in

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 Ditunda

Berikutan insiden kehilangan pesawat milik syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS), Malam Kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2013) yang sepatutnya berlangsung di Arena of Stars, Genting Highland pada 6 April 2014 (Ahad depan) telah pun ditunda. Ini yang sepatutnya dibuat sebagai tanda simpati serta menghormati seluruh ahli keluarga kepada penumpang dan kru pesawat terbabit.

Menurut pihak penganjur iaitu Berita Harian, tarikh baru anugerah popular yang memang dinanti-nantikan ramai itu akan diumumkan kemudian. Selain berkemungkinan lokasi untuk acara tersebut juga akan ditukar di Kuala Lumpur. Bagaimanapun, pemilihan bagi tarikh dan tempat baru tersebut belum diputuskan.

Kepada para peminat dunia hiburan, penebusan tiket masih boleh dibuat dan pihak penganjur akan memaklumkan kepada mereka mengenai tarikh baru dan kemudian tiket yang telah dimilik boleh ditukar kepada tiket baru.

ABP

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Liyana Jasmay & Awal Ashaari di Pelancaran Samsung GALAXY S5

Sepahtu, Jambu & SYJ Meriahkan Jelajah Komedi Sinar