in , ,

LoveLove SEDIHSEDIH WinWin

Kisah Abang Kehilangan Adik, Muzik Video Purnama Dari Naim Daniel Bikin Penonton Sebak

Naim Daniel adalah artis yang sentiasa konsisten dan boleh dikatakan kerap mngeluarkan karya-karya barunya. Seperti biasa, saban tahun, setiap karya Naim memang memikat hati dan sedap didengar. Tak ketinggalan reaksi penonton video muzik PURNAMA bikin hati sebak dan mesej yang ingin disampaikan itu cukup menyentuh hati.

Setelah sekian lama akhirnya lagu dan muzik video Purnama dari Naim Daniel dipertontonkan. Lagu ini menjadi buah mulut peminat selebriti serba boleh, Naim Daniel apabila dia sering berkongsikan teaser sedikit demi sedikit.

Bagi lagu ‘Purnama’ ini, World Peace Entertainment telah menampilkan Music Video yang mengisahkan tentang seorang lelaki yang mengalami tekanan emosi dan mental setelah kehilangan seseorang yang dia kasihi. Music Video ini boleh mula ditonton pada 27 November 2020 di Youtube World Peace Entertainment.

Tajuk: Purnama

Artis: Naim Daniel

Komposer & Penulis Lirik: Amzar Razqa

Penyusun: Hanis Rafi & Omar K

Penerbit: MyPopMachine
Flute: Mohar
Mixing & Mastering: Audi Mok

(Verse)
Tak terungkap kata
Menyedari masa
Kemana pergi nya dia
Jika ditakdirkan begini rasanya
Terpaksa aku terima

Gantikan la jika ini yang terbaik buatmu
Ku relakan ikhlas nya

(Chorus)
Ku rindu kan Purnamaku
Doa ku kan bersamamu
Semoga hatimu kan kekal abadi
Terhadap diriku
Tuhan ku mohon jaga
Dia tanpa ada noktah
Tuhan ku mohon kuatkan hatinya selamanya

Aku perlu dia
Ku rindu Purnamaku
Dan ku masih begitu
Andai ini takdirnya
Tuhan ku mohon padamu
kuatkan la hatinya

Sejak beberapa hari lalu, Naim Daniel berkongsikan muzik video Purnama akan disiarkan pada 27 November jam 8 malam di saluran YouTube. Perkongsiannya itu membuatkan ramai peminat Naim Daniel berasa teruja kerana penantian mereka bakal berakhir.

Biarpun baru video teaser, namun ia telah meraih lebih 100 ribu tontonan. Di ruangan komen ramai yang tidak sabar menantikannya. Malam ini penantian mereka berakhir apabila muzik video rasmi lagu tersebut dipertontonkan menerusi saluran YouTube World Peace Entertainment.

Baru dua jam dimuat naik, muzik video ini sudah meraih lebih 200 ribu tontonan, wow! Melihatkan lakonan Naim Daniel yang sangat sedih merindunkan orang yang telah pergi dalam muzik video ini memang menusuk jiwa. Apatah lagi melodi dan bait liriknya yang cukup menyentuh rasa.

Rata-rata warganet turut dapat merasai kesedihan yang cuba ditunjukkan oleh Naim Daniel ini. Berikut antara reaksi mereka yang ditinggalkan di ruangan komen:

Kisah Abang Kehilangan Adik, Muzik Video Purnama Dari Naim Daniel Bikin Penonton Sebak
Kisah Abang Kehilangan Adik, Muzik Video Purnama Dari Naim Daniel Bikin Penonton Sebak

What do you think?

79 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

25 Tahun Cinta Ditolak, Reaksi Diva AA Bersama Ziana Zain Bikin Penonton Terhibur

Polis Terima Satu Lagi Laporan Kes, Pendakwah Muda Dituduh Cabul Pelajar Kolej Pula