in , ,

Pencapaian Drama 7 HARI MENCINTAIKU Curi Perhatian iQIYI

7 Hari Mencintaiku 2 Kini Boleh Ditonton Di Kaca Televisyen Dan Aplikasi Mudah Alih

TV3 kembalikan kesinambungan kisah percintaan Mia Adriana dan Khuzairi yang kini sudah berumah tangga dalam ‘Akasia : 7 Hari Mencintaiku 2’. Kehangatan kisah percintaan mereka yang mencapai 12 juta tontonan pada musim pertama mendapat perhatian dari perkhidmatan TV Internet (OTT) iQIYI untuk berkerjasama dengan Media Prima Berhad untuk musim kedua ini.

Terbaharu, selain melalui di kaca televisyen, para penonton juga boleh ikuti kesinambungan kisah rumah tangga Mia Adriana dan Khuzairi melalui laman web (www.iQ.com) dan aplikasi mudah alih iQIYI secara percuma bermula pada 23 Julai 2020.

Drama 7 HARI MENCINTAIKU

Drama 7 Hari Mencintaiku 2 ini adalah sebuah karya novelis Siti Rosmizah, yang dibawakan ke kaca televisyen oleh pengarah Jamal Khan dan ditulis oleh PGRs Team.

Drama ini masih diterajui oleh barisan pelakon hebat iaitu Shukri Yahaya, Siti Saleha, Wan Sharmila, Faye Kusairi, Syazwan Zulkifly, Bil Azali, Jasmin Hamid, Liza Abdullah, dan Kazar Saisi.

Drama bersiri yang telah berjaya mencecah 12 Juta penonton pada musim lalu (tahun 2016, kini mencungkil semula dendam yang tersemat dalam Puan Hayati yang sebenarnya belum insaf. Puan Hayati mula mengatur rancangan dengan menuduh Pak Samad cuba menodainya.

Lantas, Mia Adriana termakan dengan fitnah mamanya dan hilang hormatnya kepada bapa mertuanya itu. Krisis demi krisis muncul sehingga Khuzairi bertemu dengan orang ketiga yang mungkin merosakkan rumah tangganya dengan Mia Adriana.

Dapatkah Mia Adriana dan Khuzairi bertemu jalan kembali untuk bersama? Atau anak dalam kandungan Mia Adriana bakal dilahirkan tanpa mengenali bapanya?

Ikuti Akasia : 7 Hari Mencintaiku 2 ini yang bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat, selama satu jam pada pukul 7 malam bermula pada 2 Julai 2020, selama 33 episod.

Para peminat drama ini boleh menonton 7 Hari Mencintaiku 2 secara percuma dan eksklusif melalui laman web www.iQ.com dan aplikasi mudah alih iQIYI bermula 23 Julai 2020.

Drama 7 HARI MENCINTAIKU
Drama 7 HARI MENCINTAIKU
Drama 7 HARI MENCINTAIKU

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

DIANA DANIELLE

Dunia Plot Twist Diangkat Ke Tahap Baharu Dalam SYURGA UNTUKMU

Say Hello To Your New Friendly Neighbourhood Cinema At Tasek Central