in , ,

Puteri Khareeza Tonjolkan Vokal Mantap Menerusi Single Berjudul HELAH

Penyanyi yang mempunyai vokal mantap, Puteri Khareeza, telah memberi peluang untuk membuat single terbaharu berjudul Helah.

Lagu ini akan menjadi runut bunyi bagi drama bersiri ‘Haloba’yang mewarnai slot Samarinda di TV3 pada setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 10.00 malam dan di platform Tonton.

Lagu ini merupakan hasil nukilan sepenuhnya daripada komposer muda yang berbakat iaitu Iqie Hugh & Shazriz Azeman. Menurut Puteri Khareeza, “Saya berasa amat bertuah apabila diberi kepercayaan untuk membawakan lagu yang dihasilkan oleh komposer dan penulis lirik yang sangat berpengalaman. Saya harap single terbaharu ‘Helah’ ini mendapat sambutan daripada pendengar. Impian saya adalah untuk menjadi artis yang versatil. Saya bersyukur walaupun dalam kesibukan menerbitkan album, rezeki saya menerusi lakonan juga tidak putus. Saya perlu membahagikan masa antara lakonan dan nyanyian supaya ia seimbang. Mana tahu kalau ada rezeki boleh jadi pengacara pula,” tambahnya berseloroh.

Poster Helah

Terdahulu, Puteri Khareeza telah memperolehi 1.8 juta tontonan di YouTube dalam masa sebulan apabila membawakan lagu ‘Duka Sebalik Tawa’ yang menjadi runut bunyi Melur Untuk Firdaus dan berjaya menduduki tempat ketiga di Spotify Carta Pop Terkini dan ‘trending’ di YouTube di mana menduduki tangga ke 23 untuk muzik.

Lagu Duka Sebalik Tawa juga telah mendapat jumlah streaming yang memberangsangkan (15.9 M) dan  tontonan Tik Tok (386 M). Adakah lagu ‘Helah ’ini juga bakal mendapat sambutan yang memberansangkan?

Lirik lagu ‘Helah’ ini sememangnya sesuai dengan runut bunyi bagi drama bersiri ‘Haloba’ yang menceritakan tentang kisah seorang ahli perniagaan yang menyandang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bernama Raif bersama dua orang isterinya iaitu Aliya dan Misya. Kedua-dua isteri beliau telah dipermainkan oleh Erina, seorang pelatih wanita di syarikat tersebut yang ingin merampas suaminya. Berjayakah ‘Helah’ Erina memenangi hati Raif dan menyingkirkan Aliya dan Misya? Jangan lupa saksikan drama ‘Haloba’ lakonan mantap Aiman Hakim Ridza, Afifah Nasir, Sherry Ibrahim dan Shikin kamal pada setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 10.00 malam di TV3.

Jangan lepaskan peluang anda untuk muat turun lagu ‘Helah”  di iTunes atau melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, Apple Music, Youtube Music, KKBox, Tidal dan Deezer. Untuk mendapatkan maklumat terkini, sila layari platform media sosial Puteri Khareeza  menerusi: Instagram: @puterikhareeza Tiktok: @puterikhareeza , Facebook: @Puteri Khareeza

LIRIK LAGU  “HELAH ”:

Verse1:

Ku berpijak

Dalam hidup tanpa jarak

Antara gelap dan cahaya

Ku dibawa

Arus bayangan yang lama

Luka yang dalam jadi dendam

Pre Chorus:

Kan ku hembuskan bisikan halus bagaikan

Suara tangisan yang merana

Chorus:

Aku disentuh 

Helah sumpahan cintamu

Madahmu menyesatkanku

Hingga di hujung

Aku terjatuh

Tersungkur jauh dalam mu 

Terjerat jiwa belenggu

Kisah yang lalu

Verse2:

Ku terlepas

Dari jerat yang menewas

Antara cinta dan nestapa

Bridge:

Menjadikan ku, 

Diri yang baru

Dalam waktu

Tersudah yang lalu

Kini hidup baru

Tinggalkan kisah terseksa

Kisah duka dan lara

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kutukan Sembilan Setan

Peraduan Menonton Filem KUTUKAN SEMBILAN SETAN Pada 24 Oktober Ini

Sekitar Pelancaran Single OST Filem MAR RAK Arahan Dato’ T. S. Jeffry