in ,

Ramai Netizen Respek Apabila Ronaldo Tepis Dua Botol Air Didepannya

Budapest: Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, 36, sangat mengambil berat aspek pemakanan terutamanya pengambilan gula dalam diet seharian.

Ini terbukti ketika sidang akhbar Euro 2020 semalam apabila dia dengan raut wajah yang serius mengetepikan dua botol Coke sebelum memegang sebotol air mineral dan menggesa mereka di hadapannya minum air kosong.

Minuman itu adalah penaja rasmi kejohanan tetapi Ronaldo tetap berpegang dengan prinsipnya dalam soal kesihatan.

Malah Ronaldo turut tegas menjaga pemakanan keluarganya. Sebelum ini dia ber4ang dengan anaknya, Cristiano Jr berusia 10 tahun yang mahukan sebotol Coke dan sepaket kentang goreng.

Dia berkata: “Kita lihat nanti sama ada dia akan menjadi pemain bola sepak yang hebat. Kadang-kadang dia minum Coke dan makan kentang goreng dan ia membuatkan saya marah, dia sedar akan itu.

“Kemudian saya suruh dia mandi dengan air sejuk atau mengeluarkan peluh di atas treadmill”.

Portugal akan menentang Hungary tengah malam ini dalam saingan Kumpulan F Euro 2020.

Rata-rata peminat memuji contoh baik yang di tunjukkan oleh pemain tersebut

Sementara itu, di Malaysia, ada juga usaha beberapa pihak untuk memmb0ikot air rminuman yang tidak berkhasiat tersebut

Boikot Coca-Cola Beri Kesan Kepada Sumber Pendapatan Pekerja Tempatan

Usaha untuk memb0ikot produk Coca-Cola akan memberi kesan terhadap sumber pendapatan pekerja tempatan, peruncit, pengedar dan pembekal di seluruh rantaian bekalan di Malaysia.

Coca-Cola Malaysia berkata, mereka telah beroperasi lebih daripada 85 tahun di Malaysia dan adalah keutamaannya untuk terus komited dalam membantu rakyat Malaysia dari segi bantuan sosial dan lain-lain.

Kenyataan yang dikeluarkan semalam, berikutan Coca-Cola Malaysia menerima maklumat beberapa individu telah memb0ikot produknya susulan maklumat serta khabar angin yang tular di media sosial dan salah fahaman tentang komitmen mereka di Timur Tengah.

“Sama seperti yang lain, Coca-Cola juga mengharapkan keamanan ditegakkan di Timur Tengah dan seluruh dunia,

Menurut kenyataan itu, Coca-Cola Malaysia ingin menekankan bahawa walaupun Coca-Cola adalah jenama global, semua operasi pembotolan kami adalah tempatan.

“Coca-Cola diproses dan dibotolkan di Malaysia, untuk rakyat Malaysia, oleh rakyat Malaysia,” katanya.

Selain itu, syarikat Coca-Cola beroperasi di lebih dari 200 buah negara dan wilayah di seluruh dunia dengan sistem politik, agama dan sejarah yang berbeza.

“Coca-Cola beroperasi di 14 pasaran di Timur Tengah dan 6 lagi di kawasan Afrika Utara,

“Coca-Cola dan syarikat pembotolan NBC tempatan mempunyai komitmen yang tinggi terhadap pasaran Palestin yang bermula sejak dari 1998. Kini, Coca-Cola merupakan antara pengusaha terbesar di rantau tersebut,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Coca-Cola Malaysia berkata syarikat itu prihatin terhadap pergolakkan yang berlaku di antara Isr4el dan G4za, serta kesannya terhadap penduduk di rantau Timur Tengah.

“Matlamat kami adalah untuk memberi kesegaran kepada semua lapisan masyarakat melalui produk minuman yang dikeluarkan,

“Kami tidak menyokong atau menentang mana-mana tujuan berkaitan agama, mahupun memihak kepada mana-mana negara lebih daripada yang lain di peringkat antarabangsa,” katanya. – airtimes.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Drama Bersiri BUDAK TEBING 2 Lakonan Adam Lee

Sharnaaz Buat Bad Review Sup Jolo Alif Syukri, Sekali Datin Shahida Tegur Soal Adab