in , ,

Pembukaan Event Wedding Grand Hall Kerjasama Antara ICCC I-City

Malam ini, Budiey berada di ICCC Convention Centre, Level Ug, Centralwalk untuk menyaksikan pembukaan Event Wedding Grand Hall. Jom kita tengok apakah yang menariknya dan yang happening di event ni.

Majlis Pembukaan Event Wedding (EW) Grand Hall dan perasmian Kerjasama antara ICCC I-City. Bertempat di ICCC Convention Centre, Level Ug, Centralwalk, Persiaran Multimedia, I-City, 40000 Shah Alam, Selangor. Terima kasih Event Wedding & Catering Management sudi menjemput Budiey.com untuk buat liputan di acara yang meriah dan santai ini.

Ew Wedding Event

Event wedding & Catering merupakan sebuah syarikat pengurusan majlis perkahwinan dan korporat. Yang menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti pakej perkahwinan, pengurusan majlis, penyediaan makanan katering, tempat, busana, pengacaraan majlis, perkhidmatan fotografi, dan sebagainya.

Acara ini dianjurkan oleh Event Wedding & Catering Management yang dikendalikan oleh pemilik syarikat Fitry Mustafa bersama rakan kongsinya Farahana Domman.

Video Sekitar Pembukaan yang cukup meriah dan santai

Menurut Fitry Mustafa, beliau sangat bersyukur kerana majlis ini berlangsung dengan lancar dan jayanya. Beliau harap event seperti ini dapat mengetengahkan nama Event Wedding & Catering Management kepada masyarakat.

“Selaku penganjur, kami mendoakan yang terbaik, dan kami sentiasa ingin berikan yang terbaik dan terus berusaha untuk menjayakan acara di dewan berprestij yang baru dibuka ini. Semoga dengan pembukaan ini dapat memperkenalkan usaha kerjasama pihak pengurusan acara dengan I-City Convention Centre.

Dengan pakej lengkap dan berpatutan serta menepati permintaan dan citarasa bakal pengantin masakini, dikendalikan oleh pemilik syarikat, Fitry Mustafa bersama rakan kongsinya Farahana Domman dengan membawa idea yang segar serta kreatif.”

Pastinya, pihak penganjur bersedia untuk menyediakan kemudahan yang lengkap bagi menjayakan sesebuah majlis perkahwinan. Anda yang sedang merancang untuk menjadi raja sehari pastinya berpuas hati dengan segala kemudahan ‘one stop centre’.

Dari segi harga pula juga menyediakan pakej eksklusif harga mampu milik dan tidak lupa juga bagi yang berkemampuan ingin menempah pakej berprestij juga, bolehlah menghubungi pihak Event Wedding & Catering Management untuk khidmat nasihat dan rundingan yang profesional.

Selain majlis perkahwinan, Event Wedding Management turut mengalu-alukan serta turut menyediakan acara lain juga seperti pelancaran produk, sidang media, acara korporat, majlis makan malam, birthday party, majlis Aqiqah dan pelbagai lagi.

Ditubuhkan pada Disember 2017. Sebelum ini, Pengarah Urusan yang dikenali sebagai Fitry Mustafa bermula dalam industri ini dengan membangunkan kilang tiga tingkat dan dijadikan sebagai sebuah tempat majlis perkahwinan yang turut dikenali dengan nama Delaman event space bukit jelutung shah alam, seawal operasinya pada december 2016.

Pada awal tahun 2018 hingga sekarang, merupakan tahun yang penuh bermakna dan diharapkan akan terus mengorak langkah dari satu tahap ke tahap yang lebih berprestij.

Ew Wedding Event

Tujuan Pelancaran ICCC ICITY CONVENTION SHAH ALAM

Objektif majlis perlancaran kerjasama ini yang bertempat di ICCC ICITY CONVENTION SHAH ALAM adalah untuk mewujudkan kerjasama yang baik sekaligus merasmikan usaha kerjasama antara dua buah syarikat Event wedding (EW) dan iccc icity convention centre shah alam.

Usaha kerjasama ini sangat menarik kerana kedua duanya kian melangkah tapak ke industri pengurusan majlis. icity convention centre merupakan sebuah tempat HALL yang sesuai diadakan untuk pelbagai majlis seperti majlis perkahwinan, korporat, dan lain lain.

Visi dan misi syarikat Event Wedding EW untuk mencapai wawasan sebagai peneraju pasaran dalam bidang pengurusan dan penyediaan makanan dengan membina hubungan baik untuk jangka masa panjang bersama pelanggan.

Ew Wedding Event

Di dalam mencapai matlamat yang jelas iaitu memberi perkhidmatan terbaik, menjaga kualiti pengurusan dan pernyediaan makanan, serta berpegang teguh kepada berkelakuan moral dan menjaga etika di dalam mencapai wawasan.

Perasmian usaha kerjasama ini turut dihadiri oleh wakil dari kedua buah syarikat iaitu dari Event Wedding (EW) dan wakil dari Iccc Icity Convention centre.

Turut yang hadir Rakan media, rakan artis, wakil pihak penaja,  team syarikat EW, dan pelanggan pelanggan yang ingin merasai sajian makanan yang disediakan dan sekaligus melihat pakej pakej dan suasana sekitar majlis, diadakan secara sederhana tetapi penuh bermakna.

Mungkin dengan mengambil pakej dari Event Wedding & Catering Management, anda akan menerima kejutan daripada pihak penganjur. Mana tau rezeki anda nanti.

Ew Wedding Event
Ew Wedding Event
Ew Wedding Event
Ew Wedding Event
Ew Wedding Event
Ew Wedding Event
Ew Wedding Event
Ew Wedding Event
Ew Wedding Event
Ew Wedding Event
Ew Wedding Event
Ew Wedding Event
Ew Wedding Event
Ew Wedding Event
Ew Wedding Event
Ew Wedding Event
Ew Wedding Event
Ew Wedding Event
Ew Wedding Event
Ew Wedding Event
Ew Wedding Event
Ew Wedding Event

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ong Seong Wu First Fan Meeting in Malaysia

Peraduan Premiere With Budiey Menonton Filem HIDE & SEEK MINAKO