in , ,

BTS Ungguli Tangga Pertama Dalam Carta Billboard 200 Buat Kali Kelima!

Kumpulan K-Pop kegemaran ramai, BTS sekali lagi menduduki tangga pertama dalam carta Billboard 200 menerusi album terbaru mereka yang berjudul Be.

Memetik laporan Billboard, album tersebut terjual laris sebanyak 242,000 unit hanya dalam masa seminggu selepas dipasarkan. Berdasarkan data yang didapati oleh Nielsen Music itu, penjualan unit album tersebut adalah setara dengan penjualan album di Amerika Syarikat.

Lebih menarik, kedudukan tangga pertama dalam carta tersebut diduduki BTS buat kali yang kedua dalam tahun ini selepas album Map of the Soul pada Mac lalu.

BTS Ungguli Tangga Pertama Dalam Carta Billboard 200 Buat Kali Kelima!

Secara keseluruhan, BTS telah menduduki carta di tangga pertama dalam Billboard 200 sebanyak lima kali.

Selain Be dan Map of the Soul, album lain yang pernah mencipta rekod sebelum ini adalah Love Yourself : Tear, Love Yourself : Answer, dan Map of the Soul : Persona.

Lebih membanggakan, kumpulan ini meraih kejayaan dalam carta tersebut hanya dalam masa dua tahun enam bulan sejak tahun 2018.

Sumber & Kredit Foto : billboard.com

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Polis Terima Satu Lagi Laporan Kes, Pendakwah Muda Dituduh Cabul Pelajar Kolej Pula

Pernah Diberi Dua Markah oleh Ajai, Kini Dr Hafiz Zainal Muncul Dengan Single RINDU