in , ,

OnePlus Ace 3 Dilancarkan Pada 4 Januari Ciri Sama Seperti Oneplus 12R

Budiey tak sabar untuk menantikan OnePlus Ace 3 dilancarkan di Malaysia. Nantikan ulasan di Budiey Channel ya!

OnePlus telah mengesahkan bahawa OnePlus Ace 3 akan dilancarkan secara rasmi di China pada 4 Januari ini dan berdasarkan poster pelancaran, telefon pintar ini mempunyai rekaan yang sama seperti OnePlus 12R.

OnePlus 12R akan dilancarkan dipasaran global pada 23 Januari ini bersama OnePlus 12 dan ianya merupakan model pertama OnePlus R Series untuk ditawarkan di pasaran antarabangsa.

OnePlus Ace 3 Akan Dilancarkan Pada 4 Januari Ciri Sama Seperti Oneplus 12R

Berbalik kepada OnePlus Ace 3, ianya akan ditawarkan didalam tiga pilihan warna dan hampir pasti akan dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 dan skrin paparan 1.5K 8T LTPO yang memiliki kecerahan maksima sehingga 4,500nits.

Dengan pelancaran OnePlus Ace 3 minggu hadapan, kita juga boleh menggunakan spesfikasi telefon pintar ini sebagai rujukan bagi model OnePlus 12R di pasaran global.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Wartawan Fiza Kritikal di London, WHAM Kumpul Derma Hulur Bantuan

Ini Sebab Kenapa Dialog Filem Melayu Zaman 80an Dan 90an Terlalu Skema!