in ,

Polis Terima Satu Lagi Laporan Kes, Pendakwah Muda Dituduh Cabul Pelajar Kolej Pula

Sebelum ini, tular di media sosial seorang pendakwah muda yang juga merupakan penyanyi, pelakon dan pengacara berusia 25 tahun direman lima hari susulan dituduh merogol seorang wanita pada September tahun lepas.

Pendakwah tersebut telah ditahan pihak berkuasa kira-kira jam 11 malam selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam minggu lalu.

Ada Satu Lagi Kes Baharu

Namun begitu, satu lagi khabar tidak enak didengar apabila pendakwah selebriti itu disiasat dengan satu lagi kes berhubung dakwaan seorang pelajar kolej berusia 22 tahun dicabul dan dipaksa melakukan seks oral oleh pendakwah tersebut.

Laporan mengenai makluman awal kes cabul tersebut telah dimuat naik oleh seorang wartawan di Twitter dengan menyatakan tarikh kejadian itu berlaku adalah pada 17 Oktober lalu.

Polis Terima Satu Lagi Laporan Kes, Pendakwah Muda Dituduh Cabul Pelajar Kolej Pula

Mangsa dipelawa ke rumah suspek

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Nik Ezanee Mohd Faisal memetik laporan yang dibuat Sinar Harian, mangsa telah dipelawa oleh suspek jam 1 pagi untuk ke rumahnya di Damansara Perdana bagi mengajar ilmu pemasaran perniagaan.

Mangsa berusia 22 tahun itu mendakwa suspek telah mempelawa ke rumahnya di Damansara Perdana di sini pada jam 1 pagi, 17 Oktober lalu.” 

“Semasa di rumah suspek, mangsa telah dicabul dan dipaksa melakukan seks oral.”

– Nik Ezanee Mohd Faisal

Pelajar kolej tempatan itu telah mengalami trauma dan kini mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Polis Terima Satu Lagi Laporan Kes, Pendakwah Muda Dituduh Cabul Pelajar Kolej Pula

Suspek Masih Ditahan Berhubung Kes Dakwaan Rogol

Tambah Nik Ezanee lagi, suspek kini masih lagi ditahan reman di Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam berkaitan kes rogol yang disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, kontroversi berkenaan pendakwah muda tersebut mulai tular selepas seorang pengguna Twitter memuat naik kisah rakannya yang didakwa dirogol oleh lelaki itu.

Walau bagaimanapun, pendakwah tersebut menafikan hal tersebut sebelum satu laporan polis dibuat dan dia ditahan ketika hadir ke Balai Polis Shah Alam bagi memberi keterangan berkenaan kes itu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kisah Abang Kehilangan Adik, Muzik Video Purnama Dari Naim Daniel Bikin Penonton Sebak

BTS Ungguli Tangga Pertama Dalam Carta Billboard 200 Buat Kali Kelima!