in ,

Maxis Bekerjasama Dengan Pasukan eSukan Gaming PUBG

Maxis bekerjasama dengan pasukan eSukan terkemuka untukmelahirkan generasi pemain bertaraf dunia di Malaysia. Maxis dan Team Secret bekerjasamauntukmengembangkan industri eSukan di Malaysia.

Kerjasama ini akan membawa pengalaman permainan eSukan yang terbaik dengan akses kepada telefon pintar gaming yang terbaik, rangkaian terbaik (No. 14G + Fiber), dan ganjaran dalam permainan. Maxis ingin menjadi penggerak digital utama untuk eSukan di Malaysia.

maxis

Asia Tenggara mempunyai komuniti eSukan yang paling pesat berkembangdi dunia,dan di Malaysia sahaja, wujud sebuah komuniti eSukan yang mencecah sehingga berjuta-juta ahli. Tiada keraguan lagi  bahawaeSukandi negara ini berpotensi untuk berkembang menjadi satu kuasa yang tidak dapat ditandingi.

Ini kerana di dalam Bajet 2019, sebanyak RM10 juta telah diperuntukkan oleh kerajaan Malaysia untukmenyokong perkembangan sektor ini. 

Selain itu, eSukan akan  diiktiraf sebagai sebuah sukan berpingat dalam Sukan SEA pada bulan November ini. Terdapat juga pemain yang telah menjadikan eSukan sebagai kerjaya utama mereka.

Hari ini, Maxis berbangga untuk menjadi sebahagiandaripada pemain aktif dalam perkembangan eSukan di Malaysia melalui sebuah kerjasama dengan Team Secret, sebuah pasukan profesional eSukan terkemuka di seluruh dunia dan pasukan Dota 2 No. 1 di seluruh dunia.

Maxis telah mengumumkan bahawa mereka merupakan penaja Malaysia pertama untuk pasukan PUBG Mobile Team Secret, yang mana semua ahli pasukannya berasal dari Malaysia, untuk membantu memperkembangkan eSukan di Malaysia untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah hab eSukan yang terunggul di Asia. 

“Ini adalah sebuah inspirasi kepada semua apabila kita dapatmelihat rakan-rakan senegara dapatmengambil bahagiandi tahap tertinggi eSukan, selaintahap keterujaandan semangat yang ditunjukkan oleh komuniti yang mempunyai minat yang mendalam dalam sukan ini adalah amat besar.

Bagi Maxis, ianya adalah amat wajar untukkamibekerjasama dengan Team Secret kerana ini memberi kami peluang untuk mengupayakanbakat tempatan dan membantu mereka meningkatkan tarafke pentas global, di sampingmenggalakkan pertumbuhan sukan eSukanMalaysiabersama-sama.

Kami juga berbangga dengan perkongsian ini kerana ia adalah gabungan dua kuasa besar- untuk Maxis sebagai rangkaian gaming No.1 di Malaysia dan Team Secret, pasukan progaming terkenal di dunia.

Ini adalah sesuatu yang penting kepada Maxis – kami berbangga untuk menjadi sebahagian daripada usaha inikerana ia melambangkan kekuatan kita dalam merealisasikan potensi dan keupayaan manusia dan teknologi dengan cara yang sangat unik,”

– Tai Kam Leong, Ketua Pegawai Jenama & Pemasaran Maxis

Dengan kerjasama ini, para pemain dan peminat di Malaysia boleh menikmati beberapa tawaran menarikdaripadaMaxis untuk pengalaman gaming eSukan yang terunggul pada rangkaian No.1 4G dan fiber, termasuk telefon pintar gaming yang terbaik dengan Maxis Zerolution, serta pembelian dalam permainan melalui Bil Pengendali bagi pelanggan Hotlink, Maxis dan ookyo.

“Dengan semangat kami untuk memperkembangkan komuniti eSukan, kami sangat teruja untuk mengetengahkan Malaysia sebagai pasaran pertama diAsia Tenggara.

Negara ini mempunyaitenaga dan semangat yang sungguh luar biasa, dan ia juga mewakili salah satu komuniti peminatTeam Secret yang terkuat di dunia. 

Kami melihat potensi yang hebat di pasaran Malaysia, kerana itulah kami telah membina sebuah pasukan PUBG Mobile yang sangat berbakat, di mana semua pemain pasukan ini berasal dari Malaysia.

Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan Maxis dan kami berharap untuk membangunkan PUBG Mobile Team Secret bersama-sama, seterusnya berusaha mencapai matlamat untuk memupuk budaya positif iaitu kunci utama kejayaan dalam eSukan yang berasaskan pasukan,”

– John Yao, Ketua Pegawai Eksekutif Team Secret.

Melalui kolaborasi ini, Maxis dan TeamSecret juga akan membangunkan penciptaan kandungan permainan eksklusif bersama PUBG MobileTeam Secret sepanjang tahun untuk memberi inspirasi dan menaiktaraf pemain Malaysia sehingga ke pentas dunia.

Untuk merasmikan kerjasama ini, Maxis dan Team Secret telah menganjurkan majlis pelancaran bersama di Battle Arena @ Jaya Shopping Centre, Petaling Jaya hari ini.

Semasa pelancaran itu, pasukan PUBG Mobile Team Secret mengambil bahagian dalam perlawanan persahabatan bersama peminat mereka, yang juga disiarkan di Facebook Live supaya seluruh negara dapat menonton perlawanan tersebut.

TeamSecret berusaha untuk menyatukan pemain terbaik untuk bersaing di peringkat terbesar di dunia dan menawarkan pengalaman yang paling menghiburkan untuk peminat eSukan.

Pasukan PUBG Mobile Team Secret merupakan satu-satunya pasukan Malaysia yang layak keKejohanan Global Spring Terbuka (PMCO) 2019 di Berlin, Jerman. Ikuti perjalanan mereka untuk menjadi juara dunia dan layari laman Facebook Maxis dan laman Facebook Secret Team untuk maklumat lanjut.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sherry Al-Hadad Mohon Maaf Isu Menari Keterlaluan

Ezlynn Ariffin Nak Cepat Kahwin, Segera Timang Cahaya Mata