in , ,

Peminat Hurai Sebab Siti Nurhaliza Masih Penyanyi Nombor 1 Malaysia

Huraian di bawah ini sudah cukup membuktikan Tokti selayaknya digelar Penyanyi No. 1 Negara.

Semalam sewaktu dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke kampung halaman, aku jadi co-pilot. Isteri drive. Aku jadi DJ juga. Tukang pasang lagu untuk isteri sing along.

Kebanyakan lagu yang diputar ialah lagu balada. Siti Nurhaliza, Intan Sarafina, Liza Hanim, Ziana Zain, Fauziah Latiff, etc. Sambil dengar lagu, kami berborak.

“Awak tau tak tiket konsert Siti hari tu 2 jam dah habis terjual?” Tanya isteri.

“Tau je. Ada keluar kat Facebook saya.”

“Nampaknya Siti Nurhaliza masih penyanyi nombor 1 negara”, ujar isteri lagi.

“Yep.”

“Kenapa ye takde penyanyi lain boleh potong pencapaian Siti di Malaysia ni?”

Isteri bertanya soalan kepada orang yang tepat memandangkan aku ialah seorang pakar muzik arus perdana. Apa-apa sahaja isu tentang muzik popular, aku tahu. Kita ada ramai penyanyi bagus dari era kemunculan Siti Nurhaliza hinggalah sekarang. Tapi Siti Nurhaliza masih nombor satu. Kenapa?

Senang saja jawapannya. Ada dua kriteria utama untuk membolehkan seseorang artis menjadi penyanyi nombor 1 di Malaysia iaitu

1. Karisma

2. Kebolehan menyanyi lagu tradisional

Sebelum Siti Nurhaliza, siapa penyanyi nombor 1 Malaysia? Yaaa betul. Sudirman. Sebelum itu? Yaaaaa betul sekali lagi. Sharifah Aini. Sebelum tu? Yaaaaaa benarrrr. Saloma.

Jika kita lihat satu persatu penyanyi-penyanyi ini iaitu Saloma, Sharifah Aini, Sudirman, dan Siti Nurhaliza, kita akan dapat melihat satu persamaan dalam diri mereka iaitu karisma.

Apa itu karisma? Karisma ialah kriteria yang buat orang tertarik kepada mereka. Personaliti, stage presence, sikap mereka, identiti mereka, dan banyak lagi. Mereka menjadi diri mereka sendiri. Mereka enjoy apa yang mereka buat.

Cara layan peminat, cara jawab soalan wartawan, cara mereka menjenamakan diri mereka, dan cara mereka memastikan diri mereka kekal relevan. Semua benda yang mereka buat di atas pentas dan di luar pentas menentukan penerimaan orang pada diri mereka. 

Pernah tengok persembahan Sudirman? Dalam persembahan tu, macam-macam benda yang dibuat tetapi yang paling ketara ialah interaksi Sudirman dengan penonton. Dia dirasakan sangat dekat dengan penonton kerana banyak berinteraksi tapi tak mengurangkan momentum persembahan.

Okey tak banyak boleh ditulis tentang karisma ni sebab benda tu berkait dengan personaliti. Tapi aku pasti korang boleh faham maksud aku.

*******

Yang kedua, ini faktor terpenting untuk membolehkan seseorang penyanyi menjadi penyanyi nombor 1 Malaysia iaitu kebolehan menyanyi lagu tradisional.

Siti Nurhaliza di awal kemunculan menyanyi lagu balada. Dia menang Anugerah Juara Lagu 1996 selepas nyanyi lagu Jerat Percintaan. Walau tali gitar putus masa persembahan, dia tetap menang. Power betul rasa. Tapi masa tu orang masih anggap “she is just another good singer”. 

Sehinggalah Siti Nurhaliza release album ketiga iaitu Cindai pada tahun 1997, barulah orang ramai buka mata.

“Oh man, this girl is on fire!!!”

Masa tu, salah seorang yang buat irama tradisional nampak cool balik ialah Noraniza Idris. Orang Melayu enjoy semula dengan lagu-lagu tradisional sebab dia. Siti Nurhaliza pula get benefit dari jalan yang dah dibuka. 

Siti semakin berjaya menambat hati pendengar apabila lagu Cindai menang Anugerah Juara Lagu 1998.  Nampak? Bawa genre balada, menang. Bawa genre irama tradisional, menang jugak.

Kejayaan itu mendorong Pak Ngah iaitu orang penting di belakang Siti Nurhaliza untuk buat lebih banyak lagu irama tradisional untuknya. Ini dapat dilihat dengan penerbitan album Seri Balas (duet dengan Noraniza Idris), Sahmura, dan Sanggar Mustika. Meskipun tanpa penglibatan Pak Ngah, Siti Nurhaliza masih juga menyanyikan lagu-lagu irama tradisional dalam album Lentera Timur.

Kriteria kedua ini memang sangat penting untuk dinobatkan sebagai penyanyi nombor 1 Malaysia.

******

Kau boleh jadi penyanyi yang brand diri dengan bermacam-macam label. Bekas guru vokal la, boleh tarik tinggi sampai 10 octave la, vocal range level Whitney Houston la, banyak kontroversi la, nyanyi sambil menari shuffle la, pernah buat show kat Amerika la, tarik suara muka masih maintain cun la, macam-macam.

Tapi selagi dua benda basic ni kau tak boleh buat, kau hanyalah “another good singer”. Dua kriteria ni pula bukan aku yang tentukan tapi itu ialah berdasarkan telinga majoriti.

******

Bukan aku nak discredit penyanyi-penyanyi lain. Mereka ada bagusnya juga dan kita kena hormat bakat mereka. Nak layan Siti Nurhaliza je 24 jam tak boleh juga. Penat la dia nanti. Kena layan juga yang lain. Tapi untuk cakap mereka satu level dengan penyanyi nombor 1 Malaysia, jauh lagi. 

Penyanyi yang ada semangat untuk mengiktiraf irama tradisional memang kita kena letak di tempat tinggi kerana mereka dalam perjuangan mempertahankan identiti Melayu kita.

*******

Mungkin ada yang akan cakap, Noraniza Idris pun sedap nyanyi lagu tradisional. Sebenarnya bukan Noraniza Idris je. Andi Lala, Pak Pandir, Syura, Allahyarham M Daud Kilau, Ahmad Jais, dan ramai lagi. Masalahnya, diorang ni tak boleh bawa lagu balada.

Pulak dah? Haa itu la maksud aku. Lagu balada dan lagu tradisional ni “essence Melayu” sebenar. Mendayu-dayu gitu. Kena boleh bawa dua-dua.

Yang boleh bawa lagu balada pulak, tak dapat bawa lagu tradisional. Ziana Zain, Liza Hanim, Fauziah Latiff, Aina Abdul, Marsha Milan, dan raaaamai lagi penyanyi balada kat Malaysia ni. Tapi boleh ke bawa lagu tradisional macam Siti Nurhaliza, Sudirman, Sharifah Aini, dan Saloma? 

Takde la complicated mana benda ni untuk difahami.

******

Siapa artis sezaman Saloma? Tak ramai. Mungkin sebab tu dia lebih menyerlah. Okey. Tapi kita kena ingat, zaman tu lagu-lagu Melayu bergantung banyak kepada industri filem. Ada filem, ada la lagu. Kurang filem, kurang la lagu. Tak boleh stand alone macam sekarang.

Siapa artis sezaman Sharifah Aini? Ramai juga. Tapi dia tetap di atas. Sharifah ni kalau nak cakap pasal album dia saja, kena bahagikan kepada 5 era tahu. 1970, 1980, 1990, millenium, dan album-album Hari Raya. Power betul siap kena buat kolum khas untuk album-album raya sahaja. Ada yang boleh buat macam tu?

Siapa artis sezaman Sudirman? Ini lagi la ramai dan persaingan lebih kompetetif sebab zaman dia, penyanyi betul-betul jadi artis. Artis cari makan punya. Ditambah pula dengan fenomena rock yang kuat pada 1980-an. Tapi Sudirman masih terkenal dengan lagu-lagunya. Masih ada show dan setiap show memang sold out. Jamal Abdillah yang keluar lebih awal dikatakan pesaing terdekat Sudirman. Namun, disebabkan faktor moral, Sudirman lebih jauh di atas. Ini boleh dikaitkan dengan kriteria “karisma” yang aku tulis awal-awal di atas.

Begitu juga dengan Siti Nurhaliza. Dia masih kekal relevan sampai sekarang meskipun kekadang terpalit kontroversi juga. Dia move on, bergerak ke depan, dan masih hiburkan kita seperti biasa.

Tapi aku sejujurnya rindu nak dengar lagu-lagu baru dari genre tradisional dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza. Masa dia collab dengan Kmy Kmo melalui lagu 7 Nasihat tu, rasa macam tak lepas elok. Nak kena ada lagu penuh juga.

Okeylah. Panjang dah. Nak gi main air banjir.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aina Abdul Jawab Isu Bayaran Persembahan Yang Makin Mahal

George Clooney Mungkin Kembali Untuk Satu Lagi Filem Terbaru OCEAN’S