in

SEEKERS Musim ke-7 ntv7

SEEKERS Musim ke-7:
KEMBALI MENYIASAT FENOMENA PARANORMAL

Kelibat dan bunyi yang aneh, kejadian misteri: adakah semuanya semata-mata mainan fikiran ataupun adakah penjelasan disebaliknya? Para penonton dan peminat kisah seram tentunya teruja dengan kembalinya rancangan paranormal popular, Seekers, di Saluran Ceria Anda untuk musim ke-tujuh setiap Rabu pukul 9.00 malam. bermula 8hb Disember 2010.

Seekers Musim ke-7 akan melihat pasukan yang terdiri daripada tiga penyiasat: Azimah (dari Seekers Musim ke-5), dan ahli-ahli baru, Zahira dan Syai. Format rancangan Seekers akan terus memaparkan ciri-ciri dokumentari realiti dengan adanya segmen ahli pasukan Seekers menggunakan kamera video tangan ketika menyiasat lokasi.

image001

Difilemkan dalam gaya travelog, musim ini membolehkan penonton mengikuti perjalanan dan pengalaman pasukan Seekers dengan lebih dekat. Episod terpilih juga akan memaparkan selebriti undangan seperti pelakon, Julia Ziegler; pelakon / penyanyi, Munir; Comel Fana, pelakon; Daus dari AF8 dan pengacara radio HotFM, Ikhwan.

Suka mengembara, berkarisma dan tahan lasak, Azimah yang dahulunya dari Seekers Musim ke-5, kembali mengetuai pasukan. Wanita yang baru melangkah ke alam perkahwinan ini bertindak sebagai mentor kepada ahli-ahli baru pasukan Seekers.

Zahira yang periang dan manja, pernah memegang beberapa watak kecil dalam drama tempatan dan bekerja sebalik tabir sebagai penolong penerbit. Ahli baru yang lincah bernama Syai pula seorang jurugambar professional.

Turut mengiringi dan menolong mereka bertiga ialah Doctor Seekers, seorang dukun yang sudah mengikuti pasukan Seekers selama lima musim. Kali ini, pasukan penyiasat paranormal ini juga dilengkapi dengan pengesan EMF (Electro Magnetic Field) dan pengesan bunyi.

“Kami ingin menyajikan rancangan Seekers yang lebih menarik dan berciri realist untuk penonton setia kami,” kata penerbit, En Aeizul Reeza Ismail, yang juga mengaku Seekers memang mempunyai ramai peminat yang sudah lama mengikuti rancangan tersebut. “Format yang diberi nafas baru disertakan dengan pasukan penyiasat yang mantap diharapkan dapat menjayakan rancangan ini.”

Lokasi rakaman untuk kesemua 14 episod termasuk kawasan di Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Kedah dan Johor. Setiap kawasan mempunyai kisah tersendiri – dari kelibat misteri dan langsuir, dan hujan jarum yang aneh, hinggalah ke gangguan makhluk halus – penonton sudah tentunya tidak ingin ketinggalan mengikuti perjalanan pasukan Seekers mencari kebenaran disebalik kejadian berunsur paranormal.

Jangan ketinggalan mengikuti siasatan Seekers keatas kejadian misteri dan seram setiap Rabu, pukul 9.00 malam, hanya di ntv7, bermula 8hb Disember. Untuk maklumat lanjut, layarilah laman web www.ntv7.com.my atau www.tonton.com.my. Atau ikutlah kemas kini terbaru melalui Facebook dan Twitter.

Syai, Azimah and Zahira with celeb guest Comel Fana at haunted house in Parit Bakar Muar

L-R Syai, Zahira, Azimah

L-R Azimah, Zahira, Syai

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sambutan Awal Muharram Bersama TV9

RTM Siar 3 Dokumentari Sempena Maal Hijrah 1432