in , ,

Pelakon Nisha Dirr Kini Bergelar Isteri Kepada Ahli Perniagaan

PELAKON Nisha Dirr, 37, kini bergelar isteri kepada ahli perniagaan dikenali Tengku Kamirul Rashid Tengku Mohd Kamil, 36, pada Jumaat lalu selepas beberapa bulan bercinta.

Nisha atau nama sebenar Nik Shahri’ah Nik Dir berkata mereka tidak mahu menunggu lama untuk disatukan dan bersyukur pernikahan berjalan lancar.

“Selepas beberapa bulan bercinta, kami terus mengambil keputusan untuk bernikah. Lagipun, keluarga kedua belah pihak mahu kami percepatkan nikah.

“Asalnya kami rancang adakan majlis merisik dan bertunang. Tapi, disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kami batalkan hasrat itu. Bagus juga, kami boleh nikah terus.

“Alhamdulillah, majlis berjalan lancar dan segalanya dipermudahkan. Syukur kedua belah keluarga bertungkus-lumus melancarkan persiapan perkahwinan kami,”

– Nisha Dirr
Pelakon Nisha Dirr Kini Bergelar Isteri Kepada Ahli Perniagaan

Berkongsi mengenai suaminya yang juga keturunan kerabat raja Selangor itu, Nisha tertarik dengan keperibadian dimilikinya.

“Saya kenal suami, melalui seorang kawan hampir setahun yang lalu. Suami seorang yang baik hati, memahami dan kacak di mata saya.

“Paling penting, keluarga merestui hubungan kami dan dia juga menerima saya dengan seadanya,”

– Nisha Dirr

Pasangan terbabit dinikahkan Pendaftar Nikah, Ustaz Suhaimi  Ahmad Wakid di Pejabat Agama Islam, Shah Alam, Selangor

Pada majlis pernikahannya, Nisha menerima mas kahwin sebanyak RM300 berserta sebentuk cincin dan lima dulang hantaran berbalas lima.

Majlis resepsi pasangan itu berlangsung semalam di Dewan Forest Valley, Cheras yang diraikan keluarga dan kenalan rapat.

Sebelum ini Nisha pernah  popular menerusi drama bersiri Spa Q, Waris Kasih, Gendola Cinta Di Venice, Cinta FB, dan banyak lagi.

Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Faye Kusairi | 17

Pelakon Faye Kusairi Hamil Empat Bulan

Safawi Rasid Sukan | 18

Fasiliti Berkelas Dunia, Johor Bersedia