in , ,

Raja Muda Selangor Hadir Sempurnakan Program Ziarah Ramadhan 2023

Worldwide Holdings & Starvilion Membantu Komuniti Hulu Selangor Melalui Program Ziarah Ramadhan 2023 Yang Disempurnakan Oleh Dytm Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor

Selangor Youth Community (SAY) dengan Yayasan Raja Muda Selangor bersama-sama dengan rakan penaja utama dari Worldwide Holdings, sebuah syarikat korporat yang terkenal dengan tanggungjawab sosial dan juga Starvilion, sebuah syarikat hab fesyen Muslim telah melaksanakan program Ziarah Ramadhan 2023 dengan jayanya hari ini. 

Raja Muda Selangor Hadir Sempurnakan Ziarah Ramadhan 2023 Anjuran SAY

Program ini merupakan satu platform bagi Worldwide Holdings dan Starvilion menjalankan tanggungjawab sosial korporat dengan mengagihkan agihan zakat dan bantuan-bantuan kepada golongan asnaf dan masyarakat yang memerlukan. 

Raja Muda Selangor Hadir Sempurnakan Ziarah Ramadhan 2023 Anjuran SAY

Pada tahun ini, Yayasan Raja Muda Selangor dan Selangor Youth Community (SAY) telah memilih komuniti di daerah Hulu Selangor sebagai penerima bantuan. Program ini telah disempurnakan oleh DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Ahli Lembaga Pengarah yang lain seperti YAM Tengku Datin Paduka Setia Zatashah Binti Sultan Sharafuddin Idris Shah yang turut terlibat dalam aktiviti gotong-royong bersama-sama dengan penghuni Pertubuhan Kebajikan Ar Rahmaniah, Rasa, Hulu Selangor serta melawat kawasan sekeliling pusat kebajikan ini. 

Raja Muda Selangor Hadir Sempurnakan Ziarah Ramadhan 2023 Anjuran SAY

Pengagihan sumbangan yang disempurnakan oleh DYTM Tuanku turut memberi impak besar kepada komuniti Hulu Selangor. Sebanyak RM400 tunai untuk setiap penerima, kotak makanan-makanan ruji bernilai RM100, dan pakaian raya yang ditaja oleh pihak Starvilion telah disalurkan kepada 4 keluarga asnaf terpilih. Selain itu, mereka turut menerima bantuan baik pulih rumah yang telah siap sepenuhnya melalui sumbangan zakat daripada Worldwide Holdings yang bernilai sekurang-kurangnya RM1,500 setiap rumah. Pertubuhan Kebajikan Ar Rahmaniah juga menerima bantuan yang bermakna seperti pakaian raya, bantuan baik pulih, gotong royong, dan dekorasi pusat kebajikan, bantuan makanan ruji bernilai RM100 dan cek bernilai RM3500. Seramai 40 kanak-kanak dan 5 penjaga di sini telah menerima bantuan tersebut. 

Raja Muda Selangor Hadir Sempurnakan Ziarah Ramadhan 2023 Anjuran SAY

Pengagihan sumbangan ini turut diberikan kepada Persatuan Bekas Polis Negeri Selangor yang diwakili oleh 4 orang pegawai. Mereka telah menerima sebanyak 10 unit kerusi roda model Lightweight yang bernilai RM7,000 sumbangan Worldwide Holdings. 

Raja Muda Selangor Hadir Sempurnakan Ziarah Ramadhan 2023 Anjuran SAY

Selain daripada program pada hari ini, melalui inisiatif di Yayasan Raja Muda Selangor, Worldwide Holdings telah memberi sumbangan-sumbangan lain seperti tajaan kursus vokasional kepada lebih 100 pelajar asnaf di seluruh Malaysia, sumbangan mesin jahit, laptop dan tablet kepada pelajar-pelajar asnaf di bawah Yayasan Raja Muda Selangor, program kursus motivasi “Self-Discovery Workshop” kepada lebih 100 pelajar-pelajar asnaf dari seluruh Selangor, program pembangunan sahsiah kepada belia berisiko dan sumbangan-sumbangan kepada rumah-rumah anak yatim yang terpilih. 

Raja Muda Selangor Hadir Sempurnakan Ziarah Ramadhan 2023 Anjuran SAY

Program Ziarah Ramadhan 2023 ini turut dihadiri oleh Orang Besar Daerah Hulu Selangor, YDP Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Pegawai Daerah Hulu Selangor, dan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor yang turut bersama-sama memberi sokongan kepada program ini. 

Raja Muda Selangor Hadir Sempurnakan Ziarah Ramadhan 2023 Anjuran SAY
Raja Muda Selangor Hadir Sempurnakan Ziarah Ramadhan 2023 Anjuran SAY
Raja Muda Selangor Hadir Sempurnakan Ziarah Ramadhan 2023 Anjuran SAY

BERKENAAN SELANGOR YOUTH COMMUNITY (SAY) 

Selangor Youth Community (SAY) diasaskan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor pada tahun 2017. SAY merupakan organisasi bukan kerajaan, bukan politik dan juga bukan berasaskan keuntungan yang berpegang teguh kepada matlamat untuk mewujudkan komuniti belia oleh belia yang dinamik, progresif dan cergas. Berdasarkan kajian dan bengkel yang dijalankan oleh Boston Consulting Group untuk mengenal pasti golongan belia di Selangor, SAY telah bergerak berpandukan empat fokus utama iaitu Keusahawanan, Sukan dan Kesihatan, Seni dan Kreatif dan juga Khidmat Masyarakat, ia adalah untuk menyentuh secara menyeluruh minat dan fokus utama belia-belia di dalam negeri Selangor. 

Pada tahun 2022, SAY telah memberikan impak positif kepada jumlah keseluruhan 310,738 belia, tidak hanya terhad di negeri Selangor tetapi juga di seluruh Malaysia melalui lebih daripada 200 inisiatif dan program bermula dari tahun pertama penubuhannya yang mana juga telah menghasilkan pulangan pelaburan sosial (SROI) 1:3.03. SAY juga menjalankan program dan inisiatif holistik melalui rakan kongsi daripada pelbagai agensi kerajaan, syarikat dan komuniti untuk mengenal pasti jurang dalam ekosistem bagi memastikan tiada komuniti yang ditinggalkan

BERKENAAN YAYASAN RAJA MUDA SELANGOR (YRMS) 

Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS) dilancarkan oleh Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sultan Selangor pada tahun 2003. Pada tahun 2017, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tengku Amir Shah, Raja Muda Selangor meneruskan legasi sebagai penaung DiRaja bagi YRMS. Dengan cita-cita untuk melakukan sesuatu yang berbeza, YRMS ditubuhkan atas kepercayaan DYMM Sultan Selangor bahawa terdapat golongan belia yang tidak cenderung kepada bidang akademik tetapi mempunyai bakat dan kemahiran yang terpendam yang boleh diperkembangkan. Belia ini jika diberi peluang dan bimbingan yang sewajarnya, akan dapat mencapai impian mereka dalam bidang yang diminati. 

YRMS menawarkan bantuan kepada belia antara umur 18 hingga 30 tahun menerusi program latihan, kemahiran, dan bengkel motivasi untuk membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan. Peluang ini terbuka kepada semua belia di Malaysia, dari semua kaum dan agama. 

BERKENAAN WORLDWIDE HOLDINGS BERHAD 

Worldwide Holdings Berhad telah bermula pada tahun1965 sebagai syarikat ladang bernama Tholec Limited. Tholec kemudian telah disenaraikan di Bursa Saham Malaysia dan Singapura selepas dua tahun beroperasi. Pada tahun 1971, Tholec menukar namanya kepada Worldwide Holdings Berhad. 

Pada tahun 1989, Worldwide Holdings memulakan satu latihan penyusunan semula besar-besaran dengan pengelistingan semula di Bursa Saham Malaysia. Dengan aset yang disuntik dari tiga syarikat di bawah Kumpulan Perangsang Selangor, Worldwide Holdings diambil di bawah sayap syarikat pemegang pelaburan. Sejak itu, Worldwide Holdings terlibat dalam pelbagai industri, iaitu pembangunan dan pelaburan hartanah, perdagangan kayu, pembangunan infrastruktur, penyiaran televisyen, pengurusan sisa pepejal, pelaburan luar negara dan pemegang pelaburan. 

Pada tahun 2008, Worldwide Holdings diambil semula oleh sektor swasta dan kemudiannya dikeluarkan dari Bursa Saham Malaysia. Kini menjadi subsidiari sepenuhnya kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Worldwide Holdings memberi tumpuan kepada empat perniagaan utama: hartanah, alam sekitar, perubatan dan tenaga. Semua perniagaan utama ini selaras untuk memenuhi keperluan dan permintaan pengguna yang kritis hari ini. 

BERKENAAN STARVILION 

The Starvilion, jenama fesyen yang telah berada dalam industri selama enam tahun membuat penampilan semula kepada umum bersempena musim perayaan tahun ini. Bertemakan Starvilion Laskar Raya 2023, syarikat ini telah menggariskan empat pendekatan utama untuk mengukuhkan jenamanya, sekali gus mengeratkan lagi hubungan bersama pelanggan. 

Antara inisiatifnya pada kali ini adalah menyediakan 10,000 pasang baju raya kepada kumpulan memerlukan, selain turut menyediakan kotak kitar semula di premis supaya pelanggan boleh menderma pelbagai barangan berkaitan hari raya yang tidak lagi digunakan seperti tudung, kasut, songkok, langsir dan alas meja untuk diagihkan. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Muslim Pro Menderma 50% daripada Hasil Langganan kepada PCRF

FARID KAMIL

Diana Danielle & Farid Kamil Hadir Untuk Sebutan Kes Hadanah Hari Ini