in

Tiz Zaqyah Dinobatkan Pelakon Terbaik Asian Academy Creative Awards

Memegang watak wanita ditindas dalam drama ‘Liar’, pelakon Tiz Zaqyah dinobatkan sebagai pelakon terbaik Anugerah Kreatif Akademi Asia (AACA) 2023.

Memegang watak wanita ditindas dalam drama ‘Liar’, pelakon Tiz Zaqyah dinobatkan sebagai pelakon terbaik Anugerah Kreatif Akademi Asia (AACA) 2023.

Tiz Zaqyah atau nama sebenarnya, Siti Zaqyah Razak berkongsi berita gembira itu di Instagram yang menganggap ia sebagai pengiktirafan buatnya selepas 17 tahun dalam industri.

Dalam drama itu, Tiz menjadi seorang wanita yang lantang bersuara demi menegakkan hak wanita yang ditindas.

“Alhamdulillah, kejayaan ini cukup bermakna buat saya dan seluruh pasukan produksi drama bersiri ini.”

“Drama bersiri ini menarik kerana ia mengetengahkan hak wanita dan semua wanita juga ada hak untuk bersuara bila berlaku penindasan dalam hidup.”

“Saya berharap drama bersiri Liar ini akan memberi inspirasi dan motivasi kepada penonton.”

Tiz yang memegang watak Lara Sulaiman itu turut berjaya melakonkan babak mangsa rogol yang sangat mencabar.

Watak Lara sangat mencabar kerana sebagai wanita menjadi mangsa rogol adalah sangat sensitif. Saya juga banyak bermain emosi dan berperang dengan masalah kesihatan mental untuk menjiwai watak terbabit.

Tahniah Tiz!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Berita Palsu Difitnah Secara Melampau, Mawi Sedia Lapor Polis

Kesihatan Saya Semakin Baik, Cuma Solat Dalam Kedudukan Duduk