengan satu sama lain, bertukar cerita tentang pemilik-pemilik mereka, berlatih dengan wajah yang paling comel untuk mendapatkan makanan terbaik, dan menonton TV.

Haiwan peliharaan popular di bangunan itu, Max, seekor terrier yang pintar dan yakin bahawa dia adalah keutamaan dalam dunia pemiliknya, Katie, mendapati kehidupannya yang manja terganggu apabila Katie membawa pulang Duke, seekor anjing yang selekeh dan tiada kemahiran sosial. Apabila kedua-dua haiwan ini mendapati diri mereka di luar, di jalanan New York yang sukar, mereka mesti mengetepikan perbezaan mereka dan bersatu untuk menentang seekor arnab yang gebu, tetapi lick, bernama Snowball. Arnab ini sedang menubuhkan tentera haiwan peliharaan yang telah ditinggalkan oleh pemilik mereka, dan ingin membalas dendam terhadap manusia. Semua ini, Max dan Duke mesti melaksanakan dan kembali ke rumah sebelum Katie pulang pada waktu makan malam.

Tayangan perdana THE SECRET LIFE OF PETS di Malaysia di HBO (Astro Saluran 411 / 431) sempena Hari Raya Aidil Fitri boleh disaksikan pada Ahad 25 Jun jam 8 malam. Para penonton HBO boleh menonton filem in dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia, disuarakan oleh selebriti-selebriti Asia. Jangan ketinggalan menyaksikan rakaman di sebalik tabir yang menunjukkan selebriti-selebriti ini melakukan alih suara dalam Bahasa Malaysia, pada 7.30 malam, sebelum tayangan perdana filem. Siaran ulangan filem ini adalah pada Isnin 26 Jun 4.40ptg, Sabtu 1 Julai 6.35ptg, Ahad 2 Julai 11.30pg, dan Ahad 9 Julai 4.05ptg.

# # #

Tentang HBO Asia
Berpangkalan di Singapura, HBO Asia mampu menjadi peneraju dalam penyampaian filem-filem terbaik dari Hollywood di rantau Asia kerana memiliki perlesenan eksklusif dengan studio-studio utama dan bebas Hollywood termasuk Paramount Pictures, Sony Pictures, Universal Studios, Warner Bros. dan Lionsgate. HBO Asia mempunyai program-program HBO dan HBO Asia Original yang proprietari dan pernah memenangi anugerah yang dikeluarkan eksklusif untuk penonton HBO. Dimilik keseluruhan oleh HBO (sebuah syarikat Time Warner), HBO Asia meliputi 23 wilayah merentas Asia dengan enam saluran filem 24-jam tanpa iklan untuk langganan: HBO, HBO SIGNATURE, HBO FAMILY, HBO HITS, CINEMAX dan RED by HBO, laman streaming internet HBO GO, video langganan, HBO ON DEMAND, dan di China, 鼎级剧场 (ding ji ju chang). HBO Asia juga adalah pengedar eksklusif BabyFirst dan saluran DreamWorks di rantau ini. Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.hboasia.com.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siri Jelajah The Secret Life Of Pets Anjuran HBO

Program Tumpang Masak Ajak Penonton Cuba Resepi Pelbagai Etnik di Malaysia