in , ,

Sekitar Sambutan Ulang Tahun ke-60 Barbie di Malaysia

Barbie®dengan kerjasama Tourism Malaysia mewarnai mercu ikonik Kuala Lumpur, Menara KL dengan rona merah jambu sebagai tanda permulaan keraian Ulang Tahun ke-60 Barbie®di Malaysia bermula 11 hingga 31 Mac 2019, 7 petang sehingga 12 tengah malam, setiap hari.

Selama 60 tahun, lebih 200 karier dan kian bertambah. Terjual lebih 1 bilion unit. Menginspirasi 3 generasi kanak-kanak perempuan. Sejak 1959, Barbie®telah menjadi inspirasi kanak-kanak perempuan untuk menjadi apa sahaja yang diimpikan. Sama ada puteri atau jurutera robotik, angkasawan atau zoology, tiada apa yang mustahil untuk Barbie®.

Role models and representatives from KL Tower, Tourism Malaysia, and Mattel at the Barbie® 60th Anniversary Cake Cutting ceremony

Menginspirasi Kanak-Kanak Perempuan Sejak 1959

#MoreRoleModels dalam bidang keusahawanan, sains, seni kulinari, fesyen dan kecantikan menyertai sambutan bersejarah ini sebagai satu inspirasi kepada generasi akan datang.

Barbie® 60th Anniversary Doll_LifestyleImage2 (FXD88) - RM249.90

“Barbie®menggalakkan imaginasi, ekspresi dan eksplorasi menerusi sesi bermain dan percaya bahawa setiap gadis perlu tahu tiada apa di dunia termasuk profesion dan impian yang tidak boleh ditakluk wanita,”

“Selama 60 tahun, Barbie®menjuarai anak-anak gadis, menginspirasi generasi ke generasi dan meyakinkan bahawa mereka mempunyai pilihan. Menerusi platform global, kami ingin menggalakkan lagi kempen penjenamaan Barbie®dalam memperkasakan daya kebolehan anak-anak gadis.”

– Pengurus Cawangan, Mattel Asia Tenggara, Ivan Franco

Barbie®berterusan dengan kempen tahunannya “You Can Be Anything” bagi memberi inspirasi potensi tanpa sempadan dalam diri setiap anak gadis.

In light of its newly released Travel Range, Barbie® is collaborating with Tourism Malaysia to promote the range and various travel destinations across Malaysia

Barbie® Menyinari Asia Tenggara

Di Asia Tenggara, Barbie®menyinari mercu ikonik dalam rona merah jambu sebagai tanda permulaan meraikan Ulang Tahun ke-60 Barbie®; Menara KL di Malaysia, Manila City Hall di Filipina, Muzium Fatahillah di Indonesia, Singapore Flyer di Singapura dan Emquartier di Thailand.

Professor Dr Mazlan Othman, Malaysia's First Astrophysicist

“Tourism Malaysia amat berbesar hati kerana berpeluang untuk bekerjasama dengan Mattel di mercu ikonik ini. Sambutan Ulang Tahun ke-60 Barbie® ini merupakan inisiatif berterusan bagi menggiatkan kempen Visit Malaysia 2020. Ia merupakan platform terbaik bagi mempromosikan Malaysia dan kempen Visit Malaysia 2020 di Malaysia, di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa.”

“Pelancaran koleksi Percutian Barbie®juga bertepatan dengan hasil kerjasama Mattel sebagai jenama permainan antarabangsa dan Tourism Malaysia. Kami teruja untuk menyaksikan destinasi-destinasi ikonik Malaysia dipromosikan bersampingan sambutan Ulang Tahun ke-60 Barbie® yang bakal merancakkan lagi industri pelancongan di dalam dan luar negara.”

– Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Tourism Malaysia, En. Zulkifly Md. Said

Sambutan di Kuala Lumpur dihadiri oleh barisan wanita hebat yang berjaya dalam pelbagai bidang.

A Junior Supermodel from the Amber Chia Academy showcasing the Custom Styled Barbie Dolls by students of Limkokwing University and the A Cut Above Academy.

Antaranya ialah Pengasas bersama FashionValet dan The dUCk Group, Datin Vivy Yusof; Pakar Astrofizik Pertama Malaysia, Profesor Dr. Mazlan Othman; Timbalan Presiden Jenama, Kreativiti, dan Pengurusan Bakat Limkokwing University dan Pengarah Kreatif Limkokwing Fashion Club, Dato’ Tiffanee Marie Lim; Pengasas dan Ketua Pengarah Kreatif A Cut Above Group of Salons and Academy, Datin Winnie Loo; Supermodel dan Pengetua Amber Chia Academy, Amber Chia; dan Pengasas Karen Leong Cake Design, Karen Leong. 

Barbie®melancarkan Anak Patung Signatur Ulang Tahun ke-60, Anak Patung Karier dan Koleksi Percutian.

Majlis tersebut mempersembahkan sebanyak 60 anak patung Barbie®yang digayakan oleh Limkokwing Universitydan A Cut Above Academy bagi meraikan kronologi sejarah Barbie®.

Terdapat 6 anak patung Barbie®juga yang digayakan sendiri oleh Dato’ Tiffanee Marie Lim dan Datin Winnie Loo bagi mewakili 6 dekad gaya Barbie®. Anak patung-anak patung tersebut dibawa oleh 30 kanak-kanak perempuan daripada Amber Chia Academy dan 6 peragawati daripada Limkokwing Fashion Club lengkap dalam persalinan terbaharu Barbie®2019.

Majlis diakhiri dengan acara memotong kek istimewa sempena Ulang Tahun ke-60 Barbie®yang direka oleh Karen Leong.

2019 Barbie® New Travel Range Toys - RM49.90 - RM109.90

Koleksi Anak Patung Ulang Tahun ke-60 dan Percutian Barbie®

Peraduan media sosial #BarbieCutiCutiMalaysia menggalakkan rakyat Malaysia untuk membawa anak patung Barbie® mereka ke destinasi percutian, kedai makan atau Menara KL – peraduan dengan kerjasama Tourism Malaysia dan Menara KL.

Barbie® 60th Anniversary Career Doll Assortment_LifestyleImage2 (GFX23) - RM52.90
Direka khusus sempena ulang tahun ke-60 menjadikan anak patung Barbie®ini hadiah istimewa untuk para pengumpul dan peminat. Raikan ulang tahun ke-60 Barbie®dengan koleksi glamor ini. Koleksi Black Label®. Stok terhad. Warna dan hiasan mungkin berbeza. ©2019 Mattel. Hak Cipta Terpelihara.

Anak Patung FXD88 Ulang Tahun ke-60 Barbie®

Harga jualan bermula daripada RM249.90 dan dijadualkan untuk dilancarkan menjelang pertengahan Mac 2019 di gedung fizikal terpilih dan secara dalam talian (online).

Selama 60 tahun, Barbie®telah menjadi inspirasi imaginasi para peminatnya di seluruh dunia. Bersempena dengan sambutan Jubli Intan, koleksi edisi istimewa khas untuk pengumpul (collectible) Barbie® menampilkan anak patung dalam gaun kembang (ball gown) dalam rona perak bergemerlapan.

Memberi penghormatan kepada anak patung asli (original) Barbie®dan fesyen ikoniknya yang terkenal, anak patung Ulang Tahun ke-60 Barbie®digayakan dengan rambut bertocang, gaya elegan dengan pandangan mata sisi, anting-anting bulat dan gelang. 

Vivy Yusof, Co-founder of FashionValet and Founder of the dUCk Group

Anak Patung Karier GFX23 Ulang Tahun ke-60 Barbie®

Harga jualan bermula daripada RM52.90 dan kini boleh didapati di gedung Toys “R” Us terpilih di seluruh Malaysia. Anak patung koleksi karier telah memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk memasang impian hebat selama 60 tahun! Sehingga kini lebih 200 profesion pekerjaan ditampilkan oleh Barbie® dan masih berterusan muncul dengan pilihan profesion baharu.

Keluaran edisi istimewa ini meraikan antara karier ikonik Barbie®dalam profil profesionnya. Setiap anak patung muncul dengan pakaian tersendiri lengkap dengan aksesori mewakili karier profesional yang berbeza. Terbang ke angkasa lepas bersama Barbie®angkasawan atau membelah awan dengan Barbie®juruterbang.

Jaringkan gol ke dalam gawang bersama Barbie®atlet bola sepak atau meniti tangga dengan berani sebagai Barbie®bomba. Muncul glamor melaporkan berita menerusi Barbie®penyampai berita atau cipta sejarah dalam arena politik sebagai Barbie® calon ahli politik.

Setiap anak patung disarungkan pakaian mengikut tema profesion seperti kostum angkasawan dan uniform juruterbang. Aksesori seperti mikrofon untuk Barbie®penyampai berita atau bola untuk Barbie® atlet bola sepak menyempurnakan gaya profesional.

Setiap Barbie®juga disediakan mengikut bentuk badan, tona kulit, warna mata dan gaya rambut yang berbeza bagi memberikan penceritaan yang unik dan mencipta keseronokan yang bermakna. Kumpul kesemuanya kerana ketika kanak-kanak perempuan bermain Barbie®, mereka akan menggunakan imaginasi sepenuhnya!

Setiap anak patung didatangkan dengan pakaian dan aksesori. Setiap unit dijual berasingan, bergantung pada stok. Anak patung tidak boleh berdiri dengan sendiri. Warna dan hiasan mungkin berbeza. ©2019 Mattel. Hak Cipta Terpelihara.

Koleksi Percutian Barbie® 2019

Harga jualan bermula daripada RM49.90 sehingga RM109.90. Ia boleh didapati bermula April 2019 di semua gedung dan kedai permainan utama di seluruh negara.

Jenama tersebut memperkenalkan Koleksi Percutian Barbie® baharu yang bakal berada di pasaran bermula pertengahan tahun ini pada pelancaran nanti. Kolaborasi Tourism Malaysia dan Barbie® akan melibatkan usaha sama mempromosikan destinasi percutian dalam negara menerusi koleksi permainan baharu di platform digital dan promosi di acara-acara yang akan dianjurkan.

Sejajar dengan pelancaran Koleksi Percutian, satu peraduan media sosial akan diadakan bagi menggalakkan pelancong untuk bergambar di destinasi-destinasi percutian dalam Malaysia bersama Barbie®masing-masing menggunakan tanda pagar #BarbieCutiCutiMalaysia!

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan peraduan, layari www.facebook.com/Barbie

Hashtag Handles:

#Barbie60

#YouCanBeAnything

#MoreRoleModels

#BarbieMY

Info Mattel

Mattel merupakan perusahaan global utama yang pakar dalam industri mereka dan penghasilan dan menghasilkan permainan kanak-kanak dan produk pengguna berkualiti. Mattel mencipta produk berinovatif dan pengalaman yang bertujuan untuk menginspirasi, menghiburkan dan membantu perkembangan kanak-kanak menerusi permainan. Portfolio Mattel terdiri daripada francais-francais ikonik seperti Barbie®, Hot Wheels®, American Girl®, Fisher-Price®, Thomas & Friends® dan Mega® termasuklah jenama popular lain yang dimiliki Mattel atau lesen kerjasama dengan perusahaan-perusahaan hiburan global. Mattel beroperasi di 40 lokasi dan memasarkan barangannya ke lebih 150 negara dengan kerjasama perusahaan-perusahaan peruncitan dan teknologi besar di dunia. Sejak penubuhannya pada 1945, Mattel berbangga untuk terus menjadi entiti bereputasi tinggi dalam membantu eksplorasi kanak-kanak dan memperkasakan potensi penuh mereka. Layari Mattel di www.mattel.comatau www.facebook.com/Barbie.

Info Tourism Malaysia 

Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (MTPB) atau Tourism Malaysia merupakan agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia. Peranannya khusus terhadap mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pilihan. Sejak penubuhannya, ia telah menjadi antara entiti pelancongan dominan dalam industri pelancongan antarabangsa. Pada 2018, Malaysia mencatatkan 25.8 juta kedatangan pelancong dengan perbelanjaan pelancong sebanyak RM84.1 bilion, sekali gus meletakkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan terunggul di dunia.

Untuk keterangan lanjut berhubung maklumat media berkenaan industri pelancongan Malaysia, layari lamab web Pusat Media Tourism Malaysia di  http://www.tourism.gov.my/.  

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

[VIDEO] Lagu ISTIMEWA Nyanyian Dayang Nurfaizah Sempena Blu Inc Celebrating Women

Konsert Jason Mraz GOOD VIBES TOUR in Malaysia