in , ,

Ong Seong Wu First Fan Meeting in Malaysia

Buat peminat K-pop sekalian, sila bersiap sedia semua….sesuatu yang hebat sedang berlaku pada 23 Mac ini di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur!

Ya, pelakon Korea bernama Ong Seong Wu mengesahkan akan mengadakan persembahan istimewa untuk pertemuan solo pertama bersama peminat di Kuala Lumpur pada 23 Mac ini di Axiata Arena.

Ini adalah pertemuan julung kali dalam acara jelajah bertemu peminat yang dianjurkan Hatchery yang berpusat di Bangkok untuk penyanyi yang juga pelakon dari Korea Selatan berusia 23 tahun.

Ong Seong Wu (former Wanna One Member) First Fan Meeting in Malaysia

Tiket ‘Ong Seong Wu First Fan Meeting in Malaysia <Eternity>’ mula dijual pada 16 Februari 2019

Aktor ini dalam acara jelajah yang dikenali sebagai “Eternity”. Hatchery menganjurkan acara sama di 3 bandar Asia termasuk Singapura yang menjangkakan sambutan memberangsangkan daripada ‘Wannables’ dan peminat tegar selebriti itu di Malaysia selepas tiketnya habis dijual untuk persembahan di Bangkok dalam beberapa minit selepas dilancarkan. 

Ong Seong Wu merupakan seorang bekas anggota Wanna One kali terakhir berada di Malaysia pada April 2018 ketika dia terbabit dalam penggambaran filem terbitan SBS berjudul ‘Law of the Jungle” bersama rakan kumpulannya Ha Soong-wun dan anggota SHINHWA, Yoon Shi-yoon di Sabah.

Ong Seong Wu (former Wanna One Member) First Fan Meeting in Malaysia

Ong Seong Wu Pertama Kali Bertemu Peminat Di Malaysia <Eternity> 

Tiket dijual menerusi https://airasiaredtix.com bermula 16 Februari 2019 mulai jam 10 pagi.

Maklumat lanjut mengenai acara ‘Ong Seong Wu First Fan Meeting In Malaysia <Eternity>’ adalah seperti berikut:

• Tarikh: 23 Mac 2019 (Sabtu)

• Lokasi: Axiata Arena, Kuala Lumpur

• Masa: 6 petang

• Harga tiket: RM580, RM480, RM380 dan RM280 

Untuk maklumat lanjut dan terkini boleh melayari Facebook @hatcheryth, Twitter @Hatchery_th atau Instragram @hatchery_th

Ong Seong Wu (former Wanna One Member) First Fan Meeting in Malaysia
Ong Seong Wu (former Wanna One Member) First Fan Meeting in Malaysia

Maklumat Hatchery

Hatchery Co., Ltd. ialah agensi hiburan berpusat di Bangkok, Thailand. Sebagai rakan penganjur, kami menyedia pelbagai perkhidmatan termasuk mereka, merancang, menyelaras dan pengurusan. Hasil produk dan segala proses kami adalah memenuhi kehendak dan matlamat anda.

Di Hatchery, kami menawarkan kandungan secara global berkaitan media dan industri hiburan merangkumi pasaran tempatan dan global.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tiket Konsert Dayang Nurfaizah di Istana Budaya Sold Out Kurang 24 jam

Pembukaan Event Wedding Grand Hall Kerjasama Antara ICCC I-City