in , , ,

Sebelum Beli Telefon Huawei Y6p, Ini Keistimewaan Yang Patut Anda Tahu

Selepas tempoh PKP, Budiey perhatikan ramai masih lagi terkesan dengan penularan Covid-19 sehinggakan ada kawan yang bertanya kepada Budiey telefon bimbit mana yang boleh dibeli dengan harga mampu milik dengan spesifikasi untuk kegunaan harian sekarang ini di pasaran. Bukan apa, semua orang nak berjimat cermat sekarang ni. Mereka tak mahu membazir duit saku mereka dengan membeli telefon bimbit yang mahal.

Sekarang ni, Budiey perhatikan ramai yang terkesan dengan penularan Covid-19, sebab kita kena la berjimat cermat sehinggakan ada kawan yang bertanya kepada Budiey telefon bimbit mana yang boleh dibeli dengan harga mampu milik di pasaran sekarang. 

Budiey telah pun buat sedikit survey dengan membantu kawan-kawan untuk mencari telefon bimbit yang berkualiti tapi dengan harga yang berpatutan. Setelah menyelidik, Budiey mendapati Huawei Y6p sangat sesuai untuk dimiliki. Sebab harganya serendah RM559 sahaja. Selain sebab harganya tu yang semua orang mampu beli, henset ini juga berupaya untuk memenuhi kehendak dan keperluan harian semua golongan pengguna.

Sebelum Beli Telefon Huawei Y6p, Ini Keistimewaan Yang Patut Anda Tahu

REKAAN MENARIK 

Pandangan pertama telefon bimbit Huawei Y6p, Budiey berpendapat ia juga melengkapkan gaya korang. Kepada yang nak bergaya dan nampak ada kelas, telefon bimbit adalah salah satu aksesori yang perlu diberi perhatian juga. Bukan apa, salah satu daya tarikan utama, orang akan lihat telefon bimbit yang kita pakai tu. Samada sesuai dengan gaya atau tidak.

Sebelum Beli Telefon Huawei Y6p, Ini Keistimewaan Yang Patut Anda Tahu

Rekaan yang cantik dan menonjol serta design unik di bahagian belakang memang kena dengan OOTD apa sekali pun yang dipakai. Ia hadir dengan 3 pilihan warna yang sangat menarik iaitu Emerald Green, Phantom Purple dan Midnight Black. 

Sebelum Beli Telefon Huawei Y6p, Ini Keistimewaan Yang Patut Anda Tahu

SKRIN YANG BESAR

Huawei Y6p mempunya resolusi 6.3 inci (1600×720) dengan paparan nisbah skrin-ke-badan 88.4% yang memberikan pengalaman visual luas dan mendalam atau paparan FullView Display. 

Dengan Skrin’nya sebesar 6.3 inci Dewdrop Display bersama 88.4% skrin ke badan pada Y6p ini akan memberikan pengalaman visual yang luas dan mendalam. Jadi, kepada korang yang kaki game atau kaki movie tu, korang boleh layan movie dan bermain game dengan grafik menarik serta kurang gangguan. Pendek kata lebih puas! 

Sebelum Beli Telefon Huawei Y6p, Ini Keistimewaan Yang Patut Anda Tahu

KAMERA DENGAN MUTU GAMBAR YANG CANTIK

Blogger zaman sekarang tak seperti mana blogger 15 tahun lepas. Dulu-dulu, blogger kena bawa kamera DSLR untuk mengambil gambar yang cantik. Sekarang tidak lagi ya, bila telefon pintar mula diciptakan dengan ada kamera yang canggih. Segalanya mudah dan ada boleh dicapai di hujung jari je. Ambik gambar, edit sikit dan terus upload ke Instagram. 

Untuk memastikan kenangan terindah disimpan dalam bentuk gambar dan video dengan mudah, Huawei Y6p ni dilengkapi dengan 13 megapixel pada kamera belakang termasuk kamera sudut lebar atau Ultra lebar yang dapat menampakkan seisi keluarga ketika sesi bergambar. Kamera hadapan pula hadir dengan 8 megapixel yang membolehkan panggilan video nampak lebih jelas di telefon kenalan korang tu. 

Sebelum Beli Telefon Huawei Y6p, Ini Keistimewaan Yang Patut Anda Tahu

BATERI YANG ‘BESAR’ & TAHAN LAMA

Bateri sebesar 5,000mAh pada smartphone ini buatkan korang tak perlu risau apabila mengambil gambar atau merakam detik-detik indah untuk dijadikan kenangan. 

Sebelum Beli Telefon Huawei Y6p, Ini Keistimewaan Yang Patut Anda Tahu

Bagaimanakah bateri 5000mAh meningkatkan pengalaman? Berdasarkan ujian, HUAWEI Y Series (HUAWEI Y9s) dengan kuasa bateri 4000mAh, anda mampu melayari internet selama sekurang-kurangnya 10 jam, bermain permainan video selama kira-kira sembilan jam atau memainkan muzik lebih dari sehari. Jadi, ciri semacam ini memang best untuk penggunaan harian lebih lama dan memberikan pengalaman lebih menyeronokkan, betul tak?

Ini bermakna dengan adanya kuasa bateri yang besar, ia mampu buat kita happy sebab dapat berinternet sekurang-kurangnya 10 jam, bermain permainan selama 9 jam, malah boleh bermain muzik lebih dari sepanjang hari. Pendek kata, kita tidak perlu risau untuk mencari pengecas atau nak kena bawa powerbank yang berat dan perlu dibawa bersama ke mana-mana.

SESUAI UNTUK TIKTOKers!

Bagi yang suka membuat video TikTok, pasti teruja kerana hasilnya bukan sahaja akan lebih baik tetapi lebih senang dibuat apabila setiap pergerakan dan aksi dapat dirakam dengan jelas dan sempurna. Disebabkan akan ada banyak gambar dan video disimpan, Y6p ini dibina dengan storan sebesar 64GB bersama 15GB cloud percuma selama 12 bulan. 

Mahu menyimpan fail, gambar dan video kenangan yang indah? Haha! Korang tak perlu thumdrive lagi! Apa kata, simpan sahaja cloud 15GB tu atau dalam telefon bimbit ni di mana ada korang boleh bawa ke mana sahaja.

AppGallery HUAWEI SENTIASA DIPERTINGKATKAN

Huawei Y6p dikuasakan dengan EMUI 10.1 berasaskan Android 10 dan sebagaimana model baharu keluaran HUAWEI yang lain, ia akan hadir dengan sokongan AppGallery bagi menggantikan aplikasi Google Play Store.

Sebelum Beli Telefon Huawei Y6p, Ini Keistimewaan Yang Patut Anda Tahu

Kini Huawei telah menawarkan lebih banyak aplikasi kegunaan harian semua pada AppGallery seperti Maybank2U, RHB Bank, PB Engage, Touch n go e-wallet, shopee, lazada, Facebook, Whatsapp, Astro Go, Here WeGo dan banyak lagi! Semua aplikasi yang korang muat-turun di AppGallery ni lebih selamat dengan 4-layer pengesan bagi mencegah kecurian data peribadi, malware dan sebagainya. Yakin selamat dan melindungi kita dari sebarang kecurian data peribadi! 

AppGallery HUAWEI dikenali secara berterusan memberikan faedah tanpa henti kepada penggunanya seperti pelbagai ganjaran dan faedah yang dapat ditebus dari aplikasi AppGallery yang dibuat dari seluruh dunia.

Sebelum Beli Telefon Huawei Y6p, Ini Keistimewaan Yang Patut Anda Tahu

AppGallery HUAWEI juga dapat diakses berbanding dengan Google di mana aplikasi tertentu dikunci kawasan AppGallery. Ini lebih selamat, lebih banyak simpanan dan banyak ganjaran.

Korang tak perlu risau sekiranya aplikasi yang korang nak tu tiada dalam AppGallery. Muat turun jer aplikasi FindApps di AppGallery. Ia berfungsi sebagai hub untuk membantu pengguna mencari aplikasi yang mereka perlukan dan mengarahkan mereka ke sumber yang ada untuk memuat turun aplikasi seperti Grab, Facebook, Telegram, Facebook lite dan lain-lain.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai HUAWEI AppGallery sila lawati: https://consumer.huawei.com/en/mobileservices/appgallery/

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nabila Razali Lancar MV Rasmi PELUANG KEDUA Pilih MK K-Clique Sebagai Hero!

Neelofa Letak Jawatan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif AirAsia