in

Senarai 12 Lagu Berjaya Ke Anugerah Juara Lagu Ke-33

Akhirnya selepas tiga minggu bertanding di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 33, juri telah memilih 12 buah lagu untuk bersaing pula di pentas berprestij Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33). Untuk info pembaca, Anugerah Juara Lagu akan diadakan pada 3 Februari 2019 di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Senarai 12 buah lagu telah diumumkan oleh pengacara Haziq Hussni (Hot FM) dan Sherry Alhadad di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, di minggu ketiga SFMM33 malam tadi. Ianya telah menimbulkan kekecohan netizen di sosial media. Seperti biasa, pasti ada yang tidak puas hati dengan pemilihan juri. Khususnya tiada satu pun band berkumpulan masuk ke peringkat final AJL. Apa dah jadi?

Kesemua lagu-lagu berkenaan diadili beberapa orang juri seperti Ajai, Helen Yap, Edrie Hashim, Azmeer, Cat Farish dan diketuai oleh Datuk Mokhzani.

Saingan separuh akhir Muzik-Muzik menampilkan sebanyak 30 buah lagu yang bertanding dalam merebut 12 tempat ke saingan final nanti.

Apa-apa pun, tahniah buat semua finalis AJL33. Antaranya ialah pemenang lagu terbaik minggu pertama dan kedua SFMM33 iaitu Siti Sarah dan Ara Johari.

Siti Sarah yang membawakan lagu berjudul Semakin ciptaan sepenuhnya Mera Utama juga muncul lagu terbaik untuk minggu pertama, manakala Bunga nyanyian Ara ciptaan ciptaan Hang Nadim, Laq, Kadok dan lirik oleh Hang Nadim menjadi lagu terbaik minggu kedua.

Selain lagu Semakin dan Bunga, lain-lain lagu yang turut layak bertanding di saingan akhir AJL 33 antaranya seperti Syamel (Kau Pun Sama), Misha Omar (Sampai Bila), Hael Husaini & Dayang (Haram) dan Khai Bahar (Luluh).

Turut menempah tiket ke pentas final AJL 33 adalah Altimet (Bunga), Haqiem Rusli ft Amanra (Jatuh Bangun) Amylea & Kaer (Tak Pernah Hilang), Hael Husaini (Hajat), Sufian Suhaimi (Di Matamu), Siti Nordiana & Jaclyn Victor (Nisan Cinta).

Antara lagu yang layak ke AJL33 terdiri daripada Siti Sarah (Semakin), Ara Johari (Bunga), Syamel (Kau Pun Sama), Misha Omar (Sampai Bila), Hael Husaini & Dayang (Haram), dan Khai Bahar (Luluh).

Turut terpilih ialah lagu Altimet (Bunga), Haqiem Rusli ft Amanra (Jatuh Bangun), Amylea X Kaer (Tak Pernah Hilang), Hael Husaini (Hajat), Sufian Suhaimi (Di Matamu), dan Siti Nordiana & Jaclyn Victor (Nisan Cinta).

Terdahulu sebanyak 30 buah lagu terbaik berentap di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 33 (SFMM33) yang bersiaran langsung selama tiga minggu bermula 9, 16 dan 23 November.

Semua lagu yang dipilih dinilai sepenuhnya oleh barisan juri profesional iaitu Ajai, Helen Yap, Cat Farish, Edrie Hashim, Azmeer, Lok U dan Datuk Mokhzani Ismail selaku ketua juri.

Acara AJL 33 akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 3 Februari 2019. – KopiPlanet.

Berikut Adalah Senarai Lagu Yang Layak Ke AJL 33:

1. Siti Sarah – Semakin

2. Ara Johari – Bunga

3. Syamel – Kau Pun Sama

4. Misha Omar – Sampai Bila

5. Hael Husaini & Dayang – Haram

6. Khai Bahar – Luluh

7. Altimet – Bunga

8. Haqiem Rusli ft Amanra – Jatuh Bangun

9. Amylea & Kaer – Tak Pernah Hilang

10. Hael Husaini – Hajat

11. Sufian Suhaimi – Di Matamu

12. Siti Nordiana & Jaclyn Victor – Nisan Cinta

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

LATE NIGHT TALK SHOW BUSY TONIGHT

Movie-Goers Lace Up for GSC’s 2nd Popcorn Walk