in , ,

Sekitar Pelancaran Single OST Filem MAR RAK Arahan Dato’ T. S. Jeffry

Filem Mar Rak yang bergenre seram & thriller Ini merupakan idea dan cerita asal serta olahan skrip oleh DatoT.S.Jeffry sendiri manakala skrip oleh Adza Waty dan Adza Emie. 

Pentas Wayang Production Sdn Bhd muncul dengan sebuah filem seram berjudul filem Mar Rak arahan seorang pengarah filem, pelakon dan penerbit yang namanya tidak asing lagi dalam industri seni tanah air Malaysia, DatoT.S.Jeffry yang juga merupakan pengarah dalam filem ini.

Pada 19 Oktober lalu telah berlangsung majlis pelancaran sebuah single yang menjadi lagu runut OST filem MAR RAK di TGV Pavilion Bukit Jalil.

Filem terbitan Pentas Wayang Production Sdn Bhd. Official Sound Track (OST) Mar Rak ini akan disiarkan secara rasmi di semua platform media sosial Pentas Wayang Production Sdn Bhd & Metrowealth.

Muzik video lagu Seru Cintaterbitan Aby Studio and Entertainment menampilkan Kael, Shatirah Amanda, Nina KSC dan Dyvianna James yang juga merupakan pelakon utama filem Mar Rak sebagai penyanyi dalam Official Sound Track ini.

Menariknya, lirik lagu ‘Seru Cintaini telah dihasilkan sepenuhnya oleh pengarah dan penerbit filem Mar Rakiaitu Dato’ T.S.Jeffry sendiri yang diinspirasikan khusus untuk filem Mar Rak yang berkisarkan kisah percintaan sehingga terpaksa menggadai nyawa.

MAJLIS PELANCARAN LAGU TEMA FILEM MAR RAK

Berikut merupakan info berkenaan lagu tema filem triller horror ini:

Tajuk Lagu: : SERU CINTA

Lirik: Dato’ T.S.Jeffry

Lagu dan muzik: Kabir Bambu

Penyanyi: Kael, Shatirah Amanda, Nina KSC & Dyvianna James

Durasi: 2 minit 20 saat.

Rakaman: Aby Studio and Entertainment

Hak Cipta : Pentas Wayang Production Sdn Bhd Penyanyi dan Pelakon Utama: Kaol, Shatirah Amanda, Nina KSC & Dyvianna James

MAJLIS PELANCARAN LAGU TEMA FILEM MAR RAK

Sebagai makluman filem ini telah mendapat kerjasama penuh daripada Kementerian Komunikasi Dan Digital (KKD) melalui Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS) atas Dana Kandungan Digital (DKD) yang telah dibelanjakan bagi memastikan filem ini berjaya dihasilkan seterusnya dapat menemui penonton di pawagam.

Filem Mar Rak terbitan PENTAS WAYANG PRODUCTION SDN BHD ini mendapat kerjasama serta edaran METROWEALTH PICTURES yang bakal menemui penonton pada 2 NOVEMBER 2023 di pawagam seluruh Malaysia. 

MAJLIS PELANCARAN LAGU TEMA FILEM MAR RAK

LIRIK: SERU CINTA MAR RAK (OST) LIRIK

Utusan demi utusan ku terima 

Coretan nukilan tulus dari jiwa 

Luahan rasa yang penuh bermadah 

Terkulai diri menatapnya

Hati yang berdetik madah bagai terkunci

Tak mampu melafazkan yang tersirat dihati, 

Hidup terkadang indah bagai bulan purnama, 

Kadang kala menyakitkan bagai tiba gerhana,

Seandainya kita di takdirkan bersama, 

Kuserahkan seluruh jiwa dan raga, 

Segala rintangan yang menghalangi cinta kita, 

Terhapuslah kewujudannya dari sealam maya,

Seandainya aku diberi kesempatan,

Kan ku cuba melemahkan seru yang bertandang, 

Warkah yang diutus bersama mentera jiwa, 

Hanya pada Tuhan tempat ku meminta

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

PUTERI KHAREEZA

Puteri Khareeza Tonjolkan Vokal Mantap Menerusi Single Berjudul HELAH

Azmi Saat Tak Ambil Hati Gurauan Jihan Muse & Nabil di Gegar Vaganza