in , ,

Aiman Sidek Lancar Single Terbaru Ajak Pendengar Hargai Jasa Ibu 

Sebuah lagu ciptaan penuh komposer dan penyanyi, Aiman Sidek yang diberi judul Hadiah Tuhan Paling Jelita telah dilancarkan hariini.

Diterbitkan oleh 4UEntertainment, single terbaru ini merupakan dedikasi khas kepada semua yang bergelar Ibu bersempena dengan Hari Ibu atau Mother’s Day yang disambut pada Ahad ke-2 bulan Mei setiap tahun oleh kebanyakan penduduk di seluruh dunia, termasuk masyarakat di Malaysia.

Aiman Sidek, penyanyi dan pencipta lagu ini berkata, “Hadiah Tuhan Paling Jelita merupakan karya yang sangat bermakna buat saya yang didedikasikan khas buat semua ibu-ibu yang telah bertarung nyawa untuk melahirkan kita ke dunia ini.

Bukan itu sahaja, Ibu, Emak atau Mama apa sahaja panggilan kita kepada mereka, merupakan individu yang telah memberi didikan dan kasih sayang sejak dari kecil seharusnya perlu terus dihargai hingga akhir hayat kita.”

“Lagu ini diinspirasikan ibu saya sendiri, Puan Rasmah Yusof sosok yang tidak pernah putus mendoakan kami adik-beradik, selain sentiasa memberikan nasihat dan pedoman kepada kami dalam menyusuri hidup ini sehingga kini. Inilah anugerah dari Allah kepada kami, Hadiah Tuhan Paling Jelita.”

Single terbaru ini akan menjadi salah sebuah lagu yang bakal ditampilkan dalam Album ketiga Aiman Sidek berjudul ‘Jiwa & Nyawa’, disokong oleh Kementerian Komunikasi melalui Mycreative Ventures di bawah program Dana Kandungan Digital.

Album yang akan dilancarkan tahun ini itu mengandungi 10 buah lagu, termasuk lagu-lagu yang pernah hits di media sosial, carta radio, saluran penstriman muzik seperti Cinta Sejati, Dirgantara (duet bersama Alin Sidek) serta lain-lain lagi.

Hadiah Tuhan Paling Jelita diharap dapat menyentuh hati pendengar-pendengar, dalam terus menghargai seorang individu bergelar ibu, tidak kira yang masih ada ataupun yang telah pergi. Selamat Hari Ibu juga diucapkan kepada semua yang bergelar ibu di seluruh dunia.”

– Penerbit Eksekutif 4U Entertainment, Meor Alfaizal dan Raja Azraff.

Untuk mendengar dan menonton muzik video Hadiah Tuhan Paling Jelita :

12hb Mei 2024 – Premier Hadiah Tuhan Paling Jelita di Youtube 4U Entertainment –
12hb Mei 2024 – Hadiah Tuhan Paling Jelita di Platform Digital

Aiman Sidek Lancar Single Terbaru Ajak Pendengar Hargai Jasa Ibu

LIRIK LAGU HADIAH TUHAN PALING JELITA

Senyum manismu kan ku ingat selalu

Redup matamu kan ku kenang selalu

Lembut suaramu memanggil namaku

Kasih sayangmu ku damba selalu

Kau utama

Tiada tara
Kau sesungguhnya
Paling istimewa
Hadiah tuhan paling jelita
Hanya engkaulah paling sempurna

Anugerah tuhan paling utama

Kaulah satu kaulah segalanya
Oh cinta
Hadiah tuhan paling jelita
Bak bidadari tiada lainnya

Anugerah Tuhan paling utama

Kaulah satu kaulah segalanya
Oh cinta

MENGENAI AIMAN SIDEK

Aiman Sidek memulakan langkah dalam industri muzik tempatan selepas muncul Naib Juara program Akademi Nasyid di TV9 pada 2008. Aiman pernah tampil di pentas hiburan tanah air lebih sedekad lalu, dengan lagu “Cinta Terakhir” ciptaan komposer Hafiz Hamidun serta “Bunga Dhia” ciptaan Aiman sendiri, yang popular menerusi drama bersiri Hati Perempuan di TV3. Anak kelahiran Terengganu ini juga pernah bersaing di peringkat akhir Anugerah Juara Lagu pada tahun 2008 membawakan lagu “Dusta Berkalang” sepentas bersama Meet Uncle Hussain, Faizal Tahir, Aizat Amdan, Ziana Zain, Spider, Estranged, Stacy dan Mawi. Selepas tahun 2020, Aiman Sidek kembali ke industri muzik tanah air di bawah naungan label miliknya sendiri, 4U Entertainment dan berjaya meletakkan lagu ciptaan dan nyanyiannya “Cinta Sejati” di kedudukan nombor 1 dalam carta radio-radio di Malaysia, menembusi pencalonan Muzik-muzik, Top 5 kategori lagu paling Boom di Anugerah Bintang Popular (ABPBH 2023), serta memasuki carta trending sehingga ke kedudukan yang ketiga di Youtube termasuk lagu-lagu lain ciptaan dan/atau nyanyiannya yang menduduki carta pelbagai platform penstriman.

MENGENAI 4U ENTERTAINMENT

4U Entertainment yang didaftarkan sebagai Foryou Entertainment adalah syarikat label muzik yang ditubuhkan pada tahun 2020 bertujuan menghasilkan karya-karya segar dengan menyediakan platform untuk penyanyi serta pemuzik baru dan lama tanah air. Antara karya di bawah syarikat adalah 2 album bertajuk “Aiman Sidek”pada tahun 2009 dan “Gelora Cinta” (2018). Lagu-lagu lain yang pernah dihasil atau dinyanyikan oleh Aiman Sidek ialah Tak Bisa (Andrea), Cinta Awangan (Aiman & Friends), Apa Benar (Misha Shahirah), Kamulah Wanita , Wanitaku , Aryana (Nadzmi Adhwa) ,Manisnya Hari Raya (Manis FM) , Warna (Namias), Penjaja Jalanan (Anas Tahir), Tetap Bertahan (Alif Azhari) , Bunga Dhia , Larut , Pria Arjuna, Dusta Berkalang ,Cinta Terakhir (Aiman Sidek), Bangkit Malaysia (Aiman Sidek ft. Namias), Manis di Mulut (Aiman Sidek ft Skyrulez), Kekasih (Aiman Sidek, Aniq Muhai dan Alif Azhari), Cinta Hati (Araf Aziz), Haruskah (Yuji), serta banyak lagi. Lagu “Cinta Sejati” yang dihasilkan pada tahun 2021 telah berjaya menduduki kedudukan nombor 1 dalam carta radio-radio di Malaysia, menembusi pencalonan Muzik-muzik, Top 5 kategori lagu paling Boom di Anugerah Bintang Popular (ABPBH 2023), serta memasuki carta trending sehingga ke kedudukan yang ketiga di Youtube termasuk lagu-lagu lain ciptaan dan/atau nyanyian Aiman Sidek yang menduduki carta pelbagai platform penstriman. Layari platform Youtube 4U Entertainment untuk maklumat lanjut.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kisah Ada Dalam Tiada Che Puan Sarimah Ibrahim Dalam Industri Seni

Peraduan Jom Menangi Tiket Premiere & Merchandise Filem THE GARFIELD MOVIE