in ,

Muslim Pro Menderma 50% daripada Hasil Langganan kepada PCRF

Muslim Pro Menderma 50% daripada Hasil Langganan kepada Tabung Bantuan Kanak-Kanak Palestin (PCRF) Sempena Kempen Lebih Besar dan Lebih Baik pada Ramadan Ini

Muslim Pro, aplikasi gaya hidup Muslim terkemuka di dunia dengan lebih 145 juta muat turun, telah berjanji untuk mendermakan 50% daripada jumlah hasil langganan Premium global kepada Tabung Bantuan Kanak-Kanak Palestin (PCRF). Hasilnya akan disalurkan kepada bantuan kemanusiaan dan inisiatif di Palestin, termasuk Projek Amputee Gaza, Program Rawatan Luar Negara dan Program Jantung Pediatrik.

Fara Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Muslim Pro, menekankan kepentingan memberi kembali kepada mereka yang memerlukan sepanjang Ramadan.  

“Ketika kita menjalani bulan yang suci penuh keberkatan ini di dalam rumah kita yang selesa, ingatlah mereka yang tidak berkemampuan dan kongsi rezeki dan nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka. Di Muslim Pro, kami percaya kami harus menggunakan platform kami sebaiknya dengan memberi manfaat kepada manusia sejagat, itulah sebabnya kami berbangga untuk bekerjasama dengan PCRF untuk menyokong misi penting mereka dalam menyediakan penjagaan kritikal untuk kanak-kanak Palestin. Di samping itu, kami ingin memberi peluang kepada pengguna kami untuk membuat sumbangan yang bermakna sambil merasai pengalaman terbaik daripada aplikasi pada Ramadan ini, di mana setiap amalan baik yang dilakukan akan dilipatgandakan pahalanya.”

Muslim Pro_Kempen Lebih Besar dan Lebih Baik _KV

Steve Sosebee, pengasas PCRF, melahirkan rasa terima kasih atas kerjasama ini, berkata, “Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan Muslim Pro untuk inisiatif bermakna ini. Kerjasama ini adalah bukti kuasa teknologi dan keupayaannya untuk membawa orang ramai bersama-sama untuk melakukan perubahan. Dengan sokongan Muslim Pro, kami boleh terus menyediakan rawatan perubatan kritikal kepada kanak-kanak yang memerlukan di Palestin.”

Harga TahunanPromosi Harga Tahunan
RM49.90RM39.90

Dengan langganan premium Muslim Pro, pengguna di Malaysia boleh menikmati pengalaman bebas iklan bagi semua ciri dalam aplikasi Muslim Pro, termasuk Qalbox, perkhidmatan penstriman hiburan mesra Muslim. 

Barisan kandungan baharu di Qalbox untuk Ramadan 2023 merangkumi beberapa kandungan Islamik dan gaya hidup seperti Tadarus Al Quran: 30 Juz untuk 30 Hari, Asmaul Husna: 99 Nama Allah, Makanan dari Hati, Sahur Mudah dan Hadis Hari Ini.

Qalbox juga menampilkan kandungan berlesen seperti Omar, Bilal: A New Breed of Hero, dan Sultan & The Khan, dan lebih banyak kandungan yang akan dikeluarkan sepanjang bulan Ramadan. Beberapa siri rancangan  akan diterbitkan oleh qari terkenal Malaysia dan kandungan berlesen popular lain. Butiran lanjut mengenai program memperkasa ini boleh didapati di Lampiran.

Nik Emir Din, Ketua Pegawai Eksekutif Bersama di Bitsmedia berkata, “Apabila kita memasuki bulan Ramadan yang mulia, kami komited untuk menyediakan platform yang terbaik buat pengguna untuk membantu mereka mempertingkatkan ibadah seharian mereka. Dengan Qalbox, kami berharap ianya dapat menyatukan keluarga dan rakan-rakan melalui jalan penceritaannya yang kaya dengan pelbagai kandungan menarik. Kami turut berharap ianya akan dapat memeriahkan lagi Ramadan dengan kandungan Islamik yang dapat memperkasa dan memperkaya umat Islam dengan rancangan Qalbox yang asli dan pelbagai kandungan berfokuskan Ramadan. Melalui promosi istimewa kami, kami berharap dapat menggalakkan lebih ramai pengguna menyertai komuniti kami dan menikmati faedah ciri premium Muslim Pro.”

Aplikasi ini berikrar untuk menjadi teman digital anda pada Ramadan ini dengan pelbagai ciri yang komprehensif ditawarkan dalam langganan premiumnya yang dapat meningkatkan ibadah anda termasuk:

  • Nikmati aplikasi Muslim Pro tanpa iklan
  • Penstriman tanpa had bagi filem Muslim, siri TV, dokumentari, program kanak-kanak dan banyak lagi.
  • Boleh memuat turun audio bacaan Al-Quran (mendengar di luar talian)
  • Pemilihan suara azan global seperti Yusuf Islam dari United Kingdom dan Muzammil Hasballah dari Indonesia.
  • Pemilihan qari Al-Quran yang popular termasuk Mishary Rashid Alafasy dan Abdul Basid ‘Abd us-Samad
  • Mengakses banyak kandungan dalam bahagian ‘Inspirasi’ (artikel, hadis, petikan maklumat grafik, dll.)
  • Memilih tema warna yang berbeza untuk aplikasi
  • Waktu solat dalam widget

Pengguna boleh menyemak imbas dan menikmati katalog kandungan tanpa iklan Qalbox melalui aplikasi Muslim Pro (tersedia di Apple App Store dan Google Play Store), aplikasi laman sesawang, tab, Chromecast dan tidak lama lagi di Samsung Tizen TV, Android dan tvOS Apple TV.

Mengenai Muslim Pro

Aplikasi Muslim Pro ialah aplikasi gaya hidup Muslim paling popular di dunia dengan lebih daripada 145 juta muat turun di seluruh dunia di lebih 190 pasaran.

Bermula pada tahun 2010 sebagai aplikasi mudah alih dengan cita-cita pengasas untuk menyediakan waktu solat yang tepat untuk umat Islam, Muslim Pro telah berkembang untuk memenuhi keperluan penggunanya yang semakin berkembang menjadi aplikasi komprehensif yang melayani jutaan pengguna.

Ciri-ciri utama aplikasi menyokong keperluan agama pengguna melalui waktu solat yang tepat dan penjejak solat dan puasa, azan, audio penuh Al-Quran, kompas kiblat, serta kandungan yang diilhamkan oleh gaya hidup masyarakat Islam global dan banyak lagi.

Aplikasi ini tersedia di Apple App Store dan Google Play Store. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.muslimpro.com/en

Mengenai Qalbox

Qalbox ialah perkhidmatan penstriman hiburan video atas permintaan (SVOD) langganan global yang tersedia dalam aplikasi Muslim Pro. Ia menawarkan pelbagai kandungan yang meraikan identiti dan budaya Muslim di seluruh dunia. Ianya juga bertujuan untuk mewujudkan platform global buat pembuat filem Muslim.

Qalbox berusaha untuk menyampaikan skop genre yang komprehensif, dipilih susun dan pelbagai untuk komuniti Muslim global, di mana sahaja seseorang berada dalam perjalanan rohani mereka.

Daripada kandungan asli Qalbox, alunan bacaan Al-Quran & doa, filem, dokumentari, rancangan kanak-kanak, komedi dan drama, Qalbox meraikan kepelbagaiannya.

Qalbox kini terdapat di aplikasi laman sesawang, peranti mudah alih (Android dan iPhone), tab, Chromecast dan akan datang di Samsung Tizen TV, Android TV, dan tvOS Apple TV.

Layari dunia kami di https://app.muslimpro.com/qalbox.

Mengenai PCRF 

Tabung Bantuan Kanak-Kanak Palestin telah ditubuhkan pada tahun 1992 oleh aktivis kemanusiaan yang prihatin di Amerika Syarikat dan bertujuan untuk membawa kanak-kanak yang cedera dan sakit untuk mendapatkan rawatan perubatan percuma yang tidak dapat mereka dapatkan di dalam negara. Inilah permulaan kisah penubuhan kami. Sejak itu, kami telah menghantar lebih 2,000 kanak-kanak yang sakit dan cedera untuk mendapatkan rawatan perubatan percuma, serta menaja ratusan pasukan perubatan sukarela dari seluruh dunia untuk merawat berpuluh-puluh ribu belia yang sakit dan cedera di hospital tempatan.

PCRF juga telah membina dua jabatan kanser pediatrik di Palestin dan mempunyai beberapa lagi program dan projek utama yang sedang berlangsung untuk membantu menyokong pembangunan sistem penjagaan kesihatan yang mampan. Kami adalah organisasi akar umbi bergantung kepada sokongan ribuan sukarelawan di seluruh dunia untuk membantu kami mencapai misi kemanusiaan kami.

Lampiran – Senarai tawaran Qalbox pada bulan Ramadan

No.TajukSinopsis
1Food From The Heart (FFTH)Siri masakan yang menceritakan tentang budaya, keluarga, warisan dan sejarah. Ikuti tukang masak Muslim di seluruh dunia dimana mereka berkongsi bagaimana Islam telah mempengaruhi masakan mereka. Kisah-kisah berharga ini meneroka makna di sebalik masakan dan mencipta masakan dari hati.
2Tadaruz Al Quran: 30 Juz for 30 DaysTadarus ialah membaca al-Quran secara berkumpulan. Ia juga merupakan bentuk seni di mana melodi dan irama membangkitkan emosi dan hubungan dengan Allah.
3Hadith of The Day (HOTD)Hadith of The Day adalah sumber yang berharga untuk umat Islam yang ingin mendalami ajaran Islam melalui ilmu hadith.
4Islam 101Apa itu Ramadhan? Apakah 5 rukun Islam? Dalam Islam 101, anda akan belajar banyak tentang agama Islam melalui animasi yang menarik dan bermaklumat.
5Asmaul Husna: 99 Names of AllahDengarkan alunan Asmaul Husna. Bagi mereka yang mencari ketenangan, alunan bacaan Asmaul Husna yang bermakna dapat memberikan ketenangan rohani.
6Sultan and the KhanSiri ini menggambarkan kehidupan Jalal ad-Din Mingburnu ketika beliau berdepan dengan Genghis Khan ketika zaman Empayar Khwarazmian. Beliau cuba menyelamatkan Kutlu Bike yang diculik tetapi akhirnya jatuh cinta dengannya, tidak mengetahui rahsia di sebalik kecantikannya.
7OmarSirah tentang khalifah kedua, Umar Bin Al-Khattab dan peranan pentingnya dalam empayar Islam.
8One Night in Al-AqsaOne Night In Al Aqsa ialah kisah yang memberikan inspirasi tentang Masjid Al Aqsa di Baitulmaqdis berlatarbelakangkan Malam Lailatulqadar, malam paling suci dalam kalendar Islam. Al Aqsa merupakan salah satu tapak suci bagi umat Islam tetapi masih diselubungi misteri. Ini adalah tempat di mana berlakunya mukjizat yang membantu membentuk agama Islam.  Dan kini, untuk pertama kalinya, rasai keajaiban Al-Aqsa melalui pengalaman peribadi mereka yang tinggal dan berkerja disana. Daripada pengarah pemenang anugerah One Day in The Haram, dan penerbit eksekutif The Look of Silence Comes yang dicalonkan di Oscar. Visi Al Aqsa, menceritakan pandangan unik mengenai sejarah kerohanian, dan fungsinya pada zaman ini dalam institusi Islam.
9Simple SahurInspirasi resepi sahur mudah yang akan membuatkan anda bertenaga sepanjang hari. Menawarkan kepelbagaian resepi, merangkumi hidangan tradisional dan moden.
10Bilal: A New Breed of HeroSeorang budak lelaki bermimpi menjadi seorang pahlawan yang hebat telah diculik. Dalam dunia yang tamak dan penuh dengan ketidakadilan, dia mendapat keberanian untuk bersuara. Diilhamkan daripada peristiwa sebenar, Bilal adalah kisah seorang wira yang namanya akan kekal dalam sejarah.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

HAWA ZIZAN

Zizan Razak Hanya Dianggap Seperti Abang Sahaja Bagi Hawa Rizwana

Raja Muda Selangor Hadir Sempurnakan Program Ziarah Ramadhan 2023