in

TV3 Lancar Program Terbaru Misi-K

TV3 TAMPIL DENGAN PROGRAM MISI KEMANUSIAN DI EMPAT BUAH NEGARA

Kebajikan sosial perlulah diambil serius oleh masyarakat sama ada di negara mundur, sedang membangun mahupun negara maju. Sebuah kesusahan boleh diringankan dengan menghulurkan bantuan tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit.

Program yang akan mula bersiaran pada 19 September 2012 ini bakal membawa penonton mengikuti aktiviti kemanusian dan keamanan yang dianjurkan oleh badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia dalam membantu masyarakat di luar negara yang memerlukan pertolongan.

Bagi musim pertama ini, Misi-K akan memberi pendedahan kepada inisiatif dan bantuan yang dihulurkan sememangnya berbeza mengikut tempat yang dikunjungi serta keperluan penduduk tempatan.

Program 6 episod ini lebih memfokuskan kepada negara-negara seperti Bangladesh, Kemboja, Thailand dan Indonesia. Misi kemanusiaan ke negara-negara yang memerlukan bantuan ini telah mendapat kerjasama daripada pihak berkuasa negara-negara yang dikunjungi pasukan NGO dan kru penerbitan program Misi-K. Sekarang ni ramai juga yang nak tahu pasal isu ini. Tambahan pula barkait rapat dengan misi kemanusiaan. Pastinya program ini dapat menaikkan rating TV3. Itupun kalau dapat sambutan.

Menerusi episod pertama, Misi-K akan membawa penonton menyaksikan pasukan pakar perubatan ke Bangladesh. Negara ini mencatat jumlah hampir 250,000 orang atau satu perempat daripada penduduknya menghidapi penyakit sumbing bibir dan lelangit. Misi pembedahan bibir sumbing dan lelangit (Clipp Project) dijalankan dengan kerjasama Dhaka Community Medical College & Hospital. Di samping itu, Misi-K juga akan melawat pesakit yang pernah menerima rawatan dan kini menjalani kehidupan lebih baik.

Antara episod lain yang mendapat perhatian ialah misi bantuan pendidikan di negara Kemboja oleh pertubuhan bukan kerajaan HALUAN. Disamping pendidikan peringkat rendah dan tinggi HALUAN juga membantu pembinaan perigi bagi kegunaan air bersih di samping melakukan pemeriksaan kesihatan secara percuma serta memberi makanan dan perubatan asas kepada penduduk di sana. Lebih menarik lagi, episod ini juga akan menampilkan Mufti Kemboja yang sudi berkongsi cabaran dan masalah yang dihadapi oleh masyarakat Melayu Islam Champa.

Bagi negara Thailand pula, pada tahun lepas negara ini telah dilanda banjir yang amat dasyat apabila bencana alam itu telah meneggelamkan hampir sebahagian besar bandar, pekan serta kawasan kampung pedalaman. Seterusnya, menerusi episod yang dirakam di negara jiran, Thailand, penonton dapat melihat pertubuhan bukan kerajaan MERCY bekerjasama dengan NGO tempatan di sana yang dikenali sebagai REEDA, menaja 11 buah set sistem peratan rawatan air bersih di 11 buah kampong di wilayah Chainat dan Singburi.

Terdapat pelbagai lagi pengalaman yang dilalui oleh pasukan NGO, kru penerbitan dan penerima bantuan yang bakal disajikan kepada penonton menerusi program MISI-K. Program ini terajui Penerbit Dzia Agi Abdul Ghafar, Penolong Penerbit Mohd Rose Abdullah dan Penerbit Eksekutif, Noraini Tahir. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan program MISI-K mulai 19 September 2012 ini, setiap hari Rabu, jam 9.00 malam di TV3!

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Drama Ustazah Dari UK Lakonan Diddy AF Nisha Dirr

Siapa Pemenang Golden Awards 2012