in , ,

Peraduan Filem Marvel Studios’ “Black Panther: Wakanda Forever”

Nah! Ini adalah hadiah istimewa buat semua pembaca setia & selebriti yang melayari blog ini! Jadi, apa korang tunggu lagi, cepat sertai peraduan ini untuk memenangi hadiah menarik yang ditawarkan.

Diarahkan oleh Ryan Coogler Marvel Studios’ “Black Panther: Wakanda Forever akan membawa penonton menyaksikan kisah Ratu Ramonda, Shuri, M’Baku, Okoye dan pasukan Dora Milaje bergabung dan bersatu untuk menjaga keselamatan negara mereka dari ancaman kuasa dunia.

Melalui trailer-nya, Marvel Studios’ “Black Panther: Wakanda Forever masih dilakonkan oleh para pelakon asal seperti Letitia Wright, Lupita Nyong’o, Danai Gurira, dan Florence Kasumba. Selain itu, adapun pelakon baru diantaranya Dominique Thorne, Michaela Coel, dan Tenoch Huerta.

Selain karakter lama pada filem sebelumnya, penonton akan diperkenalkan dengan beberapa karakter baru di dalam filem ini. Salah satunya adalah Iron Heart atau Riri Williams yang dilakonkan oleh Dominique Thorne.

Marvel Studios’ “Black Panther: Wakanda Forever akan ditayangkan di pawagam tempatan pada 10 November 2022.

BP2_Payoff_1Sht_MALAYSIA

Sinopsis Filem Marvel Studios’ “Black Panther: Wakanda Forever

Filem kali ini menceritakan tentang para pemimpin Kerajaan Wakanda yang terus berjuang untuk melindungi bangsa mereka dari serangan pasukan setelah kematian Raja T’Challa. Perjuangan mereka menghadapi ancaman baru yang muncul dari negara bawah laut Talokan yang tersembunyi.

Dalam “Black Panther: Wakanda Forever” Marvel Studios, Ratu Ramonda (Angela Bassett), Shuri (Letitia Wright), M’Baku (Winston Duke), Okoye (Danai Gurira) dan Dora Milaje (termasuk Florence Kasumba) berjuang untuk melindungi negara mereka daripada campur tangan kuasa dunia berikutan kematian Raja T’Challa. 

Semasa Wakandan berusaha untuk menerima bab seterusnya, wira mesti bersatu dengan bantuan War Dog Nakia (Lupita Nyong’o) dan Everett Ross (Martin Freeman) dan menempa laluan baharu untuk kerajaan Wakanda. 

Memperkenalkan Tenoch Huerta Mejía sebagai Namor, raja negara bawah laut yang tersembunyi, filem ini turut dibintangi oleh Dominique Thorne, Michaela Coel, Mabel Cadena dan Alex Livinalli. “Black Panther: Wakanda Forever,” diarahkan oleh Ryan Coogler dan diterbitkan oleh Kevin Feige dan Nate Moore, ditayangkan di pawagam 10 Nov. 2022.

Marvel Studios’ “Black Panther: Wakanda Forever ditayangkan di pawagam terpilih seluruh Malaysia bermula 10 November 2022.

Peraduan Menang Premium Edisi Terhad Marvel Studios’ “Black Panther: Wakanda Forever

Sensasi Selebriti dengan kerjasama The Walt Disney Company (Malaysia) ingin menghadiahkan barangan Premium Edisi Terhad untuk pembaca setia Budiey.com.

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #WakandaForeverMY

BPWF_Journal

Limited Edition Marvel Studios’ Black Panther: Wakanda Forever Hardbound Journal x5

BPWF_Snapback

Limited Edition Marvel Studios’ Black Panther: Wakanda Forever Snapback x5

BPWF_3D_Puzzle

Limited Edition Marvel Studios’ Black Panther: Wakanda Forever Panther Icon 3D Relief Puzzle x5

BPWF_Pin_Badge

 Limited Edition Marvel Studios’ Black Panther: Wakanda Forever Pin Badge x5

BPWF_Tote_Bag

Limited Edition Marvel Studios’ Black Panther: Wakanda Forever Folding Tote Bag x5

Apa yang korang perlu buat ialah:

Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Jawab soalan mudah ini:

  1. Apakah yang mungkin berlaku berdasarkan kejadian di minit 1:15 dalam trailer filem ini: https://youtu.be/z1x5w3uoOu0
  2. Siapakah yang melakonkan watak jahat dalam filem Marvel Studios’ “Black Panther: Wakanda Forever”?

4. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu menang peraduan Marvel Studios’ “Black Panther: Wakanda Forever kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Instagram:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

budiey_ismas[at]yahoo.com

dengan tajuk email: Peraduan Filem Marvel Studios’ “Black Panther: Wakanda Forever

Tarikh tutup peraduan:

20 November 2022

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada The Walt Disney Company dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem yang cukup menarik ini mulai 10 November 2022.

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peranan Liga Dunia Islam dalam Dialog Global

PRISM+ Lancar Soundbar PRISM+ Symphony & PRISM+ Flow