in

Pengalaman Buat Rawatan Thread Lift & Filler di Premier Clinic

Premier Clinic menawarkan DISKAUN 10% untuk semua jenis prosedur dan rawatan (tidak termasuk rawatan harga promo). Konsultasi dan pemeriksaan doktor adalah PERCUMA. Untuk mendapatkan diskaun dan konsultasi percuma, cuma sebut kod “Budiey Premier” semasa datang ke klinik.

Baru-baru ini, Budiey telah pergi ke Premier Clinic yang terletak di 40, Jalan Telawi, Bangsar Baru, Kuala Lumpur untuk buat rawatan.muka iaitu Thread Lift dan Filler.

Sebenarnya, dah lama nak datang buat pemeriksaan kulit di Premier Clinic ni, tapi masa untuk ke sana agak kesuntukan. Maklumlah jadual sangat padat dengan event dan sibuk kemaskini blog dan edit video untuk Youtube.

Rawatan Premier Clinic

Mungkin korang bertanya, kenapa Budiey memilih untuk buat rawatan kat Premier Clinic ni, kan?

Kalau nak tahu, Premier Clinic ni adalah klinik aesthetic yang sangat terkenal di Malaysia. Boleh dikatakan klinik Premier ini dikunjungi oleh ramai orang mahu pun selebriti. Tak kiralah lelaki atau perempuan… rata-rata mengatakan sangat berpuas hati dengan rawatan yang diterima.

Selain rawatan kat sini boleh dipercayai berkesan, Premier Clinic juga membuatkan kita rasa selesa dan tak takut untuk buat rawatan. Dengan ada doktor dan pakar yang begitu profesional, segala rawatan sangat memuaskan hati dan seterusnya membuat kita jadi bertambah yakin.

Tak kiralah korang nak buat rawatan mana, samada servis yang simple ke, atau servis yang memerlukan rawatan di jangka masa yang panjang ke, segalanya akan disempurnakan dengan pakar yang bertauliah.

Rawatan Premier Clinic

Yang best kat sini, bukan sahaja ada rawatan untuk muka je, tapi ada rawatan untuk menguruskan dan melangsingkan badan.

Sesetengah dari kita di luar sana, mungkin tertanya-tanya kenapa perlu buat rawatan untuk kulit ni walaupun kita belum lagi tua. Jangan ingat orang lelaki tak perlu nak buat rawatan muka. Sama je dengan wanita. Cuma tengoklah ia menjadi keperluan atau kehendak.

Bagi Budiey rawatan muka ni sangat perlu sebab keadaan kulit muka yang sangat teruk. Jadi, ia bukan mengubah bentuk wajah ke apa, tapi mahu lebih nampak muda, nampak segar dan lebih berketrampilan terutamanya apabila menjalani pengambaran video untuk saluran Youtube Budiey.

Walaupun hanya di Youtube tapi sekarang ni visual di Youtube pun dah bertaraf 4K dan HD. Maksudnya, kalau ada jerawat tu, memang nampak lah. Kalau ada parut kat muka pun akan nampak jelas di skrin TV. Kalau tengok kat telefon bimbit okay la lagi kan.

Jadi, untuk mengelakkan dikecam atau dikutuk netizen, muka berjerawat dan berparut pun ada hati nak buat video kat Youtube… Budiey pun buat keputusan untuk buat rawatan Thread lift, walaupun mulanya agak gerun tengok jarum. Padahal takde sakit apa pun sebab dah kena bius siap-siap sebelum memulakan rawatan.

Rawatan Premier Clinic

Oh ya, sebelum buat rawatan, Budiey diberi masa untuk berjumpa dahulu dengan doktor pakar kulit yang bertugas untuk sesi sual kenal dan juga consultation. Masa ni lah kita akan mendapati apa permasalahan sebenar kulit kita.

Kekadang tu, kita rasa kulit kita dah sihat tapi sebenarnya, menurut doktor kulit ada masalah dalaman. Haaa… kat sini lah kita akan tahu betapa pentingnya buat sesi consultation ni.

Semasa sesi ini, Budiey ditanya dengan beberapa soalan tentang masalah kulit. So, Budiey pun luahkan je la masalah Budiey dari A-Z. Selepas lebih kurang 15 minit, doktor menyarankan untuk Budiey buat dua rawatan sekaligus iaitu Thread Lift dan Filler.

Sebelum memulakan rawatan, Budiey masuk ke bilik shooting di mana gambar wajah kita diambil dari beberapa sisi. Ini adalah untuk merakam dan sebagai rekod keadaan muka kita sebelum dan selepas rawatan.

Rawatan Thread Lift dan Filler ni sesuai untuk korang yang mengalami masalah kulit muka berkedut, kendur, pipi jatuh, atau ada garis-garis halus. Keadaan ini disebabkan kita mengalami masalah premature aging. Jadi, Budiey sarankan korang cuba rawatan ini untuk menjadikan kulit jadi lebih tegang, lebih muda dan kita akan nampak lebih segar dan bertenaga. Takdelah nampak muka tu lesu dan letih serta tak bermaya kan?

Haa… mungkin korang yang dah menonton video Budiey buat rawatan ni rasa gerun kan sebab ada jarum yang dicucuk ke pipi. Ish, jangan takut, sebab segalanya akan selamat. Sebelum rawatan dimulakan, Budiey diberi suntikan bius dan disapu juga ubat bius yang sangat sejuk di atas permukaan kulit.

Setelah 30 minit, rawatan pun dimulakan.

Rawatan dimulakan dengan Thread Lift dan kemudian suntikan Filler. Untuk ketahui lebih lanjut, sila tonton video kat bawah ni:

Rakaman GILA CANTIK di sini untuk Youtube.Khas untuk Budieyators,

PREMIER CLINIC menawarkan sesi consultation PERCUMA kepada yang berminat. Sila hubungi +6012-622-5552 melalui Whatsapp/Call atau email kami di [email protected]

Premier Clinic menawarkan DISKAUN 10% untuk semua jenis prosedur dan rawatan (tidak termasuk rawatan harga promo). Konsultasi dan pemeriksaan doktor adalah PERCUMA. Untuk mendapatkan diskaun dan konsultasi percuma, cuma sebut kod “Budiey Premier” semasa datang ke klinik.

Hubungi Premier Clinic di 012-6625552 atau WhatsApp https://premierclinic.wasap.my/ untuk pertanyaan atau membuat temujanji.

Layari laman web mereka di www.premier-clinic.com untuk maklumat lanjut.

Rawatan Premier Clinic

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Syamel, Datuk Seri Siti Nurhaliza & Ramlah Ram Penutup ABPBH31

Ada Sebab AirAsia Bekerjasama Dengan Google Cloud