in , ,

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey – X-MEN: APOCALYPSE

Hello semua pembaca dan Budieyators! Nampaknya, pejam celik-pejam celik kita dah pun sampai ke bulan Mei 2016. Cepat je masa berlalu. Budiey perhatikan semakin banyak filem terhebat menanti untuk ditonton pada bulan ini. Semuanya best-best belaka.




Ya, ini adalah hadiah Budiey istimewa buat semua Budieyators, pembaca setia & selebriti yang melayari blog ini di mana Budiey akan menganjurkan Premiere With Budiey sebuah filem yang ditunggu-tunggu oleh semua orang berjudul X-MEN: APOCALYPSE.

Anda nak menghadiri Tayangan Premiere X-MEN: APOCALYPSE – Budiey.com bersama beberapa orang selebriti, artis dan influencers terkenal yang dijemput khas?

Tonton Final Trailer ini:

[dropcap]S[/dropcap]ebanyak 180 tempat duduk disediakan untuk anda semua. Mesti meriahkan menonton filem hebat ni ramai-ramai, kan? Haa, barulah happening.

Filem arahan Bryan Singer yang padat dengan aksi menarik ini digarap dengan hebat kerana lakonan hebat Storm (Alexandra Shipp), Jubilee (Lana Condor), Cyclops (Tye Sheridan), Nightcrawler (Kodi Smit-McPhee), dan Jean Grey (Sophie Turner) dan ramai lagi ini akan menemui penonton di seluruh pawagam di Malaysia mulai 10 Mac 2016.

Pastinya ramai yang menantikan pertempuran hebat dengan aksi dari pelakon kelas A iaitu Rose Byrne, Jennifer Lawrence, James McAvoy, Nicholas Hoult, Michael Fassbender dan ramai lagi, kan?

X-MEN: APOCALYPSE

Sinopsis Filem X-MEN: APOCALYPSE

Kisah dalam X-Men: Apocalypse berada dalam lingkungan masa 10 tahun setelah X-Men: Days of Future Past. Ketika Apocalypse terbangun dari kuburannya di Mesir, ia melihat dunia kacau yang penuh dengan konflik, perang dan kehancuran.

Bryan Singer lalu berbagi konsepnya, “Ini merupakan salah satu peradaban raksasa yang sekarang memerlukan satu pemusnahan raksasa. Itu sebabnya ia memerlukan pembantu yang khusus dalam proses ini.”

Apocalypse lalu merekrut Storm dari jalanan di Kairo, Angel dari klub tarung di Berlin, Psylocke yang bekerja untuk menentang mutan bernama Caliban, dan Magneto yang mencuba untuk hidup ‘normal’ di Polandia.

Di sisi lain, Raven (Jennifer Lawrence) tengah membantu misi menyelamat mutan yang tertindas, termasuk teleporter bernama Nightcrawler. Ia mendengar tentang apa yang terjadi pada Erik dan ingin mencarinya dan membantunya. Apa kata kita ikuti kisah selanjutnya.

X-MEN: APOCALYPSE

Peraduan Tayangan Premiere Filem X-MEN: APOCALYPSE

[dropcap]S[/dropcap]ensasi Selebriti ingin menghadiahkan 180 pass tiket untuk Budieyators / pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

17 Mei 2016 (Hari Selasa)

Masa Pendaftaran:

8.00 malam

Tayangan Filem:

9.00 malam

Tempat:

GSC Pavilion KL

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere X-MEN: APOCALYPSE – Budiey.com di GSC Pavilion KL pada 17 Mei 2016. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey

Apa yang korang perlu buat ialah:

1.  Anda perlu menjadi followers Budiey di media sosial.

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/foxmovies.my & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #XMenApocalypse kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook dan di Instagram. Tapi sebaik-baiknya di Instagram & Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan dua pelakon utama filem X-MEN: APOCALYPSE

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere X-MEN: APOCALYPSE – Sensasi Selebriti kerana… (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Tayangan Premiere X-MEN: APOCALYPSE – Sensasi Selebriti 

Tarikh tutup peraduan:

16 Mei 2016

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Twentieth Century Fox Film dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 19 Mei 2016.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/foxmovies.my dan langgan / subscribe Youtube Channel Fox Malaysia : www.youtube.com/FoxMalaysia

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

X-MEN: APOCALYPSE

X Men_Apocalpyse_Angel

X Men_Apocalpyse_Apocalype

X Men_Apocalpyse_Cyclops

X Men_Apocalpyse_JeanGray

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ulasan Konsert Kelima CERIA POPSTAR Tema Cuba-Try-Test

Filem & Drama Korea Menarik di TV9 Sepanjang Bulan Mei