in , ,

Warga Myanmar Berpesta Songkran Cetus Kemarahan Rakyat Malaysia

Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan untuk memutuskan rantaian wabak COVID-19 daripada berterusan menjangkiti rakyat Malaysia. PKP ini juga telah masuk ke fasa ketiga dan penduduk di Malaysia dilihat semakin membiasakan diri dan faham mengenai arahan yang telah berkuat kuasa sejak 18 Mac 2020.

PKP ini bukan sahaja menjejaskan rakyat Malaysia, malah pendatang asing yang menetap di negara ini juga turut terkena tempias. 

Malah, terdapat beberapa berita sedih yang dilaporkan mendakwa, warga asing ini dibiarkan gantung tak bertali oleh majikan mereka sepanjang tempoh PKP ini berlangsung.

Warga-Myanmar

Namun, terdapat satu berita yang kurang menyenangkan didengari menyatakan sekumpulam pekerja kilang warganegara Myanmar telah melakukan pesta air beramai-ramai.

Kejadian ini dipercayai telah berlaku di kilang sarung tangan yang terletak di Bandar Baru Salak Tinggi.

Pesta berkenaan dikatakan disambut pada 13 April untuk meraikan perayaan Songkran yang bermula dari 13 hingga 15 April. Mereka juga dilihat menari sambil meminum arak dan sekaligus menerima kecaman ramai dari netizen kerana melanggar PKP.

Aktiviti ini telah dilakukan oleh kumpulan pekerja kilang terbabit di kawasan asrama mereka secara beramai-ramai.

Menurut laporan Harian Metro hari ini, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, setakat ini polis masih menunggu penjelasan dari pihak kilang terbabit.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Issey Fazlisham Titan | 20

Hikmah Sebalik Covid-19, Issey Teruja Isteri Dapat Pindah Kerja di KL

Wak Doyok 2020 | 21

Cadang Guna Khidmat Barber ‘On Call’, Komen Wak Doyok Isu Kedai Gunting Rambut