in ,

Sekitar Majlis Pelancaran Teater Muzikal PATRIOT

“Cinta memerlukan pengorbanan”

‘Hanya mereka yang rela berkorban tahu akan erti cinta yang sebenarnya..”

Semalam 15 Julai 2008, telah berlangsung Majlis Pelancaran Teater Muzikal Patriot di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Selain pengarah Rahman Adam dan pengarah artistik Lokhman Ghani, para pelakon juga turut hadir memeriahkan majlis. Sebanyak 3 babak telah dipertontonkan kepada media.

2675039473 5Fd5D380Ce | 4

Teater ini diterbitkan bagi mengumpul dana untuk rayuan Hari Pahlawan tahun 2008. Aleena Communication Sdn Bhd telah dilantik untuk menerbitkan teater ini oleh Sekretariat Rayuan Hari Pahlawan Tahun 2008. Teater ini mendapat sokongan padu dari Istana Budaya dan Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan Malaysia.

Teater yang berdurasi selama dua jam ini akan dipersembahkan di Panggung Sari, Istana Budaya dari 29 Julai hingga 3 Ogos 2008 ini. Ianya bertujuan untuk menyemai semangat patriotik di kalangan masyarakat. Dibintangi oleh pelakon ternama seperti Raja Farah, Muhammad Syukor Ibrahim, Ashraf Muslim, Dato’ Jalaluddin Hassan, Zila Bakarin, Mahmud Ali Basha, Zaibo dan ramai lagi.

Sebenarnya, kerja-kerja pra-produksi telah pun dimulakan sejak Disember 2007 yang lalu. Teater arahan Rahman Adam yang juga turut menjadi penulis skrip turut menampilkan kehebatan lagu-lagu ciptaan dan sentuhan Datuk Suhaimi Md Zain (Pak Ngah) sebagai Pengarah Muzik, sementara Lokman Ghani yang berpengalaman mengarah teater hebat seperti Tikar Mengkuang, Bukit Kepong, Muzikal Cheng Lock dan banyak lagi adalah Pengarah Artistik untuk teater ini.

Teater ini mengisahkan keperwiraan seorang anak watan berjuang membela kedaulatan tanahair. Patriot akan mengekploitasi pentas canggih dan luas Istana Budaya seperti beberapa adegan pertempuran dalam Perang Dunia Kedua dan suasana serangan pengganas komunis ketika zaman darurat.

Teater yang membawakan kisan pengorbanan cinta darah dan air mata ini telah pun dilancarkan di Lambang Sari IB pada 26 Februari 2008. Ia dijangka dipentaskan di beberapa buah negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak sebagai salah satu acara sambutan Hari Kemerdekaan ke-51.

Penerbit Teater Muzikal Patriot, Brig. Jen. (B) Dato’ Nik Mohd Zaaba berharap peminat seni teater tanahair dan orang ramai akan memberi sokongan dengan hadir menonton sambil menderma kepada Tabung Rayuan Hari Pahlawan 2008.

Pengarah Rahman Adam kata:

Bukan wang atau keuntungan yang menjadi sasaran tetapi untuk teater ini diadakan untuk mengutip derma bagi tabung pahlawan. Terima kasih kepada IB kerana sudi memberi peluang dan Lokman Ghani atas komitmen tak berbelah bagi.”

Ucapan dari wakil IB:

“Tahun ini ada kelainan pementasan kerana tema pementasan ini sangat cantik untuk mengisi kekosongan untuk slot sambutan kemerdekaan. Diharapkan IB akan terus ceria dengan pementasan ini.”

Lokman Ghani kata:

“Ini adalah kali pertama saya fokus kepada aspek artistik untuk membantu teater ini nampak lebih menarik dan banyak idea kreatif telah difikirkan. Cabaran kami adalah untuk memberikan gambaran kepada penonton suasana sebenar era tersebut. dari segi prop, kostum, kita akan buat kejutan dan mungkin akan mengusung bangkai helikopter ke pentas IB.”

SINOPSIS TEATER MUZIKAL PATRIOT
Teater muzikal ini memaparkan perjuangan wira negara bernama Yahya yang sanggup berkorban demi negara. Pengorbanan perwira negara ini menyelitkan kisah cinta antara Yahya dan Sapura. Bapa Sapura lebih memandang kepada harta kekayaan berbanding ketulusan cinta anak muda. Tiba-tiba Zulkifli muncul dengan restu bapa.

Apakah sumpah setia antara Yahya dan Sapura akan berjaya melayari bahtera rumahtangga?

TEMA CERITA
Kisah seorang bekas perajurit yang pernah berjasa kepada negara, berjaya menentang polimik cinta yang terhalang. Akhirnya dia akur kepada keperwiraannya dan tegak sebagai seorang bekas tentera yang berwawasan dan punya identiti tersendiri serta dihormati sepanjang hayatnya. Dengan azam dan tekad, dia berjuang sebagai perwira yang berjasa dan bukan sebagai pahlawan yang kecewa di medan cinta.

CERITA LANJUT
Tamatnya Perang Dunia ke-2 dan penyerahan kuasa tentera British kepada Angkatan Tentera Malaysia menjadi titik-tolak kepada Teater Muzikal Patriot, sebuah kisah perjuangan menentang tentera Jepun melibatkan 25 orang rekrut anak Melayu dari kompeni percubaan Askar Melayu di-Raja.

Yahya, antara seorang anggota rekrut yang dipilih menyahut cabaran negara dan kekasihnya, Sapura. Anak kelahiran desa ini mempunyai minat yang tinggi untuk menyertai angkatan tentera. Pada peringkat awal terasa impiannya tidak akan jadi nyata disebabkan memelihara ibu yang sudah tua.

Mejar G.M.S Bruce dari Regimen Lincolnshire dilantik menjadi Pegawai Memerintah pertama pasukan ini. Yahya dan rakan-rakannya yang lain merupakan kumpulan pertama dihantar ke Port Dickson, Negeri Sembilan untuk menjalani latihan ketenteraan.

Memandangkan pembesaran pesat pasukan ini, Rejimen Askar Melayu ketika itu kekurangan pegawai. Empat orang askar yang berkebolehan telah dipilih untuk menjadi ketua platun dan dijadikan Pegawai Muda. Atas sikap dan kepimpinannya serta mempunyai disiplin yang tinggi, maka Yahya telah ditawarkan ke jawatan Pegawai Muda.

Malangnya disebabkan tiada berita dari medan perjuangan dan ada desas desus mengatakan Yahya telah gugur ketika berjuang menentang tentera Jepun, cinta Sapura telah beralih arah dan akhirnya memilih pemuda lain sebagai suaminya atas desakan Pak Long. Ayahnya yang mengutamakan wang dan kebendaaan. Yahya kecewa dengan sikap Sapura yang tidak sanggup menerima dugaan hingga menjadikan cintanya terlallu rapuh.

2673968507 A45D1B422B | 5

Ashraf Muslim sebagai Yahya

2677002590 D577D626Cc | 6

Raja Farah sebagai Sapura

2675040395 59D2C44A5E | 7

Zila Bakarin

2673555018 27Dabc9E39 | 8

Raja Farah & Ashraf

2675041695 92Ffba5A9F | 9

Mama Rina sebagai ibu kepada Yahya

2675042597 Bf330C2C56 | 10

Aishah Atan

2675861000 B985669464 | 11

Lokman Ghani: Pengarah Artistik

Siapa Lokman Ghani?
Berasal dari Sekam Melaka, menerima pendidikan Seni Kreatif di Universiti Sains Malaysia. Lokman bermula sebagai penari dan berkembang menjadi koreografer. Pernah berlakon dalam banyak drama pentas seperti Bukit Keramat, Uda dan Dara, Bertam Bertam Bukan Semambu, Anak Tanjung, Tun Mamat, Puteri Gunung Ledang dan Julius Caesar.

2675855868 4F0Ef165Ed | 12

2675037587 74A9B05A10 | 13

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lisa Surihani 1 | 43

Lisa Surihani Dari Peguam, Pelakon Iklan ke Dunia Filem

Sidang Media Penyertaan Festival Filem Malaysia 21