in

Siapa Pemenang Golden Awards 2012

GOLDEN AWARDS 2012 SECARA LANGSUNG PADA 22 SEPTEMBER 2012

Saksikan malam kemuncak Golden Awards 2012 yang akan bersiaran secara langsung pada hari Sabtu, 22 September ini dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) serta bersedialah menantikan kemunculan pelbagai persembahan dan penampilan istimewa daripada lebih seratus artis, selebriti, personaliti dan orang-orang kuat industri hiburan tempatan dan antarabangsa yang akan muncul untuk menanti detik ‘emas’ mereka.Pasti ramai yang nak tahu senarai pemenang anugerah dan juga nak tengok gambar red carpet pada malam tu.

GA 2012-billboard

Peminat yang benar-benar mengikuti anugerah berprestij ini pastinya tidak sabar menanti keputusannya yang bakal diketahui kurang daripada tempoh seminggu sahaja lagi. Antara anugerah yang pastinya membuat mereka teruja adalah anugerah Pelakon Lelaki dan Pelakon Wanita Terbaik. Apatah lagi, pelakon lelaki terkenal yang sering membawakan watak hero, William San bakal bersaing sengit dengan kelainan watak pesaing terdekatnya Coby Chong yang dicalonkan menerusi drama bersiri lakonan mereka dalam Forget Me Not. Saluran Ceria Anda, ntv7 yang telah manayangkan pelbagai drama bersiri hebat sejak dua tahun lalu pastinya memberi kesukaran kepada para peminat drama-drama Cina dalam meramalkan pemenang bagi anugerah Drama Terbaik tahun ini. Secara keseluruhannya 21 anugerah bakal direbut dan diumumkan pada malam tersebut. *Senarai penuh kategori dilampirkan di akhir siaran berita.

Antara yang bakal memeriahkan lagi gemerlapan acara malam itu adalah barisan persembahan hebat serta penyampai anugerah oleh bintang-bintang terkenal. Selain artis tempatan seperti Michael Wong, artis antarabangsa dari Taiwan, Jiro Wang juga bakal membuat persembahan. Turut sama dari negara yang sama adalah pelakon Tony Yang. Bagi peminat drama Hong Kong, kehadiran pelakon dan pengarah terkenal, Gordon Lam yang bakal tampil sebagai salah seorang penyampai anugerah pastinya dinanti-nantikan dan menambahkan lagi seri pada malam itu. Selain itu, penulis skrip Hong Kong, Susan Chan juga akan bersama pada cara anugerah gilang gemilang itu. Susan yang terkenal dengan karya berkualiti dan mempunyai pencapaiannya tersendiri juga merupakan salah seorang juri bagi Golden Awards 2012.

Sementara itu, acara karpet merah pula akan bermula seawal 6.30 petang di lokasi dan siaran langsung acara karpet merah itu pula akan bermula pada pukul 7.30 malam sehingga pukul 8 malam. Manakala acara anugerah itu pula akan berlangsung tepat jam 8.30 malam sejurus selepas edisi berita. Peminat bakal melihat artis-artis kesayangan mereka mengenakan pakaian indah dengan sentuhan glamor. Bagi mereka yang ingin menontonnya secara dalam talian, layari laman sesawang rasmi di www.ntv7.com.my/goldenawards untuk menyaksikan sendiri keputusan yang dinanti-nantikan dalam acara penganugerahan itu.

Untuk maklumat lanjut layari www.ntv7.com.my/goldenawards atau ikuti perkembangan ntv7 melalui Facebook dan Twitter.

Siapakah yang bakal menjadi pemenang dalam setiap anugerah yang dipertandingkan? Saksikan Golden Awards 2012 yang bakal bersiaran secara langsung pada 22 September ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hanya di Saluran Ceria Anda, ntv7.

Kategori Drama
Drama TV Terbaik
Pelakon Lelaki Terbaik
Pelakon Wanita Terbaik
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Pelakon Baru Terbaik
Lagu Tema Drama Terbaik
Pengarah Terbaik – baru
Lakon-layar Asal Terbaik – baru

Kategori Bukan Drama
Rancangan Variasi & Hiburan Terbaik
Pengacara Rancangan Variasi & Hiburan Terbaik
Rancangan Berita & Hal Ehwal Semasa Terbaik
Pembaca Berita Terbaik
Rancangan Majalah Terbaik
Pengacara Rancangan Majalah Terbaik
Rancangan Perayaan Terbaik – baru

Pilihan Penonton
Pelakon Lelaki Paling Popular
Pelakon Wanita Paling Popular
Drama TV Paling Popular
Pengacara TV Paling Popular
Pembaca Berita TV Paling Popular – baru

Tony Yang

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TV3 Lancar Program Terbaru Misi-K

Elfira Loy & Zoey Rahman Hos Program Rekativiti