in ,

Sherry Al-Hadad Mohon Maaf Isu Menari Keterlaluan

Beberapa minggu lalu, nama pelakon dan pengacara, Sherry Al-Hadad hangat diperkatakan warganet selepas aksinya menari dalam sebuah program televisyen kelolaannya disifatkan keterlaluan.

Menerusi rancangan Drop The Beat Extra, Sherry atau nama sebenarnya, Shariffah Mariam Syed Abdullah Al-Hadad, 35, bertindak sebagai pengacara bersama Dennis Yin dan menjadi ketua kumpulan selebriti wanita yang menampilkan Nabila Huda dan Ernie Zakri. Manakala Dennis menjadi ketua kumpulan lelaki, yang menampilkan Aman RA dan Sean Lje.

Sherry kemudiannya menunjukkan bakat tariannya menerusi lagu Don’t Stop Me Now oleh Queen.

Bagaimanapun ada sesetengah penonton menyifatkan Sherry naik ‘sheikh’ ekoran tarian yang agak berlebihan dan keterlaluan yang dipamerkannya sehingga terbaring di atas lantai.

Menyedari keterlanjurannya, Sherry memohon maaf di atas kelakuannya itu serta meminta penonton tidak memperbesar-besarkan perkara itu.

“Ya, saya hanya sedar keterlanjuran saya selepas menonton kembali rakaman program berkenaan.

“Saya sebenarnya obses dengan program Rupaul dan telah ambil meresap roh Lip Sing For Your Life. Kadangkala saya pun lupa saya perempuan, lebih-lebih lagi saya stage actor (pelakon teater), jadi adakalanya apa yang saya buat, memang suka besar-besarkan.

“Tapi dalam masa yang sama, saya terlupa juga ini untuk tontonan awam. Kebetulan dah dua tahun berturut-turut kami kalah dengan lelaki, jadi saya fikir apa pun jadi kali ini saya nak menang. Itu yang sehingga lupa diri. Seronok sangat menari.

“Tapi apa pun saya nak mohon maaf kerana terlupa diri,”

Sherry menjawab pertanyaan media semasa majlis pratonton Filem Televisyen (FTV) Geng yang berlangsung di GSC Pavilion, Kuala Lumpur, semalam.

Enggan mengulas lanjut mengenai aksinya, Sherry mengharapkan isu itu akan berlalu pergi dan berharap peminat lebih memberi perhatian terhadap perkara lain yang lebih penting dalam kerjaya seninya.

“Saya tak mahu ulas lanjut, lagipun ia dah berlaku. Cukuplah orang tahu saya sedar kesilapan saya dan saya mohon maaf.

“Saya juga harap isu ini tidak diperbesarkan lagi kerana ada yang lebih penting untuk diperkatakan,” ujarnya.

Drop The Beat merupakan rancangan lip sync yang mengundang beberapa artis jemputan untuk membuat aksi lip sync mengikut lagu yang telah disediakan oleh pihak produksi.

Sumber: KopiPlanet.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Anak Eizlan Kemalangan

Maxis Bekerjasama Dengan Pasukan eSukan Gaming PUBG