in , ,

Selepas Spekulasi Kereta Mewah Disita, Netizen Dedah Jam Tangan Shuib Cecah RM4 Juta?

Pelawak Shuib terus mencuri tumpuan di media sosial selepas dia dipanggil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung aktiviti penggubahan wang haram atau Macau Scam pada minggu lalu.

Selepas foto kereta-kereta mewah miliknya yang kini viral dipercayai disita SPRM, kini muncul pula foto-foto Shuib yang pernah memakai koleksi jam tangan mewah yang didakwa netizen harga produk itu mencecah jutaan ringgit.

Daripada beberapa foto yang tersebar, Shuib dipercayai memakai jam tangan jenama mewah termasuk Rolex, Audemars Piguet dan Richard Mille. Perkongsian itu menunjukkan harga seutas jam mewah itu dianggarkan sekitar RM60,000 hingga RM4 juta.

Selepas Spekulasi Kereta Mewah Disita, Netizen Dedah Jam Tangan Shuib Cecah RM4 Juta?

Malah ada di kalangan netizen yang membongkarkan harga-harga jam tersebut dan turut memuat naik tangkap layar harganya yang diambil dari beberapa laman e-dagang.

Selepas Spekulasi Kereta Mewah Disita, Netizen Dedah Jam Tangan Shuib Cecah RM4 Juta?
Selepas Spekulasi Kereta Mewah Disita, Netizen Dedah Jam Tangan Shuib Cecah RM4 Juta?
Selepas Spekulasi Kereta Mewah Disita, Netizen Dedah Jam Tangan Shuib Cecah RM4 Juta?

Namun, Shuib sehingga kini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung pendedahan harga koleksi jam tangan mewah miliknya itu.

Shuib bagaimanapun mene­rusi Insta Story miliknya semalam telah memuat naik status berbunyi: 

“Alhamdulillah, banyak yang kutuk, hina, maki takpelah, Allah ada…Salam Jumaat semua.”

Dijengah ke ruangan komen, kebanyakan ‘tentera bawang’ mula membuat spekulasi dengan meninggalkan pelbagai jenis hantaran ada diantara mereka yang berbalah mengenai perkonsian tersebut.

Ada yang merasakan topik berkenaan tidak seharusnya ditimbulkan kerana bimbang menjadi fitnah manakala segelintir merasakan ia bukan satu topik besar memandangkan Shuib sendiri yang berkongsi fotonya mengenakan jam sedemikian.

Selepas Spekulasi Kereta Mewah Disita, Netizen Dedah Jam Tangan Shuib Cecah RM4 Juta?

Netizen mula mengumpul fakta koleksi jam itu apabila membongkar harga beberapa jam tangan yang dipakai suami penyanyi Siti Sarah itu.

Selepas Spekulasi Kereta Mewah Disita, Netizen Dedah Jam Tangan Shuib Cecah RM4 Juta?

Fakta yang ditemui menunjukkan harga seutas jam mewah itu dianggarkan sekitar RM60,000 hingga RM4 juta berdasarkan harga pasaran yang asli.

Bulan lalu, Shuib turut menghadiahkan jam tangan mewah jenama Rolex berharga ribuan ringgit kepada Siti Sarah sempena ulang tahun kelahiran isterinya yang ke-36.

Minggu lalu, media melaporkan pasangan suami isteri artis dan selebriti yang juga usahawan terkenal adalah antara individu yang dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kes pengubahan wang haram.

Pasangan itu dibawa ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya selepas dijemput di kediaman mereka kira-kira jam 4 pagi.

Syarikat pengurusan Shuib Sepahtu turut mengesahkan pelakon dan pelawak itu memberi keterangan kepada SPRM.

Namun Pengarah Urusan Indigital Music, Nana Mohamad Rom berkata, hanya Shuib memberi keterangan kepada SPRM manakala isterinya, Siti Sarah sekadar menemani suaminya.

Siasatan kes berkenaan kini dijalankan oleh Unit Siasatan Pengubahan Wang Haram (AMLA) SPRM.

Namun diharap tiada mengaitkannya minat dan hobinya dengan kes yang sedang berjalan memandangkan Shuib sendiri merupakan seorang selebriti dan usahawan berjaya sebelum perniagaan francais minumannya meletup apatah lagi ada dakwaan yang mengatakan hanya sebilangan kecil francaisnya yang dikaitkan dengan insiden tersebut.

Jangan kerana marahkan penjenayah , orang yang tak bersalah terkena tempiasnya.

Selepas Spekulasi Kereta Mewah Disita, Netizen Dedah Jam Tangan Shuib Cecah RM4 Juta?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Single HUJAN Pertaruh Keunikan Vokal Mimifly & Altimet

COVID-19: Kedai di Mid Valley & The Gardens Ditutup Selepas Staf Didapati Positif