in , ,

Pentas Marhaban Catat Rating Tinggi Kalahkan Program Hiburan Popular

Program realiti terbitan TV AlHijrah, Pentas Marhaban semakin mengukuhkan jenamanya apabila mendapat sambutan luar biasa daripada penonton di Malaysia.

Lebih mengujakan, program yang mengangkat kebudayaan seni suara dalam Islam iaitu seni berzanji, marhaban dan qasidah sebagai hiburan kekeluargaan di kaca televisyen itu berjaya menandingi rekod jumlah tontonan sebuah program realiti yang membariskan selebriti popular, Hijrahkan Laguku terbitan TV AlHijrah.

Menurut Pengurus Penjenamaan dan Kajian Penonton, Zulkarnaen Mokhtar, Pentas Marhaban bukan saja diminati oleh golongan berusia tetapi turut digemari oleh penonton muda hasil tinjauan di media sosial TV AlHijrah.

“Alhamdulillah Pentas Marhaban semakin menunjukkan ‘taring’ apabila kian dikenali oleh penonton di Malaysia.

“Malah jumlah rating Pentas Marhaban juga mencatatkan peningkatan yang memberangsangkan selain berjaya menandangi program realiti terbitan TV AlHijrah yang membariskan penyanyi popular, Hijrahkan Laguku sebelum ini.

Qalbun Hadi menyampaikan bacaan rawi dengan penuh tenang pada minggu kelima Pentas Marhaban TV AlHijrah1

“Biarpun Pentas Marhaban tidak menampilkan barisan peserta yang dikenali ramai, tapi nampaknya penonton menyukai dengan konsep dan idea baharu yang ditampilkan TV AlHijrah.

“Kami harap program ini akan terus dikenali ramai dan mencatatkan jumlah tontonan yang tinggi untuk konsert yang berbaki tiga episod lagi,”katanya.

Al Maqari menyampaika 'Task' kedua iaitu bacaan rawi pada minggu kelima Pentas Marhaban TV AlHijrah2

Dalam pada itu,Pentas Marhaban minggu kelima yang berlangsung Sabtu lalu menyaksikan kumpulan Al-Maqari’ berjaya menewaskan Qalbun Hadi seterusnya melayakkan diri mereka ke peringkat separuh akhir.

Bagaimanapun, kemenangan itu menerima pertikaian segelintir pihak susulan keberadaan hos yang juga anggota asal kumpulan Al-Maqari’, Tilmiz Fahmi.

Duo hos Pentas Marhaban, Tilmiz Fahmi dan Shamsul Ghau Ghau

Ini kerana ada yang mendakwa situasi itu secara tidak langsung telah mewujudkan konflik kepentingan seperti mempunyai keistimewaan untuk melayakkan kumpulan terbabit menyertai program itu.

Menurut Penerbit Pentas Marhaban, Nurul Ain Mohamed, Fahmi hanya bertindak selaku hos dan tidak terbabit dengan sebarang keputusan program.

Noorain Mohamed

“Tilmiz Fahmi adalah salah seorang anggota kumpulan Al-Maqari tapi dia tidak terlibat langsung dari segi pemarkahan dan pemilihan daripada awal.

“Mereka dipilih melalui uji bakat diantara pihak produksi dan penasihat tanpa penglibatan Fahmi. Dia hanya hos semata-mata dan tak bertanding.

“Apa-apa input pun kami tidak pernah sampaikan kepada Fahmi. Begitu juga sebaliknya. Malah, penilaian dibuat oleh pihak luar dan kami tiada kuasa,” katanya.

Persembahan pertama dimulakan oleh Al Maqari dengan 'task' alunan mawal, qasidah dan marhaban2

Pada masa sama, Nurul Ain turut mengulas mengenai pertembungan di antara dua kumpulan yang membabitkan kumpulan diwakili lelaki dan wanita pada saingan minggu ke-5.

“Pertembungan ini tidak dinafikan agak sengit, khasnya di antara qari dan qariah. Kami sudah boleh agak penerimaan para penonton.

“Penetapan kumpulan yang bertanding pada setiap minggu pula adalah berasarkan undian yang telah dibuat lebih awal.

“Kita tak tahu kumpulan mana akan bertemu dan pada minggu ke berapa mereka akan bertanding.

“Jadi, kita lihat komen-komen di media sosial juga positif. Kedua-dua penyokong memberikan pendapat masing-masing,” katanya.

Kumpulan Qalbun Hadi mempersembahkan alunan marhaban pada minggu kelima Pentas Marhaban TV AlHijrah1

Pentas Marhaban bersiaran pada setiap Sabtu, jam 9 malam di saluran TV AlHijrah.

Program ini juga dihoskan oleh gandingan pengacara Shamsul Ghau Ghau dan Tilmiz Fahmi.

Manakala, Ustaz Zulhafis Gambus dan Ustazah Asni Mansor bertindak selaku juri tetap.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Selepas Tular, Suara Muncul Dengan Lagu Bayang-Bayang Sayang

SYAITAN MUNAFIK Filem Berusia 12 Tahun Digilap Semula Kini di Pawagam