in

Neway Karaoke Umum Anjur Anugerah K Neway 2015

Neway Karaoke Box Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1994 menerusi cawangan yang pertama, iaitu di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Sepanjang tempoh 11 tahun, Neway telah berjaya mengembangkan perniagaan dan sehingga kini mempunyai lebih 10 cawangan di sekitar Lembah Klang, Johor Baharu serta di Pulau Pinang.

Pada tahun ini, Neway Karaoke Box Malaysia buat julung kalinya menganjurkan Anugerah K Neway 2015 (#AnugerahKNeway2015) dengan sokongan penaja utama, MPI Generali Insurans Berhad.

Anugerah ini bakal berlangsung pada 5 September 2015, jam 8.00 malam yang bertempat di The Garden Theatre, Mid Valley bertemakan Glam Songket.

Penganjuran Anugerah K Neway 2015 ini merupakan kesinambungan bagi Anugerah Lagu Melayu Paling Popular di Neway Karaoke Box Malaysia. Penganjuran kali pertama ini diharapkan dapat menjadi satu platform dalam memberi ruang dan peluang kepada para penggiat seni di Malaysia dalam mengetengahkan hasil karya muzik terbaik mereka.

Majlis penganugerahan yang mengkhusus kepada lagu-lagu Melayu tempatan popular ini dilihat secara tidak langsung dapat memeriahkan lagi industri muzik tanah air, sekaligus dapat menaiktaraf serta mengangkat martabat industri muzik di Malaysia.

Penganjuran majlis ini bertujuan memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada para karyawan seni, khususnya kepada para penyanyi serta syarikat-syarikat rakaman muzik yang telah banyak menyumbangkan lagu-lagu terbitan mereka kepada Neway Karaoke Box Malaysia.

Berikut adalah senarai kategori yang dipertandingan dalam Anugerah K Neway 2015
1) 10 Lagu paling hangat di Neway

2) 5 lagu paling popular di Neway
https://www.youtube.com/watch?v=64jl7IB_KkM

3) Artis Lelaki Terbaik Neway

4) Artis Wanita Terbaik Neway

5) Artis Duo/Berkumpulan Terbaik Neway

6) Muzik Video Terbaik Karaoke
https://www.youtube.com/watch?v=gCEnwUXoB1o

7) 5 Lagu Serantau Terbaik di Neway

Untuk mengundi bagi calon-calon tersebut sila ke laman web “ anugerahk.newaykb.com.my ”.

Undian bermula pada 11 September dan berakhir pada 28 September 2015.

facebook.com/pages/MaisonDorNetwork
twitter.com/MaisonDorGroup
instagram.com/maisondornetwork
dorgroupofcompanies.blogspot.com
[email protected]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Review Hotel Palacio Belmonte Lisbon

4 Ciri Samsung Galaxy A8 Yang Korang Patut Tahu