in ,

Review Hotel Palacio Belmonte Lisbon

Ramai yang tidak mengambil tahu lagi tentang negara Portugal yang memang terkenal dengan para penjelajahnya. Negara tersebut sebenarnya merupakan sebuah negara yang sangat indah namun kurang mendapat perhatian di benua Eropah. Apatah lagi ibunegaranya, Lisbon merupakan sebuah bandaraya yang sangat cantik dan menakjubkan. Biarpun tidak ketinggalan dengan arus kemodenan dunia, Lisbon masih mengekalkan unsur-unsur senibina lama Eropah yang terdapat di kebanyakan bangunan-bangunannya.

Dan di antara bangunan-bangunan indah ini, tersergam sebuah hotel yang sangat istimewa, dan masih mirip seperti istana bangsawan Portugis dari masa lampau. Diberi nama Palacio Belmonte, ia terletak di bahagian atas istana di sebuah bukit berhadapan sungai Tagus, sungai terkenal kota Lisbon. Dari sebuah kediaman golongan bangsawan berupa istana dari kurun ke-15 yang mempunyai 380 buah pintu dan jendela ia telah diubahsuai menjadi sebuah hotel mewah yang hebat dan unik.

Hotel ini mempunyai hanya sembilan buah bilik suite dan kesemua sembilan direka dengan sangat eksklusif. Sekali imbas ia mirip sebuah muzium seni dengan lukisan serta ukiran di dinding dan perabot. Namun keselesaaannya benar-benar seperti sebuah mahligai Eropah. Beberapa kawasan utama hotel ini telah dibaikpulih dan dipulihara dari zaman kegemilannya semasa bergelar istana. Perkataan ‘Palacio’ sendiri dalam bahasa Portugis bermaksud “Palace’ di dalam bahasa Inggeris, yang membawa makna ‘istana’ atau ‘mahligai’ dalam bahasa Melayu. Dengan ribuan jubin dari tahun 1700, Palacio Belmonte benar-benar gah sebagai sebuah hotel yang tiada tolok bandingannya di Lisbon.

Hotel ini tidak mempunyai lif tapi diberi tangga berputar seperti istana-istana Eropah zaman dahulu. Ia juga tidak mempunyai penghawa dingin kerana hembusan bayu semulajadi dari luar sudah cukup untuk membekalkan kedinginan premis (bersesuaian cuaca Eropah yang mempunyai empat musim). Malah kedudukannya di tepi sungai Tagus berdekatan lautan membuatkan udaranya sangat menyenangkan. Ia juga tidak mempunyai televisyen, permainan video, mahupun gelongsor kolam renang, namun ia tetap disukai kanak-kanak yang pernah menginap di situ! Apa yang ada hanyalah radio untuk memainkan aneka muzik bagi mewujudkan suasana yang sesuai.

Palacio Belmonte juga merupakan sebuah tempat penginapan eksklusif yang menenangkan. Biarpun terletak di ibukota, ia terpisah dari hingar-bingar bandaraya yang bising kerana kedudukan serta senibinanya. Dengan layanan lima bintang dari para petugas hotel seperti menyediakan sarapan di bilik anda dan macam-macam lagi, ia memang satu pengalaman yang harus dicuba seandainya berkemampuan.

Palacio Belmonte bukan hotel mewah yang biasa. Ia sebuah kediaman eksklusif. Tiada meja penyambut tetamu khas, tiada orang ramai dan tiada coklat di atas bantal. Apa yang ada hanyalah kesenangan serta keindahan mutlak.
Belmonte adalah satu pengalaman yang tak mungkin anda lupakan!

Review Hotel Palacio Belmonte Lisbon

Review Hotel Palacio Belmonte Lisbon

Review Hotel Palacio Belmonte Lisbon

Review Hotel Palacio Belmonte Lisbon

Review Hotel Palacio Belmonte Lisbon

Review Hotel Palacio Belmonte Lisbon

Review Hotel Palacio Belmonte Lisbon

Review Hotel Palacio Belmonte Lisbon

Review Hotel Palacio Belmonte Lisbon

Palacio Belmonte , Lisbon : Bak bermalam di istana Portugis
oleh Shah Shamshiri

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Kina Grannis Elements Tour Live in Malaysia

Neway Karaoke Umum Anjur Anugerah K Neway 2015