in

Sekitar Pelancaran Muzik Video Pengakuan Kumpulan Tiga

Single Pengakuan yang dicipta oleh Alyah dan muziknya disusun oleh Rafikoncept iru telah dilancarkan pada Oktober lalu. Budiey antara yang menghadiri Majlis Pelancaran Single Pengakuan yang berlangsung di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur. Tahniah! Selepas lagu ini mendapat sambutan pendengar, kini Tiga melancarkan muzik video Pengakuan yang mempertaruhkan dua pelakon hebat iaitu Nad Zainal dan Arja Lee. Kenapa ambil Arja Lee dan Nad Zainal? Haa, jom kita tanya mereka. Selain Alfie, Tiga turut dianggotai oleh Maya Haryanto,22, dan Zack Merican,21.

kumpulan-tiga-1

Menurut Alfie atau Syed Alfrizal,26, berkata pilihan pelakon untuk berlakon bersama dalam video klip mereka dilakukan bersama dengan dua ahli lain kerana merasakan ianya dapat memberi impak dalam video klip pertama itu

“Sebenarnya sejak daripada mula-mula kami terfikir untuk melakukan muzik video, memang banyak juga nama-nama besar yang kami senaraikan tetapi dengan usaha kami menghubungi mereka hanya dua pelakon ini sahaja yang available ketika itu. Kami tak sangka dan bersyukur sebagai pendatang baru kami sendiri berjaya mendapatkan mereka untuk bersama dalam muzik video kami. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan artis ini kerana dapat bersama-sama menjayakan muzik video ini.”

PC - kump TIGA 25.02.14 - Pelancaran MV

Mengulas mengenai muzik video tersebut, Zack memberitahu idea asalnya datang dari mereka dan dioleh lebih rapi oleh pengarahnya, Huzafi Ali dari Qubu Hero Studio.

“Dalam muzik video ini ada 3 kisah dari setiap daripada kami. saya sebagai suami telah mengabaikan tanggungjawab terhadap isteri yang dilakonkan oleh Sarah My Star LG dan mempunyai hubungan sulit bersama perempuan lain iaitu Nad Zainal.Tragisnya Nad juga merupakan kekasih Alfie yang membentuk satu dimensi cinta tiga segi. Sebuah lagi kisah mengenai Maya yang melarikan diri dari majlis perkahwinannya kerana tidak mahu kisah silamnya yang diperkosa diketahui oleh bakal suaminya iaitu Arja Lee.”

Penggambaran muzik video yang dijalankan sekitar lembah kelang itu mengambil masa dalam 3 hari sahaja.

Mengenai perkembangan lain, Tiga kini dalam proses pembikinan single kedua berjudul Kamu. Single yang dicipta oleh Alfie dan liriknya oleh Alyah itu dijangka akan dilancarkan pada April ini.

PC - MV Pengakuan di Red Box Ria Sogo

Perasmian Tiganation FC oleh Datuk Zaleha Najmuddin dr bdn NGO Kelab Kebajikan Bangsa Prihatin Malaysia (KKBPM)

Persembahan dr kump TIGA - Pengakuan versi karaoke

 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AirAsia X Announces Fantastic Deals!

Demi Yoga Atilia Sanggup Pindah ke Koh Samui?