in

Kumpulan Tiga Bukan Klon The Fabulous Cats

Kumpulan Tiga tidak meniru ataupun menjadi klon mana-mana kumpulan muzik yang sedia ada termasuk The Fabulous Cats biarpun membawa genre muzik hampir sama. Menurut Arween, ketua grup Tiga, kumpulan tersebut lebih menekan konsep vokal secara harmoni berbanding The Fabulous Cats.

“Kami bukan klon atau mempunyai persamaan dengan kumpulan The Fabulous Cats iaitu terdapat seorang wanita dan seorang penyanyi rap. Single pertama berjudul Pengakuan pula dicipta oleh penyanyi Alyah yang pernah menyertai kumpulan ini suatu ketika dahulu. Lagu ini dibuatnya semasa dia masih dalam kumpulan ini.”

Tiga turut dianggotai Alfie (Syed Alfrizal), Maya (Maya Haryanto) dan Zack Marican. Kumpulan berkenaan memperjuangkan genre muzik yang pelbagai termasuk ‘world music’, pop RNB dan pop rock. Mereka yakin lagu Pengakuan mampu menambat hati pendengar dan mesra radio.

“Kami dapat rasakan lagu ini bakal menjadi perhatian kerana berentak rancak dan sesuai dengan genre kumpulan kami.”

Bagaimanapun, dia menolak langkah kumpulan itu melakukan kerjasama dengan Alyah adalah untuk menumpang popularitinya. Sementara itu, Alyah berkata, Pengakuan diciptanya sekitar tahun 2005 yang mendapat pengaruh muzik kumpulan The Fabulous Cats.

“Saya buat lagu tersebut ketika saya masih lagi ahli kumpulan ini dan saya akui sedikit sebanyak ada pengaruh muzik The Fabulous Cats. Namun disebabkan ramai ahli kumpulan ini yang boleh mengubah lagu, maka lagu saya disimpan sahaja dan tidak sangka sekarang baru ada yang meminta untuk menyanyikannya.”

Kumpulan Tiga Muncul Single Pertama Pengakuan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dayah Bakar, Amirah Azmi & Yvonne Lee Hos Baru 3R

Sabhi Saddi Jalani Pembedahan Akibat Slip Disc