in , ,

Pelakon Faye Kusairi Hamil Empat Bulan

Biarpun sedang hamil empat bulan, pelakon, Faye Kusairi, 33, tetap aktif dengan dunia lakonan, apatah lagi aktiviti penggambaran dibenarkan semula sejak 10 Jun lalu.

Faye atau nama sebenarnya, Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi berkata, tiada alasan buatnya menolak tawaran lakonan biarpun sedang berbadan dua.

“Alhamdulillah, saya kini hamil anak kedua. Bagaimanapun, saya tetap bekerja apabila terbabit dengan penggambaran drama Keluarga Pasar siaran RTM.

Sebelum ini, saya baru menyelesaikan penggambaran drama bersiri, 7 Hari Mencintaiku 2 yang kini sedang disiarkan menerusi slot Akasia, TV3.

“Jujurnya, saya mengalami alahan lebih teruk, berbanding hamil anak pertama. Bagaimanapun, mujurlah ketika fasa trimester pertama dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jadi saya duduk di rumah berehat sahaja.

– Faye Kusairi

“Dalam trimester pertama, saya hilang selera makan dan hanya kerap makan gula-gula dan minum air kosong sahaja.

“Perkara itu telah membuatkan berat badan saya menurun sebanyak 4 kilogram,

– Faye Kusairi

Walaubagaimanapun, Faye bersyukur kerana keadaannya kini beransur baik dalam trimester kedua.

“Saya bersyukur kerana keadaan saya bertambah baik dalam trimester kedua ini.

“Walaupun ada lagi makanan yang saya tak boleh makan, tetapi keadaan kesihatan saya tidaklah seteruk yang dialami pada trimester pertama,”

– Faye Kusairi

“Saya hanya kembali bekerja apabila aktiviti penggambaran dibenarkan. Keadaan saya bertambah baik, tetapi bohonglah jika cakap tak penat.

Penat juga, tetapi tidaklah teruk sangat. Semuanya baik-baik sahaja ketika penggambaran,”

– Faye Kusairi
Faye Kusairi

Mengulas kerjaya seni yang agak perlahan, pelakon yang melonjak populariti menerusi drama Istikharah Cinta itu berkata, dia tidak menyepikan diri atau memilih tawaran lakonan, sebaliknya belum ada rezeki naskhah yang menonjolkan dirinya.

“Saya masih berlakon, cuma belum ada naskhah yang ‘outstanding’ yang membuatkan penonton nampak saya.

“Saya juga tidak merajuk seperti yang diperkatakan, cuma jadual agak padat dengan perniagaan yang diusahakan sejak April, tahun lalu.

“Ada sahaja tawaran lakonan yang diterima dan saya tak pernah pilih naskhah. Jika tawaran bersesuaian dengan jadual, saya terima. Jika tidak, saya terpaksa tolak,”

– Faye Kusairi

Isteri kepada pengarah, Azmi Hatta itu berkata, dia sibuk menguruskan perniagaan produk Aura Kasih, sejak tahun lalu.

“Disebabkan itu, saya banyak mengembara ke Brunei Darussalam dan Singapura untuk tujuan mempromosi.

“Alhamdulillah, orang sudah mula kenal, jadi saya tak banyak terbang ke sana sini, jadi bolehlah mengambil banyak tawaran lakonan,”

– Faye Kusairi

Terdahulu, Faye yang berkahwin dengan Azmi pada 9 April 2017 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Alif Azmi yang kini berusia dua tahun.

Faye Kusairi
Sumber: BH Online

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Aiman Tino Rancak Meniaga Air Minuman AimanGo

Pelakon Nisha Dirr Kini Bergelar Isteri Kepada Ahli Perniagaan