in , ,

Sinopsis Drama Bersiri BUDAK TEBING 2 Lakonan Adam Lee

Mencatatkan rekod gemilang dengan 10 juta penonton sepanjang siaran 13 episod di slot Lestary TV3 dan melebihi 9 juta jumlah tontonan digital di Youtube TV3 Malaysia dan Drama Sangat ketika bersiaran dari 11 Mac hingga 9 April 2020, Budak Tebing terbitan Country & Universal Sdn. Bhd. kembali dengan musim baharu bersama-sama barisan pelakon utamanya.

Budak Tebing 2 akan mengisi slot Lestary bermula 18 Jun, setiap hari Rabu hingga Sabtu, pukul 9:00 malam dan turut disiarkan melalui perkhidmatan penstriman iQiyi pada hari yang sama selepas siaran di TV3. 

Drama bersiri 13 episod ini diarahkan oleh Feroz Kader, nukilan skrip oleh Janjira, PGR’s team dan Sofia Aliza menyaksikan reunionAdam Lee (Arif), Aedy Ashraf (Tongki), Eyka Farhana (Ira), Bella Dowanna (Laura), Fariz Isqandar (Yoyol) dan Firdaus Ghufran (Talam). Musim baharu ini turut dijayakan oleh barisan pelakon hebat tanah air seperti Fauzi Nawawi (Afendi), Pablo Amirul (Pablo), Syafie Naswip (Paan), Zarina Zainuddin (Sabrina), Nellisa Nizam (Maria), Imran Aqil @ Ijeebster (Pijoy) dan ramai lagi. 

Drama Bersiri BUDAK TEBING 2

Drama bersiri Budak Tebing yang mengambil pendekatan masalah sosial dalam kalangan remaja mendapat perhatian dan ikutan ramai sejak disiarkan. Menurut Feroz Kader, pengarah Budak Tebing 2, “Sebenarnya saya terkejut mendapat tawaran untuk mengarahkan musim kedua. Saya tidak sangka bahawa Budak Tebing mendapat sambutan hebat ketika disiarkan pada tahun lepas. Terima kasih atas penghargaan yang diberikan kepada semua yang terlibat dalam produksi Budak Tebing. Di musim baharu ini, kami dapat melihat perubahan watak-watak budak tebing yang lebih matang dan penambahbaikan kepada watak Afendi lakonan Fauzi Nawawi dan memperkenalkan watak Pablo yang dijayakan oleh Pablo Amirul.”

“Budak Tebing yang dilabel sebagai budak bermasalah, jika diberikan bimbingan, mereka pasti akan kembali ke jalan yang benar. Itulah mesej utama yang kami ingin sampaikan. Kami difahamkan Budak Tebing amat diminati dalam pelbagai lapisan umur. Jadi, kami berharap Budak Tebing 2 dapat membuka mata penonton tentang isu penderaan kanak-kanak, jenayah dan kekeluargaan yang kami paparkan,” tambah Feroz. 

Budak Tebing 2 ialah kisah kesinambungan Budak Tebing dimana Tongki, Arif dan Talam terpaksa meneruskan kehidupan masing-masing setelah gagal ke Pulapol (Pusat Latihan Polis). Tongki menjaga ayahnya sambil bekerja namun dia sering disabotaj, manakala Arif menghadapi kesulitan berhadapan dengan Yoyol yang enggan menerima kepulangan Afendi, ayah mereka yang muncul secara tiba-tiba. 

Drama Bersiri BUDAK TEBING 2

Laura membuat keputusan tidak ke London dan cuba mencari ibu kandungnya manakala Ira cuba membantu menyelesaikan masalah dua orang kanak-kanak gelandangan dan akhirnya membawa kepada pendedahan sindiket dan dendam terhadap Budak Tebing.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Budak Tebing 2 menerusi slot Lestary TV3 mulai 18 Jun 2021, setiap Rabu hingga Sabtu, pukul 9:00 malam dan perkhidmatan penstriman iQIYI pada hari yang sama ia ke udara di seluruh Malaysia. Apabila disiarkan kelak, siri drama ini berserta sari kata dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris akan dapat diakses untuk ditonton oleh semua untuk percuma pada bila-bila masa melalui www.iQ.com atau muat turun aplikasi iQiyi di App Store dan Play Store atau melalui http://bit.ly/iQIYI.

Drama Bersiri BUDAK TEBING 2

Sejak diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2020, iQiyi telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dengan mencapai pertumbuhan pengguna lebih 15 kali ganda berikutan sambutan hangat yang diterima selepas memulakan penstriman kandungan tempatan. Dengan hasrat untuk menjadi platform destinasi bagi para pengguna yang mencari hiburan yang berkualiti serta topikal dan pengalaman digital yang lancar, para penonton juga berpeluang mengakses koleksi persembahan Korea, China dan tajuk-tajuk anime yang terkini dan paling popular.

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, dan Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat!

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kuih Penjaram Dikomersilkan Dalam Program RONA SABAH di RTM

Ramai Netizen Respek Apabila Ronaldo Tepis Dua Botol Air Didepannya