in

Sepahtu, Jambu & SYJ Meriahkan Jelajah Komedi Sinar

SINAR FM bikin riuh di Jelajah Komedi SINAR bersama KAWAN PARATHA! Sepahtu, Jambu, SYJ antara pelawak yang bakal menggegarkan tempat anda! Selain menjadi medium penting untuk menyampaikan ritma dan berita, radio juga merupakan salah satu platform untuk mengketengahkan pelawak-pelawak tanah air di persada seni negara. Buat pertama kalinya, SINAR fm bawakan kepada anda Jelajah Komedi SINAR bersama KAWAN PARATHA yang bakal menemui peminat di seluruh negara!

jepp-sepah-2

Menurut Rizal Sahimy selaku Pengurus Kandungan Stesen SINAR fm:

“Jelajah Komedi SINAR bersama KAWAN PARATHA ini merupakan persembahan komedi ‘stand up’ di mana para pelawak tanah air yang telah diundi oleh pendengar SINAR fm secara ‘online’ akan ditampilkan khas untuk menghiburkan para pendengar di beberapa lokasi di semenanjung negara. Jelajah Komedi SINAR bersama KAWAN PARATHA ini adalah sebagai salah satu cara penghargaan menghargai para pendengar SINAR fm yang tidak henti-henti dan sentiasa menyokong stesen radio tersebut.”

Pengurus Jualan Kebangsaan KG Pastry Marketing Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat KAWAN FOOD BERHAD, Albert Lim turut menambah

“Ini adalah kali pertama KAWAN bekerjasama dengan stesen radio (SINAR fm) untuk menggalakkan dan mempromosikan komedi ‘stand up’ tempatan, di mana melalui platform sebegini kami percaya bakat dari pelawak tempatan boleh digilap lagi, terus menambahkan bilangan artis terkenal antarabangsa.”

Antara barisan pelawak yang akan memeriahkan Jelajah Komedi SINAR bersama KAWAN PARATHA ini adalah Jambu, SYJ, Shiro, Bocey dan juga Jep.

Jelajah Komedi SINAR bersama KAWAN PARATHA bakal bermula dari utara tanah air di Village Mall, Sungai Petani, Kedah pada 12 April 2014, diikuti dengan Mydin MITC, Melaka pada 19 April 2014 dan akhirnya akan menutup tirai di Planet Gempak Astro, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 26 April 2014.

Orang ramai pastinya tidak mahu melepaskan peluang untuk bergelak ketawa dan berhibur menyaksikan persembahan hebat dari para pelawak ini. Jadi, jangan lupa untuk bersama-sama datang ke setiap lokasi untuk memeriahkan Jelajah Komedi SINAR bersama KAWAN PARATHA!

BOCEY_2Bocey

SYJ_1

SYJ

SHIRO_2

Shiro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 Ditunda

TV1 Siar Dokumentari Kisah Perang Dunia II & Habitat Haiwan Liar