in

Peraduan Cornetto Show Your Love – Makan & Menang

Semalam, hari yang sangat sibuk. Pagi, petang dan malam… jadual Budiey penuh dengan event. Dari Mid Valley ke Mont Kiara dan malamnya kena pergi ke Sunway Pyramid.

Tapi apa yang Budiey nak kongsi kat sini, masa kat event di Mont Kiara tu, Budiey ada borak-borak dengan rakan media yang lain. Macam-macam topik kami bualkan. Dari topik pasal gadget terbaru, kami sembang-sembang pasal peraduan yang tengah hype sekarang ni. Maklumlah semuanya gila nak menang hadiah. Semuanya contest mania!

Kebetulan event yang kitorang hadir masa tu, Majlis Pelancaran Drama Inilah Cinta yang dilakonkan oleh Akim dan Juliana Evans. Drama ni tengah ditayangkan di Astro Ria. Tak lama, 5 minit je. Korang ada tengok tak?

Ada member Budiey cakap, ada satu peraduan baru anjuran Wall’s Cornetto – Peraduan Cornetto Show Your Love. Kat TV pun ada keluar promonya.

Cornetto

Masa cerita pasal peraduan ni, banyaklah cerita yang keluar pasal macamana cara nak menang iPad dengan hanya makan aiskrim banyak-banyak.

Biar betul ni, makan aiskrim Cornetto banyak-banyak dapat hadiah iPad? Kalau tak silap, harga iPad dalam RM2,000 lebih kan?

Peraduan yang diberi nama Eat & Win Contest ni berlangsung dari 1 Oktober sehingga 31 Disember 2010. Kira-kira kita ada masa dua bulan lebih lagi. Sempat ke ek kalau Budiey nak masuk peraduan ni? Haha, semata-mata nak dapat iPad!

cornetto adv

Apa yang perlu dibuat untuk menang peraduan ini adalah hanya perlu menikmati aiskrim Wall’s Cornetto banyak-banyak.

Kemudian, kumpulkan sebanyak mungkin penutup aiskrim Wall’s Cornetto tu dan calon yang mengirimkan penutup aiskrim PALING banyak akan dipilih sebagai pemenang.

Selain iPad, Astro Beyond berserta pakej langganan saluran HD selama setahun, Ipod Touch 8Gb, T-shirt kekasih dan pelbagai lagi hadiah menarik menanti pemenang-pemenang setiap bulan.

Untuk pembaca yang berminat nak join, Budiey galakkan melayari www.facebook.com/iluvcornetto untuk maklumat lanjut. Kat situ ada semua info pasal peraduan ni.

Senarai hadiah bulanan:
Hadiah utama: iPad x 3 unit/bulan
Hadiah pertama: Astro Beyond Decoder x 3 unit/bulan
Hadiah kedua: iPod Touch 8GB x 10 unit/bulan
Hadiah ketiga: Wall’s T-shirt Kekasih x 100 set/bulan

Jangan lupa dapatkan borang penyertaan di mana kedai atau pasaraya yang terlibat. Makan, kumpul, hantar dan menang!

Lebih banyak Cornetto yang anda makan, lebih banyak peluang untuk menang!

Bak kata Walls, hidup biar sedap!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aleeza Kasim Dan Datuk Mohd Fauzi Sah Bercerai

AMARKALA DEEPAVALI 2010