in , ,

Neelofa Letak Jawatan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif AirAsia

AirAsia Bhd hari ini mengumumkan aktres dan pengacara TV, Noor Neelofa Mohd Noor meletak jawatan sebagai pengarah bebas bukan eksekutifnya. AirAsia dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata, syarikat itu menerima notis peletakan jawatan bertarikh 17 Ogos 2020, daripada Neelofa pada 19 Ogos 2020.

Selebriti terkenal Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa meletak jawatan sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd bagi memberi tumpuan kepada komitmen peribadinya. Dalam maklumat kepada Bursa Malaysia, syarikat penerbangan tambang rendah itu memaklumkan pelakon dan pengacara itu meletakkan jawatan itu bagi memberi tumpuan kepada komitmennya.

“Kami menerima surat peletakan jawatan bertarikh 17 Ogos 2020 daripada Neelofa dan didaftarkan pada 19 Ogos (hari ini),”

– AirAsia Group

Neelofa, 31, dilantik menjawat jawatan itu pada Disember 2017.

Setakat pukul 8.30 malam, Neelofa tidak berkongsi sebarang maklumat mengenai peletakan jawatan itu dalam laman sosialnya. 

Neelofa adalah seorang selebriti berjaya yang menceburi bidang keusahawan dan telah membina empayar perniagaannya menerusi jenama Naelofar Hijab.

Pelantikan beliau yang diluluskan sebulat suara oleh Ahli Lembaga Pengarah AirAsia sebagai ikon syarikat penerbangan itu adalah susulan kejayaan dalam kariernya.

Ketua Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes sebelum ini berkata, pihaknya gembira dan mengalu-alukan pelantikan berkenaan.

“Pengalaman beliau sebagai usahawan dan pencipta jenama akan menjadi tidak ternilai kepada AirAsia. Beliau juga boleh memberikan pandangan baharu dalam perniagaan kami semasa kami sedang menuju ke arah menjadi syarikat penerbangan digital.

“Neelofa juga adalah seorang yang sangat pintar, muda dan bebas, menepati apa yang kami perlukan untuk membantu syarikat terus maju seterusnya menjadi syarikat yang menunjukkan prestasi terbaik, dipercayai dan dihormati di dunia,” katanya. 

– Tan Sri Tony Fernandes

Sementara itu, ketika dilantik menjawat jawatan itu, Neelofa menyatakan beliau teruja untuk menyertai keluarga besar AirAsia.

“Saya gembira untuk menggalas peranan baru ini seterusnya mencabar diri saya untuk pergi lebih jauh,” katanya dilaporkan media sebelum ini.

– Tan Sri Tony Fernandes

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sebelum Beli Telefon Huawei Y6p, Ini Keistimewaan Yang Patut Anda Tahu

Romantik Komedi Dalam Drama Cina MY LITTLE PRINCESS