in

ZiaBella Lancar Lagu Terbaru SESUATU YANG TAK MUNGKIN

Tahun 2014, KRU Music telah melahirkan dan memperkenalkan ramai bakat-bakat baru di bawah label naungan mereka. Antara artis-artis tersebut seperti kumpulan duo lelaki #tag, bintang cilik berusia 9 tahun Hazury, penyanyi solo lelaki Qasri dan Fitri Hakim, kini tibalah peluang dua gadis yang dikenali sebagai ZiaBella. ZiaBella dianggotai oleh dua adik beradik yang berasal dari Alor Setar, Kedah. Zia atau nama sebenarnya Nurul Shazia merupakan kakak sulung dan Bella atau nama sebenarnya Nurul Salsabila adalah adik bongsu, mereka hanya berdua beradik dan keakraban mereka terserlah dan saling melengkapi satu sama lain.

ziabella-kru

ZiaBella merupakan gabungan nama panggilan mereka dan memiliki bakat dan rupa paras yang menarik telah secara rasminya menjadi artis KRU Music pada Disember 2013 yang lalu. ZiaBella sebelum menjadi artis naungan KRU Music mereka sering menyertai pertandingan nyanyian antaranya Zia merupakan finalist pertandingan realiti TV Bintang RTM pada 2012 dan Bella yang baru sahaja menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah finalist `Bintang Remaja RTM ’ bahagian Negeri Kedah.

Dengan kehadiran bakat-bakat baru seperti ZiaBella dalam industri muzik tanahair diharapkan mampu memberi nafas yang baru dan mevariasikan industri muzik ini. Mewakili golongan remaja ZiaBella mampu memberikan impak dan role model kepada remaja menerusi lagu dan imej yang disampaikan. Walaupun dalam industri muzik ini mempunyai bakat wanita yang begitu ramai, gabungan duo ini Ziabella akan dapat memberi kelainan dan mempunyai cara mereka sendiri untuk menarik serta mendekati peminat mereka.

SESUATU YANG TAK MUNGKIN ciptaan komposer muda Aida Abdul Rahman yang bergenre Pop Balada yang di bawa oleh ZiaBella yang bersesuaian dengan vokal mereka dan diharap dapat menarik dan memenuhi citarasa pendengar di luar dan corong radio.

Dengan single pertama mereka, Ziabella akan menjadi medium remaja untuk menzahirkan perasaan mereka dalam percintaan mahupun sebarang perkara yang berkait rapat dengan remaja. ‘Sesuatu Yang Tak Mungkin’ mengisarkan tentang seorang insan yang menyayangi kekasihnya, namun dikecewakan selepas pasangannya pergi meninggalkan dia tanpa alasan. Diakibatkan tragedi itu, namun dia tetap tidak berputus asa dan masih terus mengharapkan kekasihnya kembali.

Lagu SESUATU YANG TAK MUNGKIN telah dimuat-naikkan secara rasmi di rangkaian `You Tube’ KRU Music. Lagu ini juga akan dipasarkan melalui i-Tunes dan nada deringnya melalui syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan.

ziabella

ziabella

ziabella

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Adel Diserap Masuk Semula Ke Akademi Fantasia 2014

PANDORA Akui Dipengaruhi Muzik Dari Barat