in ,

Selepas Tular, Suara Muncul Dengan Lagu Bayang-Bayang Sayang

Suara, merupakan nama kumpulan penyanyi wanita yang sedang meningkat naik di dalam dunia seni hiburan tanah air. Mereka dianggotai oleh lima orang iaitu Eeza, Ifa, Liliz, Fitri, dan Wady.

Kumpulan ini terbentuk setelah cover lagu ‘Putus Terpaksa’ oleh Ziana Zain, viral di media sosial dengan capaian tontonan lebih daripada 6.6 juta di platform TikTok, diikuti dengan sebuah lagi cover lagu berjudul ‘Madah Berhelah’ juga oleh Ziana Zain yang meraih capaian tontonan 3.3.juta di platform TikTok

Kini, Suara muncul dengan single pertama mereka iaitu ‘Bayang-Bayang Sayang’. Lagu ini telah dipilih sebagai runut bunyi untuk drama TV3 berjudul ‘Hati Tercarik Luka’ di slot Samarinda. Menurut Eeza selaku ketua kumpulan, “Kami berlima sangat suka dan jatuh cinta dengan lagu yang dihasilkan oleh Omar K ini kerana liriknya membawa maksud yang amat mendalam. 

Ini merupakan kali pertama kami menghasilkan album sendiri tentunya kami berhadapan dengan beberapa cabaran ketika pembikinan lagu ‘Bayang-Bayang Sayang’ ini. Cabaran kami apabila sampai pada bahagian bridge dan acapella yang merupakan klimaks dalam lagu dan memerlukan kekuatan vokal paling maksima daripada kami semua. Bukan senang nak mencapai key notes tinggi. Selepas latihan beberapa kali, Alhamdulillah kami semua rasa sangat berpuas hati begitu juga dengan komposer dan penerbit kami.”

“Setiap orang mempunyai vokal yang berlainan, begitu juga dengan kumpulan kami yang mempunyai kekuatan tersendiri. Kelainan ini yang kami tonjolkan kepada pendengar dan pastinya penonton akan dapat mendengar perbezaan suara kami. Ini satu tanggungjawab yang berat buat kami untuk memastikan pendengar dapat menghayati setiap bait-bait lagu yang kami sampaikan serta keunikan karya yang dihasilkan pencipta lagu ini,’ jelasnya lagi..

Pengalaman emas ini semestinya bukan mudah untuk dimiliki, jadi Suara menggunakan masa yang  sebaik mungkin untuk menjayakan lagu ‘Bayang-Bayang Sayang’ ini. Pencipta lagu dan penulis lirik juga membuka ruang untuk Suara memberi idea dalam karya mereka. Jika diberi peluang pastinya Suara ingin bekerjasama lagi dengan pencipta karya ‘Bayang-Bayang Sayang’ kerana pengalaman pertama kali yang sangat selesa dan proses yang memudahkan semua pihak dalam menjayakan lagu ini memberi semangat untuk Suara  terus menerajui industri seni Malaysia.

Bayang-Bayang Sayang dihasilkan oleh oleh Omar K, manakala penerbit terdiri daripada Hanis Rafi dan Firdaus Rahmat. Menurut Omar K, “Lagu ‘Bayang-Bayang Sayang’ ini diilhamkan dari situasi semasa yang tular di media sosial, yang terjadi kepada seorang selebriti terkenal ini. Pemilihan anggota kumpulan adalah sangat tepat kerana setiap ahli sangat professional, berbakat dan berpotensi tinggi untuk berkembang lebih jauh dalam industri seni. Selain itu keunikanSuara juga ialah semua ahli mempunyai  ‘power vocals’  dan  setiap ahli mempunyai keunikan dan stail tersendiri yang membuatkan kumpulan ini amat menyerlah. Suara juga sangat komited dan memberikan sepenuh kerjasama ketika pembikinan rakaman dijalankan.”

Jangan lepaskan peluang untuk mendengar lagu bakat muda dan ‘fresh’ dari kumpulan Suara kerana mesej lagu ini sangat memberi inspirasi kepada pendengar iaitu, “Setiap perhubungan ada cabarannya. Teruskan berjuang untuk mencapai kebahagian dalam sesuatu perhubungan.”

‘Bayang-Bayang Sayang’ kini boleh didapati di iTunes atau melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music, Tidal dan Deezer dari 10 Disember 2023. Untuk mendapatkan maklumat terkini tentang Alternate Records & Talents, layari akaun rasmi media sosial Alternate Records & Talents di Facebook, @alternate.my_ di Instagram, dan @alternate.rt_ di TikTok.

Turut Disertakan Lirik Lagu Bayang-Bayang Sayang

Verse 1

Pelangi

Selepas hujan

Tiap Kali Kau berada di sisi

Terangi

Setiap hujan

Tiap Kali kau berada di sisi

Terangi

Setiap ruang

Menutupi parah dan duka

Pre Chorus 1

Kita di awang-awangan

Rama -Rama berterbangan

Ditemani bayang-bayang sayang

Chorus

Kembalikan wajah

Yang seri nan indah

Pulangkan kau yang ku kenal dahulu

Kembalikan rasa

Kasih yang terpadam

Ku percaya masih ada cebisnya

Verse 2

Ku tahu

Tenung mata mu

Tak tertumpu pada ku lagi

Pre Chorus

Hanya satu yang ku pinta

Untuk kau teruskan cinta

Jangan kenangan ku di persia

Chorus

Kembalikan wajah

Yang seri nan indah

Pulangkan kau yang ku kenal dahulu

Kembalikan rasa

Kasih yang terpadam

Ku percaya masih ada cebisnya

Bridge

Bayang-Bayang Sayang

(bayang-bayang sayang)

Terang makin hilang

(terang makin hilang)

Takkan mampu bayang

Acapella

Kembalikan wajah

Yang seri nan indah

Pulangkan kau yang ku kenal dahulu

Chorus

Kembalikan wajah

Yang seri nan indah

Pulangkan kau yang ku kenal dahulu

Kembalikan rasa

Kasih yang terpadam

Ku percaya masih ada cebisnya

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Raja Komen Erul Samah Dah Ada Single Ke-3 Berjudul SALAHKAH

Pentas Marhaban Catat Rating Tinggi Kalahkan Program Hiburan Popular