in ,

PANDORA Akui Dipengaruhi Muzik Dari Barat

Hari ini, Budiey nak perkenalkan sebuah band terbaru iaitu PANDORA. Pandora, sebuah band yang ditubuhkan secara rasmi di awal tahun 2014.

Mempunyai 4 orang ahli terdiri daripada She (vokalis), Alan (gitaris), Ijoy (bassis), dan Anep (pemain dram). PANDORA merupakan satu gabungan daripada ahli band yang mempunyai pengaruh berbeza dan banyak dipengaruhi oleh band-band popular antarabangsa daripada US, dan Uk.

HALA TUJU MUZIK

Muzik yang dibawakan PANDORA lebih bersifat Universal bergantung kepada ilham dan mood penulisan serta berhubung kait dengan situasi.

pandora

MISI

Menghasilkan karya yang bekualiti KHAS buat peminat muzik tanah air seiring dengan pembangunan muzik di rantau ini mahupun di peringkat antarabangsa. PANDORA ingin menjadi yang terbaik diantara semua band yang terbaik di dalam industi muzik tanah air dengan terus membekalkan idea-idea fresh buat pendengar karya tempatan. PANDORA juga berharap kehadiran mereka mendapat tempat dipersada seni tanah air dan terima umum serta akan terus berusaha melebarkan sayapnya ke peringkat antarabangsa.

PANDORA

Bermula dengan She selaku vokalis PANDORA, seorang penyanyi aktif di dalam scene underground berjumpa dengan barisan ahli band O-Two iaitu Anep (pemain dram), Alan (gitaris), dan Ijoy (pemain bass) untuk menerbitkan single, atas persetujuan majoriti semua di antara mereka telah sepakat mengambil keputusan bergabung dan mewujudkan sebuah band. Lahirlah PANDORA yang bermaksud kotak yang di dalamnya mempunyai sesuatu yang istimewa yang memberi simbolik tentang keistimewaan yang terkandung di dalam band itu sendiri seperti ahlinya, ilham, karya, kreativiti, visi dan muzik PANDORA.

PANDORA

PANDORA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ZiaBella Lancar Lagu Terbaru SESUATU YANG TAK MUNGKIN

BTS Performing for One Night at The Star Theatre Singapore