in

Sidang Media Penyertaan Festival Filem Malaysia 21

Pada jam 3 petang tadi telah berlangsung sidang media Festival Filem Malaysia mengumumkan senarai pencalonan filem yang menyertai festival kali ini. Bertempat di Golden Screen Cinemas (GSC) Signature, The Garden, Mid Valley City, majlis itu dihadiri oleh Nancie Fon selaku Pengerusi Jawatankuasa Penyertaan dan Penjurian, Steven Kong wakil dari GSC, wakil dari Finas dan para media.

2674121368 60239A1411 | 3

Hanya tinggal 2 minggu lagi, Festival Filem Malaysia ke-21 akan berlangsung di Putrajaya iaitu pada 9 Ogos 2008 ini.

Sebanyak 23 buah filem cereka, 31 buah filem dokumentari, 21 buah filem pendek, 13 buah filem animasi dan 5 filem digital dipertandingkan dalam FFM21 kali ini. Ini menjadikan sebanyak 23 anugerah dipertandingkan merangkumi 13 Anugerah Perdana dan 10 buah Anugerah Cipta.

Filem Cereka yang bertanding adalah 1957 Hati Malaya, 9 September, Akhirat, Anak, Anak Halal, Apa Kata Hati, Cinta U-Turn, Congkak, Cuci, Dunia Baru THe Movie, Duyung, Evolusi KL Drift, I’m Not Single, Impak Maksima, Kala Malam Bulan Mengambang, Kayangan, Nana Tanjung 2, Otai, Pensil, Sepi, Susuk, Wayang dan Johnny Bikin Filem.

Filem digital yang bertanding pula ialah Yantra, Ganavin Ivanthaanda Hero, Malaysia’s Sweetheart, Wirasiswi dan Jarum Halus.

Untuk mempromosikan FFM21, siri Jom Meriahkan FFM21 diadakan di sekitar Putrajaya termasuk Balakong, Seri Kembangan dan Bangi. Program ini untuk memberi peluang kepada peminat untuk beramah mesra dengan artis dan calon yang bertanding.

Ia juga satu program serampang dua mata iaitu untuk menghebahkan secara langsung kepada orang ramai tentang FFM21 di Putrajaya serta memasyarakatkan filem selaras dengan hasrat FINAS mendekatkan filem tempatan di hati masyarakat.

Pada 13 Julai lalu, lebih 500 orang peminat datang menyaksikan Jom Meriahkan FFM21. Antara artis yang hadir ialah Dynas dan Emylia AF serta Cam Raja Lawak.

Pengunjung berpeluang mendapatkan pas Malam Anugerah, tiket filem percuma dan beg portal Sinema Malaysia di acara ini. Selain itu, FFM diisi dengan Simposium Perfileman (7 Ogos), Tayangan Filem Percuma (8-10 Ogos), Majlis Perasmian (7 Ogos), dan Malam Anugerah (9 Ogos) yang akan dihadiri oleh Datuk Seri Abdullah Badawi, Perdana Menteri Malaysia.

Untuk info pembaca, pada 20 Julai, jam 3 petang bertempat di Kompleks PKNS Bangi, pelakon filem Kala Malam Bulan Mengambang, Corrie dan calon FFM21 Diana Danielle serta Amy Ukays bakal menemui orang ramai di siri Jom

2673303609 Da72E4616E | 4

Untuk info, FFM21 juga akan menayangkan tayangan filem percuma di TGV Suria KLCC, GSC Alamanda Putrajaya dan Cathay Cineileisure Damansara mulai 8 hingga 10 Ogos ini.

Tiket boleh didapati secara percuma. Kepada peminat yang mahu mendapatkan tiket percuma hendaklah menghubungi Sekretariat Finas atau mendapatkannya di beberapa roadshow, melalui radio rasmi Sinar FM dan juga tiket akan diletakkan di kaunter tertentu.

Paling dinantikan oleh Budiey, satu tayangan predana akan diadakan pada 7 Ogos bertempat di GSC Alamanda Putrajaya. Sebanyak dua filem akan ditayangkan yang mana filem ini belum lagi ditayangkan di mana-mana pawagam.

5 ribu tiket katanya akan diedarkan. Siapa cepat dia dapat!

Filem Muallaf tidak termasuk dalam pencalonan kerana penerbit filem ini tidak mendaftar untuk melayakkan pencalonan.

Tiada juri dari luar, semuanya juri tempatan telah dipilih. Siapa ketua juri dan senarai jurinya? Masih belum dapat diumumkan.

Filem digital pula mendapat sambutan yang tidak menggalakkan. Mungkin mereka lebih suka bertanding di luar negara.

Info lanjut boleh dilayari di www.sinemamalaysia.com.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Majlis Pelancaran Teater Muzikal PATRIOT

Peraduan Menangi Tiket Wayang Filem Kuntilanak 3