in , , ,

Peraduan Premiere With Budiey Menonton Filem HIDE & SEEK MINAKO

Hai semua pembaca setia…. buat korang semua kaki wayang sekalian, Budiey.com dengan kerjasama TGV Pictures akan menganjurkan sebuah tayangan Premiere With Budiey mengajak anda untuk menonton sebuah filem seram dari Indonesia berjudul HIDE & SEEK MINAKO.

Filem HIDE & SEEK MINAKO

Sinopsis HIDE & SEEK MINAKO

Filem yang mempunyai jalan cerita yang cukup menarik ini dilakonkan oleh pelakon seperti Miller Khan, Nicky Tirta, Gandhi Fernando, Wendy Wilson, Regina Rengganis dan Natasha Gott.

Filem ini mengisahkan tentang sekumpulan rakan membuat pertemuan semula di sekolah lama mereka. Salah seorang daripada mereka mengajak rakan lain bermain permainan sorok-sorok Jepun yang dipanggil Hitori Kakurenbo, bersama dengan patung Itchimatsu bernama Minako.

Memandangkan ia bukannya permainan sorok-sorok biasa tapi merupakan satu ritual memanggil roh, mereka mula berdepan situasi mengancam nyawa selepas memulakan permainan itu.

Apakah kesudahannya, korang kena tonton di pawagam ya.

Filem yang diarahkan oleh Billy Christian ini akan berada di pawagam seluruh Malaysia mulai 28 Februari 2019.

Filem HIDE & SEEK MINAKO

Ayuh! Tonton Trailer Dulu Sebelum Menonton di Pawagam

Budiey ada 60 pass untuk korang menonton filem yang padat dengan babak cemas dan menyeramkan ini di TGV Cinemas 1 Utama pada 25 Februari 2019 (Hari Isnin).

Apa tunggu lagi, usah tunggu-tunggu lama lagi ya untuk mendapatkan tiket bagi menonton filem ini nanti.

Kepada yang tak berkesempatan menonton di tayangan premiere, apa kata korang nantikan sahaja filem ini yang akan berada di pawagam mulai 21 Februari 2019, okay?

Jika masih tertanya-tanya tentang filem ini, apa kata anda semua menonton trailer HIDE & SEEK MINAKO yang telah diriliskan di Youtube.

Amacam best tak? Seram ke tidak ni?

Apa pendapat anda dengan trailer ni? Menarik tak?

Untuk kalian yang menyukai filem ini, tunggu apa lagi… sertai peraduan ini dan dapatkan tiket anda!

Filem HIDE & SEEK MINAKO

Peraduan Premiere With Budiey Menonton HIDE & SEEK MINAKO

Sensasi Selebriti dengan kerjasama TGV Pictures ingin menghadiahkan 60 tiket untuk Budieyators dan pembaca setia Budiey.com menonton dan boleh menghadirkan diri di tayangan yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:
25 Februari 2019 (Hari Isnin)

Masa Pendaftaran:
8.00 malam

Tayangan Filem:
8.45 malam

Tempat:
TGV Cinemas 1 Utama

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere HIDE & SEEK MINAKO – Budiey.com. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Sila gunakan hashtag ini: #PremiereWithBudiey #HideSeekMinakoMY

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini dan kongsikan di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/TGVPictures & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #HideSeekMinakoMY kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan pengarah filem HIDE & SEEK MINAKO

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan HIDE & SEEK MINAKO – Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Filem HIDE & SEEK MINAKO

Tarikh tutup peraduan:

24 Februari 2019

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada TGV Pictures dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 28 Februari 2019 di pawagam berdekatan anda.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/TGVPictures dan jangan lupa langgan atau subscribe Youtube Channel TGV Pictures: www.youtube.com/TGVCinemas

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Filem HIDE & SEEK MINAKO
Filem HIDE & SEEK MINAKO
Filem HIDE & SEEK MINAKO
Filem HIDE & SEEK MINAKO

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pembukaan Event Wedding Grand Hall Kerjasama Antara ICCC I-City

Difitnah Guna Bomoh di AJL33, Misha Omar Beri Tempoh 7 Hari