in , ,

Padu! Rombakan Jadual Hot FM 2007 Untuk Gamit Pendengar Yang Sukakan Komedi & Hiburan

Stesen Radio Hot FM yang semakin menarik perhatian pendengar telah melakukan satu rombakan. Perubahan ini tidaklah terlalu ketara. Faizal Ismail dan Farah Fauzana masih lagi diberi tanggungjawab untuk mengendalikan siaran pagi.

Mengikut kajian, jumlah pendengar semakin meningkat ketika AM Krew bersiaran di udara. Anda sendiri mungkin tahu apakah faktor utamanya. Sudah tentu kerana Fara Fauzana yang semakin mencipta nama dalam bidang pengacaraan ini. Keletah dan celoteh yang selamba dan santai menjadi aset utama.

Perubahan segmen dan waktu bagi Azura, Fikhrie, Anne & Aleya ini saya kira dapat mengimbangi jumlah pendengar. Sudah tentu pengisiannya juga perlu dimantapkan lagi dan lebih menarik serta unik berbanding stesen radio lain.

hotfm_hires
Hot FM

Saya meramalkan Hot FM akan dijulang sebagai radio nombor satu Malaysia pada tahun hadapan sekiranya masih mengekalkan mutu penyampaian yang mesra pendengar. Tidak keterlaluan saya katakan di sini kerana mengikut kajian tahun lepas, jumlah pendengar bertambah berkali ganda. Syabas saya ucapkan kepada warga kerja Hot FM!

PERUBAHAN JADUAL PENYAMPAI HOT FM

Jika dahulu program di waktu pagi dari jam 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari di kendalikan oleh Azura tetapi kini Fikhrie telah mengambil-alih melalui program Menu Muzik HOT FM sementara Azura pula menggantikan tempat Fikrie bermula jam 1.00 petang hingga 4.00 petang.

Leya pula mengendalikan HOT FM Jam bermula jam 4.00 petang hingga 8.00 malam bersama AG.

Bagi segmen HOT FM Zon pula Anne keudara berseorangan dari jam 8.00 malam hingga 10 malam dan ditemani oleh Ikhwan bermula jam 10.00 hingga 12.00 malam. Waktu, segmen & penyampai 2007 :-

HOT FM AM KREW 6.00 – 10.00 pagi
Fara Fauzana & Faizal Ismail

MENU MUZIK HOT FM 10.00 pagi – 1.00 tgh
Fikhrie

1.00 tgh – 4.00 petang

Azura

HOT FM JAM 4.00 petang – 8.00 malam
AG & Leya

HOT FM ZON 8.00 malam – 12 tgh mlm
Anne

10.00 malam – 2.00 pagi

Anne & Ikhwan

Budiey.com mengucapkan selamat tahun baru 2007 kepada Hot FM. Semoga dengan kedatangan tahun baru, menambahkan lagi pendengar setia anda seterusnya menjadi radio yang gah dan lebih bermutu di Malaysia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

3 Perkara Tentang FAIL SULIT AF Yang Dihoskan oleh Sarimah Ibrahim

Mengenali Pereka Fesyen Terkenal Hatta Dolmat, Di Sini Bermulanya